2

Action Series 2052

2019
Mexico

CUACA panas terik di tanah perkuburan itu langsung tidak di endahkan semua yang menghadiri. Di kala itu, hati dan perasaan mereka berasa sayu dengan nasib yang menimpa si mati.

Kematian si mati di hadiri teman setugas sementelah si mati tidak mempunyai keluarga. Mereka semua lengkap bersut hitam dan berkaca mata hitam. Masing-masing diam membisu.

Batu nisan yang tertulis nama si mati menghadirkan rasa sayu. Apatah lagi apabila mata tertancap pada tahun kelahiran dan tahun kematian. 30 tahun umur si mati ketika tubuhnya tidak bernyawa lagi.

Dalam fikiran masing-masing hanya mampu bersimpati dan meratapi. Walau sudah berkali-kali mereka menghadiri upacara sebegini, rasa sedih masih belum dapat mereka kawal.

Luaran sahaja nampak betapa mereka kental dan tabah, tapi hanya diri masing-masing yang mengetahui. Pekerjaan mereka sama seperti orang yang melabur saham. Cuma bezanya, mereka mempertaruhkan nyawa dan bukan wang ringgit. Malah, keuntungan yang mereka dapat bukanlah menguntungkan diri sendiri.

Dari jauh, kelihatan seorang lelaki yang juga berpakaian serba hitam. Merenung ke arah mereka dengan perasaan yang bercampur baur.

Langit yang galak memancar cahaya matahari mula terlindung dengan awan yang berarak perlahan.

Deringan telefon yang berbunyi mengganggu suasana sunyi di sekeliling.

Kocek seluar di seluk. Skrin telefon pintarnya di pandang lama.

Keluhan berat di lepas kasar apabila melihat nama ‘Boss Ryder’ di skrin telefon. Matanya memerah menahan geram.

‘Reject’

Butang telefon di sebelah kanan di tekan lama. Jari menekan butang ‘Power Off’.

Telefon di masukkan ke kocek seluar. Muka di dongak mengadap langit. Lama dia tenung langit yang kebiruan. Cuba menyejukkan hati yang mula membara. Angin sepoi-sepoi bahasa mula menampar lembut pipinya. Seakan memujuk sekeping hati.

Kedua-dua belah tangan meraup muka. Tangan menguak ke belakang, menolak anak rambut yang mula jatuh.

Keluhan berat di lepas sementara langkah kaki mula di atur perlahan membawa perasaan yang mula bercampur baur. Dia tak betah berlama-lama. Niatnya hanya mahu beredar dari situ secepat mungkin.

DUA hari lalu,

‘E.N.D,’

Mesej ringkas dari Anthony yang baru diterimanya membuatkan Luke pantas bangkit dari sofa. Langkahnya laju menuju ke bilik kecil yang paling hujung.

Tak tunggu lama, jari menekan angka 2 di skrin telefon. Lama sehingga nombor telefon muncul dan melakukan panggilan segera. Telefon di lekap ke telinga.

Pintu bilik di kuak kasar.

“Zack, where’s Anthony?” soalnya laju setelah panggilannya di sambut.

Mendengar soalan Luke, Zack pantas memeriksa keberadaan Anthony melalui aplikasi jejak.

“Organisation,” jawab Zack merujuk kepada markas Louis Cartel Organisation.

“Why?” soal Zack di hujung talian setelah Luke hanya diam apabila mendengar jawapannya. Dia mula rasa tak sedap hati.

“Where are you?” soal Luke. Soalan Zack di biar sepi.

“El hombre bar,”

“You got stuff?” soal Luke merujuk kepada senjata api.

“Nope,” jawab Zack ringkas.

Mendengar maklum balas Zack, Luke capai beg hitam. Zip di buka lalu di letak beg hitam ke atas meja. Almari di buka luas. Satu persatu senjata api di periksa peluru sebelum memasukkannya ke dalam beg hitam. Tangannya pantas bergerak.

“I’ll be there in five minutes,” ujar Luke sebelum mematikan talian.

Matanya tertancap ke arah pisau. Tangan pantas mencapai sebilah pisau lalu di selit di kasutnya dan sebilah lagi di pegang.

Jaket kulit di capai lalu di sarung ke tubuhnya. Beg yang berisi senjata api di sangkut ke bahu.
Kunci kereta di atas meja di capai laju. Pintu kaca beranda di buka lalu Luke terjun ke tingkat bawah dari beranda. Kaki pantas menuju ke kereta miliknya.

Kereta Luke laju menuju ke El Hombre Bar iaitu tempat keberadaan Zack.

Papan tanda El Hombre Bar terpampang besar di atas kedai tersebut. Luke menekan kuat brek kereta apabila kelibat Zack semakin mendekat. Zack melangkah masuk ke dalam kereta.

Beg hitam di serahkan kepada Zack.

“What happen?” soal Zack meminta penjelasan.

Luke menyerahkan telefon pintarnya dan sebilah pisau kepada Zack.

Seperti Luke, Zack juga meletakkan pisau di bahagian kaki. Telefon Luke di buka. Terpampang mesej dari Anthony.

“Oh god… Please Anthony, stay alive,” doa Zack. Mesej dari Anthony telah menjawab segala pertanyaannya.

E.N.D. Tiga huruf itu memberi maksud bahawa penyamaran Anthony telah terbongkar. Dan itu bermaksud Anthony dalam bahaya. Bukan mereka tak tahu apa yang Louis Cartel Organization akan lakukan kepada Anthony. Oleh sebab itulah, mereka tidak punya banyak masa.

Telefon Luke berdering Melihat nama si pemanggil membuatkan dia melepas rasa lega. Dia baru sahaja terlintas untuk membuat panggilan kepada Michael.

“Mike, I’m on my way to LCO. Urgent, please sent backup,” ujar Luke laju sebelum mendengar butir kata dari hujung talian.

“Luke, emergency. You have to be here,” tanpa bersetuju dengan patah bicara Luke, Michael pantas memberitahu niat sebenar dia mencari Luke.

“Ask someone else, I already on my car with Zack,” Luke menolak.

“We need a sniper. Sent Zack there for now and I will sent backup immediately,” balas Michael. Dia tiada pilihan. Hanya Luke yang di perlukan saat ini. Kes ini memerlukan penembak tepat dengan kadar yang segera.

Tak tunggu lama, Luke tutup talian. Bengang!

Michael bukan tak tahu bahawa situasi dia sama bahaya dengan kes yang dia sampaikan. Berhadapan dengan kumpulan LCO bukanlah kes biasa. Tersilap langkah, nyawa yang bakal melayang.
Tak mudah menyerah, Michael menelefon lagi. Berkali-kali. Tapi Luke langsung tiada niat ingin menjawab.

Kali ini telefon Zack pula yang berbunyi.

Zack kalih pandang ke arah Luke.

“Just say we are not available. Where the hell is Julian right now?” ujar Luke. Nada suaranya naik satu oktaf. Bukan dia seorang sahaja penembak tepat dalam kumpulan mereka. Dan dia yakin dan pasti Julian tidak terlibat dengan mana-mana kes pada ketika ini.

“Not Mike, Ryder…” jawab Zack perlahan. Luke mengeluh. Tahu yang Zack tiada pilihan.
Zack menjawab panggilan daripada Ryder. Tahu bahawa panggilan itu juga adalah sama dengan apa yang Michael sampaikan sebentar tadi.

“Yes, boss. Situation?” soal Zack. Selepas mendengar penerangan panjang lebar di hujung talian. Zack mengeluh berat. Dia sedar yang dia tiada pilihan lain.

“Luke, you need to be there ASAP,” bagitahu Zack.

“…just drop me. They’ll sent backup,” sambung Zack.

Luke buat pekak. Macam mana dia boleh bersetuju sedangkan dia juga tahu senario terburuk yang bakal menimpa Anthony.

“We have no choice. This is suicide bomb case and involve hundreds innocent people.”

Melihat Luke yang membisu, Zack menyambung katanya lagi. Diam Luke menyakinkan Zack bahawa lelaki itu mula menerima arahan dari pihak atasan. Atau lebih tepat lagi, dia perlu memaksa Luke untuk terima.

“Flos Apartment, Level 12. Police already there by helicopter. They try to negotiate. But they need you to be there for any worst scenario,” ulah Zack menerangkan situasi yang berlaku sekarang.

“What he need?” soal Luke merujuk kepada rundingan dengan pengebom berani mati.

“For now, nothing.”

Mendengar kata Zack, Luke tak ada pilihan. Telefonnya sekali lagi berbunyi. Mata melihat nama Michael di skrin telefon. Butang jawab di tekan.

“Sent backup ASAP!” ujar Luke memberi persetujuan.

Dia risau meninggalkan Zack keseorangan untuk menyelamatkan Anthony dari sebarang perkara buruk yang bakal terjadi. Louis Cartel Organisation atau LCO bukanlah kumpulan kartel yang boleh di pandang enteng. LCO adalah organisasi kartel dadah yang ketiga paling paling bahaya di Mexico.

Dan perkara yang paling penting untuk mengelak daripada perkara buruk berlaku adalah masa. Dia perlukan masa yang tepat untuk sampai. Terlambat sesaat masa yang di ambil boleh meragut nyawa teman sepasukannya.

Jadi misinya sekarang adalah melawan masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience