Series
2052
"TAN Sri Raiq Hamdan akan menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalannya, Tan Sri Khaleed Amir pada petang ini. Majlis Serah tugas akan berlangsung pada petang ini kira-kira jam 2 petang di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Guchil.”
Kedengaran suara pembaca berita melalui corong pembesar suara di kedai makan Selera Kampung sekaligus menarik perhatian ramai orang.
Kecoh kedengaran suara pelanggan yang masing-masing memberi sepenuh perhatian kepada berita terkini atau boleh di katakan berita terkejut bagi semua rakyat Malaysia pada hari ini.
Kebanyakan pelanggan mendongak kepala untuk menonton berita tersebut di skrin televisyen.
Pengumuman Tan Sri Raiq secara tiba-tiba membuatkan semua stesen TV memberi tumpuan kepadanya. Berpusu-pusu wartawan berkumpul di Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia yang bertempat di Jalan Maju. Semua ingin menemuramah Tan Sri Raiq atau lebih tepat lagi, mereka mahu mengetahui sebab utama Ketua Polis Negara itu mahu meletak jawatan.
Tan Sri Raiq merupakan Ketua Polis Negara yang di segani ramai rakyat dan di takuti oleh ramai penjenayah kerana sikap tegas dan beraninya.
Boleh di katanya semenjak Tan Sri Raiq di angkat sebagai Ketua Polis, kadar jenayah di dalam negara berkurang dengan peratusan yang agak memberansangkan.
“Dhea!” sergah wanita cantik tinggi lampai itu apabila melihat kawan baiknya terlalu asyik merenung televisyen sedari tadi.
“Ye?” Mata Dhea terkebil-kebil apabila di sergah secara tiba-tiba.
“Yang kau tenung TV tu lama-lama buat apa? Makan lah,” gesa Suraya.
Dhea melihat makanannya yang sedari tadi langsung tidak berusik. Matanya mencuri pandang makanan dalam pinggan Suraya. Sudah hampir separuh makanannya hilang di telan Suraya.
Dhea sengih macam kerang busuk.
“Tak, aku ralit tengok berita ni. Kau rasa kenapa Tan Sri Raiq letak jawatan?” soal Dhea tertanya-tanya. Bukan sahaja dia, malah dia yakin ramai orang yang tertanya-tanya akan peletakan jawatan Tan Sri Raiq yang secara tiba-tiba itu.
Sudu dan garfu di ambil lalu sedikit demi sedikit makanan itu masuk ke mulutnya.
“Entahlah, dah penat la kot,” jawab Suraya endah tak endah.
Berita sebegini bukanlah menjadi minatnya.
“Kau ni, jawablah betul-betul. Ini berkaitan dengan negara tau,” selar Dhea tak puas hati.
Malas nak bergaduh mulut, Suraya memberi perhatian kepada Dhea.
“Kau rasa?” soal Suraya. Lagipun berita sebegini bukanlah di bawah bidang dia untuk menjawab.
“Aku rasa mesti ada kaitan dengan pegawai polis yang meninggal dua hari yang lalu,” ujar Dhea.
“Kenapa pulak? Polis yang meninggal tu yang kena tembak dua tahun lepas kan? Yang koma tu?” soal Suraya. Entah kenapa tiba-tiba saja topik ni menarik perhatian dia.
Tan Sri Raiq bukanlah orang yang akan meletak jawatan walaupun polis di bawah jagaan dia cedera ketika bertugas. Malah, itu yang membuatkan dia lebih semangat untuk memerangi jenayah negara.
Penyataan Dhea membuatkan dia ragu-ragu.
“Memang betul, tapi kau tahu tak siapa pegawai yang kena tembak tu?” soal Dhea. Kening di angkat satu. Seolah-olah mencabar Suraya untuk meneka.
Suraya telan liur. Minuman di sebelah kirinya disisip laju. Seperti penyu yang keluarkan kepalanya dari cengkereng, kepala Suraya juga mulai mendekati Dhea. Soalan Dhea menghadirkan rasa debaran di dadanya. Seperti ada sesuatu yang perlu dia ambil tahu.
“Siapa?” soal Suraya penasaran.
“Aku pun tak yakinlah sama ada betul atau tak, tapi ni kira macam… gosip terhangat sekarang la,” ujar Dhea menarik minat Suraya yang pantang kalau sebut gosip terhangat.
“Siapa?” soal Suraya lagi.
Dhea mendekat ke wajah Suraya. Bibirnya mencari cuping telinga Suraya sebelum tangan kanannya memainkan peranan menutupi sebahagian bibirnya.
Sejurus jawapan Dhea masuk ke telinga, Suraya terdiam tak percaya. Jawapan Dhea membuatkan mata Suraya membuntang.
“Serius?” soalnya percaya tak percaya.
“Apa yang aku bacalah,” jawab Dhea. Bahu di angkat. Bangga apabila dapat memberikan berita yang menarik minat Suraya.
“Tan Sri Raiq tak ada komen apa-apa?”
“Sebab tu ramai wartawan tengah kejar Tan Sri. Mereka semua nak tahu sahih ke tak berita tu.”
Suraya diam tak percaya. Berita sensasi sebegini macam mana boleh terlepas dari pengetahuan dia.
DHEA menahan rasa debaran yang tak hilang-hilang sedari tadi. Dia tarik nafas panjang dan lepas. Dalam hati masih tertanya-tanya. Betul ke tindakan yang di ambilnya ini?
Ralit mengelamun, bahu Dhea di tepuk dari belakang.
“Kau buat apa kat sini? Tak masuk lagi?” soal Suraya bertalu-talu.
Hairan melihat susuk tubuh Dhea yang kaku di sini. Tadi, dia sengaja tinggalkan Dhea dan menyuruh Dhea masuk ke dalam dahulu sementara dia mencari parking kereta supaya kawannya itu tidak terlalu lambat sampai ke booth yang di tempatkan.
“Aku gementar la Sue,” jawab Dhea. Bibirnya sudah kering.
“Apa yang kau gementar sangat. Peminat kau dah tak sabar nak jumpa kau.”
“Kalau mereka kecewa macam mana?”
“Kecewa apa benda kau ni? Diorang datang nak tahu siapa Edelweiss yang misteri sangat tu. Lelaki ke perempuan? Bukannya datang nak tanya kau benda-benda pelik,” sungut Suraya. Kepala di geleng berkali-kali.
Tahun ini, apabila Dhea menyatakan hasrat untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang di tempatkan di PWTC, dia sekadar mengangguk bersetuju. Tiada apa-apa yang mengejutkannya apatah lagi selama ini setiap tahun mereka semestinya akan pergi ke acara berprestij ini.
Tapi setelah Dhea menyatakan hasratnya untuk menjadi sebahagian daripada penulis jemputan, berkali-kali dia bertanya kerana tak percaya.
Dhea atau nama samarannya, Edelweiss adalah penulis novel yang terkenal. Penulis novel bergenre romantik itu sering sahaja di sebut-sebut peminat novel apatah lagi identitinya yang misteri itu membuatkan ramai yang berteka-teki akan jantinanya yang sebenar.
Peminat novel yang pada mulanya yakin bahawa Edelweiss adalah perempuan mula goyah setelah Dhea mengeluarkan karyanya yang bertajuk ‘Aku keliru’ yang menggunakan sudut pandangan seorang lelaki. Novel yang mengisahkan perjuangan seorang lelaki dalam mempertahankan kerjayanya setelah di uji dengan cabaran cinta membuatkan nama Edelweiss mula di kenali di kalangan pembaca lelaki.
Dan seperti yang Suraya jangka, keputusan Dhea untuk bertemu mata dengan peminatnya di pesta buku ini menjadi salah satu berita sensasi dalam kalangan pembaca novel.
“Kau rasa kalau…”
“Kau jangan buat gila terfikir nak patah balik ye?” selar Suraya sebelum sempat Dhea menghabiskan ayatnya. Dia sudah boleh hafal dah tindakan yang mahu Dhea ambil.
“Aku dah sampai sini, aku nak jumpa penulis novel kegemaran aku. Kau, cepat ke booth kau. Jangan kecewakan peminat kau. Dia bukan datang nak makan kau,” bebel Suraya. Geram.
Dhea tarik nafas panjang, lalu lepas perlahan-lahan.
‘Ya, dia kena yakin!’ ucapnya tekad.
Berbekalkan keyakinan yang ada, dia melangkah menuju ke booth penerbitan buku-bukunya.
Sebaik sahaja dia sampai ke booth penerbitan yang di kenali sebagai Penerbitan Fantasi, semua orang termasuk penulis lain memandangnya bagai tak percaya. Ada juga yang tersenyum girang apabila tebakannya tepat bahawa Edelweiss adalah seorang perempuan.
Tak mengambil masa yang lama, Dhea mula selesa berada dalam kalangan mereka yang menyambut kedatangan dia dengan baik sekali.
Suasana di PWTC semakin meriah setelah pengumuman yang menyatakan slot Edelweiss sudah bermula. Ramai peminat yang beratur untuk mendapatkan tanda tangan Dhea. Kebanyakannya membeli buku yang baru saja di lancarkan pada hari ini dan membawa bersama buku-buku yang pernah di beli selama ini.
Tidak kurang juga peminat yang mengajak Dhea bergambar. Sokongan daripada peminat novelnya membuatkan Dhea terharu. Meskipun yang sebenarnya, dia yang sepatutnya berterima kasih kepada mereka. Tanpa mereka, tak mungkin nama Edelweiss di kenali. Dan tanpa mereka, apalah erti novel hasil karyanya.
“Edel, jom makan,” ajak penulis yang bernama Nuha. Mereka semua selesa di gelar nama pena masing-masing.
“Boleh juga,” jawab Dhea bersetuju. Lagipun jam sudah menunjukkan ke jam 3.30 petang. Slot dia dan beberapa penulis sudah tamat. Para pengunjung juga sudah mula berkurangan.
Dhea menghantar mesej kepada Suraya sekadar memberitahu yang dia akan keluar makan sekejap bersama penulis yang lain. Mesej dia yang tidak di jawab membuat Dhea faham sendiri yang teman baiknya itu mungkin saja sudah rambang mata melihat novel dan buku-buku yang di jual di situ.
Tak tunggu lama, Dhea berlalu bersama para penulis ke gerai makan di kawasan pameran.
Share this novel