RAHSIA HATI 007

NANA BILLA

Action Series 2052
4.7
(3 ratings)

Synopsis

Di mata dunia, Luke hanyalah rakyat jelata yang biasa. Tapi di mata Interpol dan organisasi mereka, Luke adalah ejen rahsia yang berkemahiran. Dan kerana kemahirannya, Luke di cari oleh Louis - ketua LCO iaitu kartel dadah ketiga terbesar di Mexico. “We have no choice. Louis are looking for you.” – Michael Kerana risau akan keselamatan Luke, pihak organisasi membuat keputusan untuk menghantar Luke jauh dari Mexico. “Send me anywhere but not Malaysia.” – Luke Berkali-kali dia menolak, berkali-kali dia memberontak tapi arahan daripada pihak atasan membuatkan dia menjejakkan kaki ke Malaysia, negara yang menyimpan pelbagai kenangan pahit. “Cari kerja Dhea. Mama tak suka kamu ralit menulis je. Kamu tu kena bergaul dengan orang.” – Puan Zarina Dhea, seorang penulis yang menjadikan penulisan sebagai kerjaya sering kali dianggap penganggur oleh si ibu. Tak berjaya memaksa dia untuk bekerja, si ibu bertukar kepada plan B iaitu mencarikan calon suami untuknya. Belum menyatakan ‘terima’ atau ‘tolak’, tiba-tiba dia bergelar tunangan kepada Irfan. Dhea pening kepala. Bagai simpulan takdir, setiap kali Luke menjalankan tugasnya setiap kali itu juga muncul wanita bernama Dhea. Tanggapan pertama Dhea, Luke bukanlah lelaki baik. Kasar dan beku, terus membuatkan hatinya meledak geram. Tapi, meskipun berkali-kali Luke di salah erti, berkali-kali juga Dhea jatuh hati. “Can’t we get married for real?”- Dhea Antara perisik dan penulis, realiti dan fantasi, apabila bersama akan wujudkah cinta antara mereka?


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

NANA BILLA

17 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience