Blok Kosong Berhantu?

Thriller Series 569

Saya ingin berkongsi cerita seram yang pernah saya alami. Peristiwa ini terjadi 9 tahun yang lalu. Waktu itu, saya masih di sekolah menengah lagi. Saya suka pergi 'adventure' ni semua dengan rakan-rakan sekolah.

Suatu hari, kami sedang berbincang untuk pergi 'adventure'. Pasir ris mangrove swamp, red house yang dekat pasir ris, pantai changi, semua kami dah pergi. Jadi, ada seorang rakan saya ini tinggal dekat aljunied/macpherson. Dia pon cakap yang dekat daerah rumah dia tu ader 3-4 blok. Ader blok masih ader occupants tapi boleh kira berape je.

Jadi kami semua setuju untuk pergi ke block itu. Saya masih ingat lagi, hari itu adalah malam jumaat. Ada dalam 6 orang termasuk saya. Maklumlah, kalau nombor ganjil pergi tempat angker ni tak bagus. Kami pon berjalan dari bus stop ke blok yang pertama.

Lalu blok yang pertama, boleh tahan lagi. Cuma ade kucing yang buat kami terperanjat. Lalu blok kedua, kami duduk sekejap, lepak kat bawah blok. Blok tu masa itu masih pakai lift lama yang warna biru dengan tidak boleh nampak luar. Bayangkan , lift tu bila kita lepak berada dekat tingkat 6. Sedang kami lepak dekat kolong blok tu menghadap lift tu, tiba-tiba lift tu turun ke tingkat 1. Pintu lift tu bukak tapi tiada orang yang keluar.

Kami pon bergerak ke blok ke tiga, blok yang paling dalam, kami pon jalan bawah blok itu. Sampai je dekat belakang blok, tiba-tiba, seluruh kawasan tu “blackout”. Sumpah! Memang kami semua terperanjat. Bulu roma semua dah naik.

Salah satu kawan saya pun suruh kami bergerak dari tempat tu. Saya pikir okaylah mungkin tiada apa-apa benda akan berlaku lagi. Tapi saya silap. Kami semua memang dah seram untuk jalan bawah blok. Jadi kami berjalan mengikut carpark untuk patah balik.

Sedang kami patah balik untuk pulang ke rumah kawan kami, dekat hdb flat smua ader tong sampah besar. Pada mulanya, kami semua nampak lampu dekat tong sampah besar itu berkelip-kelip. Okay, kita semua continue jalan.

Ni yang paling seramm, saya dengan satu kawan saya pusing belakang untuk bersembang dengan yang lain. Dekat tong sampah besar itu, sebelah dia ader blok. Bawah kolong blok kan ader batu-batu yang untuk support the structure. Betul-betul batu yang dekat sebelah tong sampah itu, saya dan kawan saya ternampak macam ader benda rambut panjang pakai kain putih macam mengendap kami. Nampak benda tu, saya dengan kawan saya pun cakap dengan sahabat lain untuk berjalan lebih pantas sampai ke main road dan terus pulang ke rumah kawan kami.

Kisah Tengah Malam menceritakan tentang kejadian-kejadian aneh,kisah misteri,seram dan ganjil. Jangan mudah percaya atau terikut-ikut dengan apa jua kisah yang diceritakan anggaplah hanya sekadar hiburan seperti anda membaca atau menonton cerita-cerita seram. Nantikan cerita-cerita yang lainnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience