Saya ingin berkongsi 1 pengalaman yang berlaku di rumah lama saya dulu yang terletak di kawasan Yishun semasa saya di Darjah 1. Semasa itu, ia berlaku di pada waktu malam. Saya kurang pasti pada pukul berapa masa itu. Tetapi saya sedang tidur bersama mak saya di bilik master-bedroom, bilik mak dan bapak saya yang ada toilet.
Malam itu, bapak saya bekerja malam. Jadi, hanya saya dengan mak saya sahaja di rumah itu.Sedang saya tidur, saya tiba-tiba terbangun dan nampak toilet sliding door sedang bukak. Tetapi dalam toilet tu gelap. Tiba-tiba muncul 4 mahluk hitam, bersongkong tinggi dan berlidah panjang keluar dari toilet itu dan menuju ke tempat di mana saya sedang baring di katil.
1 berdiri di sebelah saya, dan 3 lagi berdiri di daerah kaki saya sambil memegang sesuatu di tangan mereka. Apa yang saya memerhatikan, mereka seperti "offering" sesuatu kepada saya dengan wajah mereka yang tidak begitu jelas pada masa tu.
Saya tidak rasa takut pada masa tu sebab saya tidak tahu tentang hantu. Biasa lah, zaman budak-budak tak tahu apa-apa sangat lagi. Mak saya pulak masih sedang lena tidur. Tetapi semakin lama, saya rasa lain macam . Saya terus kejut mak saya bangun dan semua empat-empat mahluk tu terus lesap masuk ke dalam toilet justeru pintu toilet sliding door itu tutup.
Mak saya kemudian bangun dan saya memberitahu apa yang saya nampak tadi. Mak saya tidak cakap banyak, malah dia suruh saya pergi tidur. Keesokkan harinya pada waktu Maghrib, tiba-tiba saya mula muntah sana sini di rumah itu. Bukan 1, bukan 2 kali. Malah beberapa kali setiap 5-10 minit.
Mak dan bapak saya terus menghantar saya pergi berubat. Alhamdulillah, selepas itu, saya dapat pulih semula dan tidak lagi nampak mahluk-mahluk itu. Beberapa tahun kemudian, saya pun berpindah dari rumah itu dan ingatkn pengalaman misteri saya sudah tamat.
Sejak saya berpindah di rumah baru, setiap kali kalau saya kena demam panas, saya harus tidur bersama seseorang. Tidak kira mak atau bapak saya. Kalau saya tidur seorang diri di bilik, saya akan terbangun dan mula maracau. Macam orang gila.Meracau saya ini mungkin sukar untuk percaya tetapi ini yang saya pernah lalui.
Saya akan mengalami sekitaran rumah saya sedang roboh, macam nak kiamat dan akan nampak ramai mahluk-mahluk yang tidak pernah saya nampak, di atas saya dekat dinding sambil mencuba tarik saya dengan tangan-tangan mereka. Begitu ramai sangat. Macam-macam saya rase. Takut, panic, tak boleh nak buat apa-apa. Saya terus menjerit ketakutan. Nasib baik mak saya terbangun justeru ambil air dan membaca surah-surah.
Alhamdulillah, lama-lama benda itu semua hilang sendiri. Saya telah alami peristiwa begini sudah banyak kali tak terkira, kalau saya demam panas.
Beberapa tahun kemudian, Alhamdulillah, dengan kuasa Allah saya dah tak mengalaminya seteruk lagi apabila saya demam panas. Semua peristiwa ini saya suspect , mungkin terbawa dari asalnya saya nampak mahluk di rumah lama saya itu.
Saya ada cerita pengalaman ini kepada kawan-kawan cina saya terutamanya yang mengatakan bahawa mahluk-mahluk yang saya pernah nampak itu, adalah mahluk "Hell God" dari temple. Saya nak percaya atau tidak saya pun kurang pasti. Sebab difikirkan apa agaknya tujuan mereka masuk ke rumah dan menganggu saya sedangkan kita berlain bangsa. Nak kata saya pijak sesuatu di jalan raya seperti alat-alat untuk sembahyang cina, tidak. Pergi ke tempat yang tidak sepatutnya pergi seperti temple cina ataupun tempat-tempat yang keras, pun tidak malah masih budak-budak lagi. Belum tahu jalan sana sini. Mungkin, mahluk-mahluk itu sekadar hanya singgah sahaja.
Kisah Tengah Malam menceritakan tentang kejadian-kejadian aneh,kisah misteri,seram dan ganjil. Jangan mudah percaya atau terikut-ikut dengan apa jua kisah yang diceritakan anggaplah hanya sekadar hiburan seperti anda membaca atau menonton cerita-cerita seram. Nantikan cerita-cerita yang lainnya.
Share this novel