5

Action Series 2052

Mexico
PERTEMUAN pada malam itu agak suram. Masing-masing masih bersut hitam. Pulang sahaja dari pengebumian Anthony, mereka semua di arah untuk berkumpul di markas mereka.

Seramai sembilan orang setia menunggu ketua mereka datang. Suasana terasa makin sunyi dan sayu.
Pintu terkuak dari luar. Ketua mereka bernama Michael yang berusia hampir separuh abad berjalan menuju ke tengah pusat perkumpulan. Di pandang satu persatu anak didiknya. Nafas di hela. Lemah.

“We are sorry for our fallen brother,” ungkapnya sayu. Yang lain tunduk tak menjawab. Di tangkai hati mereka terbit rasa bersalah dan serba salah.

Tak dapat menahan amarah, Luke melangkah laju menuju ke arah Michael.

“Why don’t you sent backup?” soalnya kasar. Tajam matanya merenung mata Michael seakan meminta penjelasan.

Dia yakin pasti ada yang tak kena dalam pasukan mereka. Bukan sehari dua dia berada di kota Mexico ini. Sudah tiga tahun dia di tugaskan di situ. Dan selama tiga tahun, dia tahu negara ini tidak pernah aman dari kartel dadah yang berleluasa. Tapi itu bukan bermaksud, ketua mereka perlu membiarkan perkara sebegini berlaku.

“Luke…”

“Give me an answer!”

Gigi di ketap geram. Dia menarik leher kemeja putih Michael. Cengkaman yang bergetar itu memberi bukti bahawa amarahnya sudah mencapai hadnya.

Kalau bukan di fikirkan lelaki yang berada di hadapannya ini adalah Michael, lelaki yang menjaganya sejak dia dewasa, sudah lama muka lelaki itu menjadi habuannya.

“Luke, you know we went there.” Seorang lelaki botak dan berbadan tegap itu cuba meleraikan cengkaman Luke di leher baju Michael.

Mendengar jawapan Jose, Luke tersengih. Sinis. Cengkaman di lepas kasar.

“After Anthony died?” soalnya. Geramnya berpindah kepada Jose.

Jose diam. Tunduk. Panahan mata Luke tak mampu dia balas.

“We try to…”

“You know what? I try to reach there as soon as possible. It takes 55minutes after the last call but you all still can’t manage?” selar Luke.

“Luke, we cannot afford to lose more of our people,” jawab Michael. Mata Luke beralih ke arah Michael.
Tekaknya terasa berpasir. Pedih hati Luke mendengar jawapan itu.

Simpatinya kepada Anthony menggunung.

“We have police on our side, Mike. They can ask us to do something for them, but why we can’t do the same?” ujar Luke. Geram.

“What we got once we died? They are police, their death is heroic move. Their family obviously will be sad but they’ll proud. But we…” ulah Luke terhenti.

Dia seperti berpijak di bumi yang nyata. Mereka semua tahu. Tapi masing-masing menutup mata. Hanya kerana kebanyakan daripada mereka tiada sesiapa untuk meratapi saat mereka mati.

“We are nothing. Secret agent? Once we died, what they call us?” soal Luke.

Luke gelak perlahan. Terasa lucu. “Citizen… the unlucky one…”

Ya, mereka hanyalah ejen rahsia. Yang di latih sebagai tangan kanan Interpol. Tamat sahaja latihan mereka yang memakan masa bertahun-tahun, mereka di hantar ke mana-mana negara untuk membendung jenayah yang berleluasa. Tapi identiti mereka sebagai ejen rahsia tidak di dedah walau setelah mereka mati.

Semua tunduk. Michael hanya diam.

Perasaan amarah Luke yang tadinya menggunung tinggi kini berganti dengan rasa sayu. Simpatinya tak dapat di bendung lagi. Selama ini, setiap kali ahli kumpulan mereka mati terbunuh, dia masih ada rasa bangga kerana saat akhir mereka semua masih berjuang untuk menyelamatkan semua ahli mereka.

Namun kematian Anthony membuatkan dia ralat. Kematian dia langsung tiada usaha untuk di selamatkan. Dua tahun Anthony bertahan dalam Louis Cartel Organisation, walaupun dia sendiri tahu bila-bila masa identiti dia akan terbongkar. Malah Anthony melakukan tugasnya sebagai ejen rahsia dengan baik sekali.

Selama dua tahun, Anthony melaporkan setiap tindak tanduk kartel itu dan hasilnya beberapa jenayah mereka berhasil di bendung pihak polis. Tapi semakin lama mereka berusaha, selama itu mereka lihat ada lompang dalam unit polis.

Rasuah terlalu besar merebak dalam kalangan mereka. LCO bukan main-main. Mereka punya banyak mata-mata yang berkhidmat dalam diam untuk mereka. Polis juga tidak terkecuali.

Malah Luke yakin, identiti Anthony terbongkar kerana ada orang yang menjadi mata-mata mereka yang tahu mengenai rancangan untuk tumpaskan kumpulan itu.

“ZACK, kau yakin kau nak bertolak esok?” soal Luke.

Zack yang sedang memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg pakaian dia sekadar mengangguk perlahan.

“Kalau boleh aku dah tak nak datang sini lagi, Luke,” laju Zack memberi jawapannya. Nadanya jelas menunjukkan rasa kecewanya.

Sebaik sahaja sedar dari pengsan, Zack sudah pun berada di hospital. Berhari-hari dia mengambil masa sebelum akhirnya membuat keputusan untuk berhenti. Dia pada mulanya teragak-agak untuk memaklumkan hal itu kepada Luke kerana dia tahu persis apa organisasi mereka kepada Luke.

Lelaki itu boleh di katakan mengabadikan hidupnya untuk organisasi mereka. Di latih sejak berusia belasan tahun menjadikan Luke seakan-akan hidup untuk organisasi.

Tapi lain sekali sikap Luke saat Zack menyatakan hasratnya. Bukan sahaja menerima malah Luke juga bersetuju.

Katanya, “If I was in a situation to get betrayed, I’ll do the same."

Bagi Luke, apa yang menimpa Anthony dan Zack bukanlah ketidakcekapan organisasi tapi lebih kepada pengkhianatan untuk mereka yang mempertaruhkan nyawanya untuk organisasi.

Melihat Luke yang seakan positif dengan keputusannya, Zack malah mengajak Luke untuk turut sama berhenti. Tapi malangnya, Luke menolak. Entah apa yang ada dalam fikiran Luke, Zack juga bingung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience