Bab 5

Romance Completed 12708

Tibalah, hari yang dinantikan oleh semua orang kecuali aku, iaitu hari akad nikah antara aku dengan insan yang bernama Faheem yang tak pernah ku lihat wajahnya, putih melepak ke, hitam belegam ker, kontot ker, tinggi ker, semuanya bermain dalam fikiran aku.

Dengan langkah kanan, aku memasuki masjid diiring ahli keluarga, tatkala aku melangkah masuk ke dalam masjid, mataku tertancap pada seorang bayi bermata bulat berumur lebih kurang 5 bulan dalam pangkuan wanita separuh abad yang mungkin mama Faheem, kelihatan seolah-olah tersenyum kepadaku. Naluriku kuat mengatakan yang inilah anak bakal suamiku, yang akan jadi anakku kurang sejam dari sekarang.

Setelah aku menandatangani borang pernikahan dihadapan tok kadi dan ayah. Atas permintaanku, ayah sendiri yang akan menikahkan aku dengan Faheem dan aku tak mahu jumpa bakal suamiku sehinggalah dia sah menjadi suamiku. Ayah terpaksa akur dengan permintaanku

” aku terima nikahnya Arisya binti Arshad dengan mas kahwin RM 101 tunai dan senaskah al-Quran”.Dengan sekali lafaz, aku dah sah menjadi isteri kepada Faheem. Air mataku mengalir sebaik akad nikah selesai. Aku yakin ini air mata sedih dan terpaksa bukan air mata gembira seperti pasangan-pasangan lain yang baru diijabkabulkan.

Sampailah ke upacara membatalkan air sembahyang, ketika itulah pertama kali aku menatap wajah suami yang baru aku nikahi beberapa minit yang lalu. Boleh la tahan daripada bekas kekasihku yang agak gelap kulitnya berbanding Faheem, kulitnya agak cerah hidung mancung dan bibir merah menandakan yang dia tidak merokok. Kami bersalaman sahaja sebagai tanda pembatalan air sembahyang, bukan seperti pasangan lain yang disertakan dengan satu kucupan di dahi. Tapi, hatiku berdetak mengatakan muka Faheem mirip seseorang.

Melihatkan air mukanya, aku tahu perkahwinan ini adalah satu keterpaksaan juga baginya. Aku tidak sanggup membayangkan kehidupan berumah tangga yang bakal aku lalui selepas ini bersamanya.

Buat kesekain kalinya, aku memangku anakku yang diberi nama Aqif Firdaus ketika sesi bergambar bersama keluarga kedua-dua belah pihak. Keluarga arwah isteri Faheem turut berada di majlis itu. “comelnya, anak ibu,” itulah perkataan pertama yang aku bisikkan ke telinga Aqif.

“you jangan ingat I suka kahwin dengan you, I kahwin dengan you sebab nak memenuhi syarat untuk bawak Aqif tinggal dengan I. she still in my heart. Perkara yang telah kujangkakan berlaku jua. “kita akan tidur di bilik berasingan bila sampai di rumah I nanti. but, kita mesti berlagak baik depan parents kita. Do you get it?” itulah perkara yang dibangkitkan dalam perbualan pertama kami sebagai suami isteri. “yes,” itu sahaja jawapan yang mampu ku berikan buat masa ini. Aku reda jika itu ketentuan hidup aku. Mesti ada hikmahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience