BAB 8

Romance Completed 49305

“Apa maksud you, Amani?!” Aku jauhkan handphone dari
telinga. Kuat gila suara Ikhmal!

“I akan kahwin dengan pilihan keluarga I.”

“Habis tu kita macam mana?”

Aku menarik nafas. Bukan senang aku nak buat keputusan ni
tapi disebabkan mama dan papa, aku terima pinangan Airil.

“Kita dah takde apa-apa lagi, Ikhmal. I’m so sorry…”

“How could you, Amani? You tahu kan yang I sayangkan you…”
Lirih je suara Ikhmal ketika ni. Aku menahan sebak. Memang aku tahu dia
sayangkan aku tapi aku nak buat apa lagi sekarang ni? Takkan demi cinta,
aku nak lawan mama dan papa? Tak sanggup aku nak lukakan hati mama dan
papa.

“I’m sorry, Ikhmal. I pun sayangkan you tapi I sayangkan
family I lagi. Take care…” Tanpa menunggu kata-kata Ikhmal yang
seterusnya, aku terus matikan talian dan menangis. Menangis sampai mata
aku bengkak!

***

Lagi beberapa minit sebelum majlis akad nikah aku. Aku
sekarang ni dah siap disolek oleh mak andam dan hanya menanti untuk
dipanggil oleh mama. Sekarang ni aku tak tahu apa perasaan aku yang
sebenarnya. Nak kata happy, entahlah. Aku pun tak tahu sama ada aku
happy ke tidak sekarang ni. Mungkin happy sikit sebab mama dan papa
nampak bahagia sekarang ni tapi sedih tu memang banyak! Sedih bila
mengenangkan Ikhmal yang terluka dan aku yang sedih dengan keputusan
sendiri.

“Alya… jom turun.”

Aku hanya mengangguk dan sambil diiringi oleh mama,
perlahan-lahan kami turun ke tingkat bawah. Orang pertama yang aku
nampak adalah Airil tapi dia langsung tak pandang aku. Sejak dari hari
aku gaduh dengan dia, kami langsung tak bercakap. Jumpa pun
masing-masing buat derk tapi dalam hati, aku mengaku yang dia nampak
sangat kacak bila pakai baju melayu warna putih tu.

Selepas siap tandatangan semua borang yang diperlukan,
sekarang tibalah saat-saat yang mendebarkan. Aku pandang Airil yang
nampak agak gelabah tapi masih lagi tenang.

“Muhammad Airil Mukhlis…”

“Saya…”

“Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nur Alya Amani
binti Hashim dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai.”

“Aku terima nikahnya Nur Alya Amani binti Hashim dengan mas
kahwin lapan puluh ringgit tunai.” Lancar Airil melafazkan akad dan air
mata aku terus mengalir apabila saksi menyebut sah. Akhirnya aku dah
jadi isteri orang. Isteri kepada Airil, kawan baik aku sendiri dan aku
tak tahu nak tafsirkan sama ada air mata aku ni air mata gembira ataupun
sedih. Bercelaru betul perasaan aku!

Airil menunaikan solat sunat terlebih dahulu manakala aku
menarik nafas dari tadi untuk mengurangkan rasa berdebar. Takut menanti
Airil datang menghampiri aku.

“Alya… Airil dah datang…” Tegur Yuna yang sejak dari tadi
duk genggam tangan aku.

“Aku nampak…” Maunya aku tak nampak. Bau minyak wangi Airil
pun aku dah kenal walaupun dia duduk jauh dari aku.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…”

Ketika Airil memegang jari aku untuk menyarung cincin, mesti
dia perasan yang tangan aku sejuk sebab dia genggam tangan aku agak
erat. Seolah-olah nak menenangkan aku.

Aku pandang cincin yang dah selamat bersarung dekat jari aku
sekarang ni. Rasanya aku macam pernah tengok cincin ni sebelum ni. Bukan
ke ni cincin yang pernah aku nak beli masa zaman sekolah menengah dulu?
Cincin yang aku tengok dengan Airil.

“Cincin ni?”

Airil mengangguk seolah memahami apa yang aku nak tanya. Dia
tersenyum sebelum mengusap kepalaku lembut.

“Saya ingat design dia je so saya tempah. Hope you like it…”
ucap Airil perlahan. Ketika tu jurugambar sibuk menangkap gambar kami
berdua. Kami berdua menolak nak tangkap gambar dengan aksi-aksi manja.
Setakat pegang tangan sambil berdiri macam statue tu aku terima tapi nak
peluk-peluk manja, please aku tak nak.

“Saya suka. Thanks…” Takkan la nak guna ‘aku’ ‘kau’ lagi
bila dah jadi suami isteri. Sopan la sikit rasanya kalau guna ‘saya’
‘awak’.

“You’re welcome.” Airil tersenyum senang. Aku kerling dia
melalui ekor mata. Suka pulak aku tengok dia berbaju Melayu. Bukan tak
pernah tengok tapi hari ni serinya nampak lain. Seri pengantin baru agaknya!

“Awak nampak cantik hari ni…”

“Awak pun nampak handsome…”

Takkan nak tipu kan? Dah memang handsome jadi kenalah cakap
handsome.

“I know this is hard but let’s work this out together,” ucap
Airil sambil mengenggam tangan aku. Aku pandang dia lama sebelum
mengangguk kecil. Walaupun payah tapi apa salahnya mencuba kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience