Bercuti Di Bukit Fraser

Thriller Series 569

Saya ada sebuah kisah yang pernah saya alami agak lama dulu sewaktu saya masih lagi muda remaja dan belum berumahtangga. Kisah ini berlaku diBukit Fraser, Pahang. Kami bercuti diBukit Fraser bersama sebuah lagi keluarga iaitu bapa saudara saya. Kami bercuti dalam sebuah banglo yang besar disana. Banglo tu ada lebih kurang 4 bilik semuanya jika tak salah saya. Satu bilik dibahagian bawah dan 3 bilik lagi di bahagian atas. Tapi satu dari 4 bilik tu dikunci tanpa saya tahu mengapa. Jadi keluarga pakcik saya dan keluarga saya iaitu ayah saya masing-masing dapat sebuah bilik. Mereka ditempatkan dalam 2 bilik dibahagian atas manakala saya pula terpaksa berkongsi bilik dengan pembantu rumah pakcik saya yang diberi nama Lily di bilik bahagian bawah. Banglo tu agak terpencil dan milik sebuah syarikat dimana pakcik saya bekerja.

Pada malam pertama kami disitu, saya telah diganggu. Lily pula tidur lebih awal dari saya dalam jam 10 malam. Manakala saya pula kerana terleka membaca novel hinggakan tak sedar jam sudah menunjukkan ke angka 1 pagi. Sedang tekun membaca novel, tiba2 bahagian pintu bilik saya seperti dibaling bola tennis dengan kuat. Hati saya berdebar-debar dan mula rasa tak sedap hati. “Siapa pula yang membaling bola tengah-tengah malam ni?” bisik hati saya.

Saya terdiam seketika. Beberapa minit kemudian sekali lagi pintu bilik seperti dibaling bola tennis lagi. Saya terus menyimpan novel itu dan dengan terketar-ketar mengambil Yassin yang memang saya bawa kemana-mana tu dan baca perlahan-lahan dalam keadaan takut.
Tapi masaalahnya. Semakin saya membacanya, semakin banyak gangguan pula saya hadapi… Masa tu saya dengar pili yang berada dalam bilik air seperti dibuka orang. Bunyi shower juga amat kuat seperti ada orang sedang mandi dalam bilik air tu.

Saya mula merasakan amat takut sekali. Saya cuba kejutkan Lily tapi malangnya dia tidak mengendahkan saya dan tidur begitu nyenyak sekali. Saya pun bangun dan terus membuka lampu bilik yang sebelumnya ditutup dan hanya lampu kecil tepi katil je terbuka kerana ingin membaca novel. Badan saya semakin menggigil kerana ketakutan. Saya takut nak melihat apa yang ada didalam bilik air yang terletak betul-betul dihadapan katil saya. Saya terus menekup muka saya dengan bantal dan menarik selimut. Dalam hati hanya mampu berdoa agak semua ini berhenti dan cepatlah pagi.

Beberapa ketika saya dengar suasana agak riuh dekat luar pintu bilik saya. Seperti ada orang diluar sedang bermain-main di Kawasan berhampiran dengan bilik saya. Oh ya untuk pengetahuan , bilik ni ada dua pintu satu terus ke luar rumah dan satu lagi dibahagian dalam banglo tu.

Gangguan itu dari pintu yang menghadap luar padan kecik dan pokok-pokok bunga dikeliling banglo itu. Akhirnya saya tidak dapat tidur kerana terlalu banyak gangguan sampailah saya terdengar azan subuh pagi tu. Saya nekad bangun ke bilik air untuk ambil wudhuk. Memang benar bilik air tu basah seperti ada orang mandi dan air dalam tab tu juga masih terbuka. Persoalannya siapa yang buka?

Saya tawakal je, ambil wudhuk dan menunaikan solat subuh. Siang tu saya mengadukan hal ni pada ayah saya. Terus ayah suruh saya tidur dalam biliknya dibahagian tingkat atas pada malam berikutnya kerana kami bercuti 3 hari 2 malam disitu. Balik dari bercuti, barulah saya tahu yang ada 2 bilik iaitu satu dibilik bawah yang mana saya tidur sebelumnya dan 1 lagi dibahagian atas (yang atas ni memang dikunci ) memang kerap ada gangguan. Memang geram pun ada dengan pakcik saya tu. Kerana dia tak percayakan benda-benda macam tu, dia bagi saya tidur di situ Bersama Lily. Ayah saya agak marah dengannya. Lepas kejadian tu memang kami tak jejak lagi ke situ sampailah sekarang. Walaupun pernah beberapa kali lagi diajak kesana. Tapi pengalaman itu sudah cukup membuatkan saya takkan jejakkan kami ke sana lagi.

Kisah Tengah Malam menceritakan tentang kejadian-kejadian aneh,kisah misteri,seram dan ganjil. Jangan mudah percaya atau terikut-ikut dengan apa jua kisah yang diceritakan anggaplah hanya sekadar hiburan seperti anda membaca atau menonton cerita-cerita seram. Nantikan cerita-cerita yang lainnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience