Saya nak cerita kisah pengalaman dulu masa saya duduk lepak dgn teman wanita saya di Bukit Panjang.Kami berdua tinggal daerah Bukit Panjang.
Satu Hari, selepas saya kerja, saya ajak matair saya jumpa tempat biasa. Saja je lepak dan bebual. Tempat saya duduk tu dekat dengan tempat permaian buai-buai kanak-kanak dan berdekatan dengan sebuah pondok gelap. (Tak nak sebut lah block mana). Di belakang pondok itu ada taman (park) yang berdekatan dengan Expressway BKE. Park itu memang jarang orang masuk sebab kalau masuk, kanan kiri semua pokok2 besar dan tiang lampu jarak nye jauh. Saya tahu sebab saya pernah masuk siang hari pergi jogging sana. Jadi kalau malam tu jangan harap lah nak ke sana.
Kisahnya begini, saya dan teman wanita saya masa tu dating lepas kerja dalam jam 6 lebih petang, duduk dekat tempat duduk yang berdekatan buai facing entrance park , dalam jarak 100 meter. Bebual macam biasa dan masa tu masih ada budak-budak bermain buai. Dah masuk maghrib, budak-budak yang bermain satu persatu pulang kerana hari pun sudah gelap. Lampu tiang pun satu persatu menyala.
Berbual punya berbual dalam jam 7 lebih saya dengan teman wanita saya terperasan di tempat masuk taman itu, dan kami berdua nampak seorang makcik bertudung hitam, berjubah hitam berdiri tegak melihat ke arah kami di bawah salah sebuah tiang lampu. Lama dia berdiri dan saya pun rasa tak sedap hati. Saya lihat sekeliling dah takde orang cuma kami berdua aja yang ade dekat area ni. Dalam hati tertanya, bila masa makcik tu masuk atau jalan di situ depan kami. Kami tak nampak pun ada orang masuk keluar park. Teman wanita saya mula rasa takut sebab makcik tu atau benda tu masih berdiri tak gerak-gerak. Dah nak masuk 20minit. Saya ambil keputusan utk pulang dan hantar teman wanita saya ke rumah nye berdekatan daerah bukit panjang jugak. 10 min perjalanan. Jadi saya cakap dengan dia, “Come lets go, i send u home. something not right”. And dia agree. So kami bangun dari situ jalan. Sambil jalan saya sempat toleh ke belakang nak check, makcik tu masih ada. Kami berdua jalan agak laju sikit lah pasal dah takut. Ingat dah selamat. Tapi belom.!
Nak Hantar matair saya time ke rumah dia tu nak kena tembus berapa block lah so bila dah sampai ke block yang last sebelum rumah dia, bawah block ni rumah lama banyak tembok-tembok. Dan bila jalan bawah kolong blok, Astaghfirullah terkejut berok kami berdua, dekat bawah block yang last tu Makcik Berjubah serba serbi hitam berdiri di tepi salah satu tembok perhatikan kami, muka nye tak sempat saya lihat tapi memang tak nampak mata, mulut, kerana terlalu hitam. Saya dengan matair saya mengucap dan lari... astagha.. alhamdulillah, saya dapat hantar dia ke rumah dengan selamat dan saya pun pulang dengan selamat. Sempat saya menelefon matair saya, dia pon tanya... macam mana makcik tu boleh sampai ke depan block tu dulu dari kita. Tu yang pelik sama ada itu manusia atau bukan, saya pon tak pasti.
Kisah Tengah Malam menceritakan tentang kejadian-kejadian aneh,kisah misteri,seram dan ganjil. Jangan mudah percaya atau terikut-ikut dengan apa jua kisah yang diceritakan anggaplah hanya sekadar hiburan seperti anda menonton cerita-cerita seram. Nantikan cerita-cerita yang lainnya.
Share this novel