Dari tadi aku dah macam Charlie’s Angel dah. Kerja aku sejak
dua hari ni adalah menjadi spy. Bukan tak nak pergi dekat Airil tapi aku
malu.
Aku tersenyum bila nampak Airil duduk bersendirian dekat
kafe. Tu la… bercuti tak ajak aku! Kan dah bosan duduk sorang-sorang!
Lama aku merenung Airil sebelum tiba-tiba aku menghela nafas
panjang. Memang betullah cakap orang. Bila dah hilang, barulah kita nak
sedih. Barulah kita sedar betapa pentingnya dia dalam hidup kita.
Walaupun macam mana pun, aku tetap marah dekat Airil! Dia patutnya tanya
dulu apa yang aku cakap dengan Ikhmal sebelum pergi bawak diri. Ni
tetiba suruh aku kembali pada Ikhmal kalau aku memang sayangkan Ikhmal.
Kalau macam tu, kenapa dia pergi pinang aku dulu?! Emo pulak aku bila
fikir pasal benda ni.
“Arghhh!” Aku menjerit apabila tiba-tiba pinggang aku
dipeluk oleh seseorang. Baru aku nak bukak langkah silat, tiba-tiba aku
dapat mengesan bau minyak wangi yang sangatlah aku kenal.
“Airil…”
Airil ketawa kecil tapi masih lagi memeluk pinggang aku.
“Awak buat apa dekat sini? Rindu saya ye?” Bisiknya lembut di telinga aku.
Perlahan-lahan aku mengangguk sambil cuba menahan air mata
dari mengalir. “Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?”
“Saya nampak seorang perempuan asyik ikut saya ke sana ke
mari dengan baju sweater besar gedabak walaupun sini panas. Dengan snow
capnya lagi… Lagipun mama dengan papa dah call cakap yang awak cari saya
dekat Terengganu ni…”
Aku senyum sebelum menepuk tangannya supaya melepaskan
pelukannya. Tak best nak bercakap kalau aku tak nampak muka dia.
Sebaik saja dia lepaskan pelukannya, aku terus pusing
menghadap dia. Pipi dia aku usap perlahan sebelum aku peluk tubuhnya
erat. Rindunya aku dengan dia!
“Awak ni kejam!”
“Kejam?”
“Lain kali kalau nak merajuk pun, dengar dulu apa saya nak
cakap. Ni tak! Terus bawak diri.”
Airil ketawa sebelum meleraikan pelukan kami. “Bukan nak
bawak diri sangat pun sebenarnya. Saja je nak suruh awak pujuk…”
“Eleh…”
“Alya…”
Aku mula rasa lain macam. Bila dia guna nada suara romantik
macam tu, memang mudah je aku nak cair.
“Yes?”
“Do you love me?”
Aku pandang dia sebelum tertunduk malu. “Yes.”
“Serius?”
Aku angguk kepala. Muka dah makin merah. Sudah-sudahlah tu.
Malu okey! Malu!
“I love you more.” Dia ketawa sebelum mengusap kepala aku
yang kini dah dilitupi tudung. Ye, sekarang ni aku dah mula bertudung.
Mekap di muka pun dah lama aku tinggalkan. Heels yang menyakitkan kaki
tu pun dah takde. Yang ada sekarang hanyalah Alya Amani yang dulu.
“You look beautiful now. Tanpa mekap dengan heels semua tu
and of course sebab bertudung. Sejuk hati saya…”
“I’m sorry. Banyak dosa saya dengan awak. Tayang aurat saya
dekat orang ramai padahal awak je yang patut nampak.”
Dia menggeleng kecil sebelum tersenyum. “Let bygone be
bygone ye, sayang…”
Aku turut tersenyum dan mengangguk dengan muka ceria. “By
the way, from now on… no more ‘saya’ ‘awak’.”
“Dah tu nak panggil apa?”
“Abang dan sayang.”
“Really?”
“Yup! Abang kena panggil Alya, sayang! Panggil Alya pun
boleh.” Aku peluk lengan dia sebelum ketawa kecil.
“Hahaha! Baiklah Puan Alya Amani aka sayang. Hmm…
alang-alang kita dah ada dekat sini, kita bercuti dekat sini jelah ye.
Manalah tahu kalau mama, papa, mak dengan ayah dapat cucu tak lama
lagi,” ucap Airil sambil tersenyum nakal dan laju je jari aku cubit
perut dia. Amboi, kemain gatalnya! Dan tiba-tiba aku teringat sesuatu.
“Abang…”
“Hmm?”
“Kenapa abang pinang Alya dulu?”
“Hmm… sebab abang pernah nampak Ikhmal dengan perempuan lain
lepas dia berbaik dengan Alya.”
“What?!” Mata aku terbuntang luas. Sempat lagi Ikhmal curang
dengan aku! Alhamdulillah Airil datang pinang aku. Kalau tak mau kena
tipu lagi aku ni haa! Konon je sayangkan aku lagi.
“And then?” Soalku lagi.
“Abang tahu abang ni tak baik mana tapi lepas abang jauhkan
diri dari Alya, abang pergi belajar dengan seorang ustaz. Lepas tu abang
buat solat istikharah. Abang nampak Alya dalam mimpi abang dan abang tak
nak Alya terus terluka lagi kena tipu dengan Ikhmal. Sekarang ni, abang
nak perbaiki diri abang lagi supaya abang mampu nak bimbing Alya dan
anak-anak kita nanti…” Airil senyum dan sekali lagi aku malu bila dia
sebut pasal anak.
“Dan abang lega bila tengok Alya dah bertudung dan pakai
baju menutup aurat. Cantik dan manis.”
“Terima kasih abang and sorry again.”
Airil mengangguk dan dia mengucup dahi aku sebelum kami
berjalan beriringan ke pantai. Dan lagu All Of Me nyanyia John Legend melatari atmosfera romantis kami berdua malam itu.
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you.
***
‘’Pilih dia bila dia benar-benar mencuri seluruh hatimu bukan separuh dari hatimu, kerana yang separuh itu boleh jadi sebahagian dari keraguan dan ketakutan. Di mana akan membawa kepada kelukaan. Banyak isyarat hati sebenarnya, kau hanya perlu kenal hati kau sendiri sebelum mempelajari hati orang lain.’’ – Alya
Share this novel