BAB 6

Romance Completed 49305

“You nak makan apa?” tanya Ikhmal ketika kami keluar bersama
untuk makan tengah hari.

“Apa-apa pun boleh. You orderkan ye. I nak pergi toilet
kejap.” Aku senyum sebelum bangkit menuju ke tandas. Ya, sekarang ni aku
dah berbaik dengan Ikhmal. Setakat ni takde masalah lagi antara kami.
Dia pun layan aku baik sangat. Baik daripada dulu dan masa yang aku
luangkan bersama-sama Airil pun dah berkurang. Airil pun dah lama tak
telefon aku. Mungkin dia sibuk ataupun mungkin dia perlukan masa. Tapi
takpelah asalkan kami tak putus kawan.

Aku kembali ke meja dan Ikhmal yang tengah berbual di
telefon terus mematikan talian apabila aku selamat duduk dekat depan dia.

“Cakap dengan siapa?”

“Staff I. Dia nak inform dekat I pasal mesyuarat esok.”
Ikhmal tersenyum manis. Aku hanya mengangguk kecil sebelum melihat
akuarium yang dekat dengan meja yang kami duduk sekarang ni.

Aku dengan Airil selalu jugak makan dekat sini dan setiap
kali ke sini, dia akan belanja aku ais krim tapi Ikhmal tak pernah
belanja aku ais krim. Eh, apa ni Alya?! Kenapa nak bandingkan Airil
dengan Ikhmal ni? Tak baik, Alya… tak baik!

“You dengan Airil macam mana sekarang?”

“Okey je.”

“Baguslah kalau macam tu.”

Aku hanya tersenyum dan bila makanan sampai, kami berdua
terus senyap. Dan sekali lagi aku mula membandingkan Ikhmal dan Airil.
Kalau makan dengan Airil, tak bosan macam ni. Dan sekali lagi jugak, aku
mengutuk diri sendiri. Jangan nak banding-banding dah. Terima jelah
Ikhmal seadanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience