PERASAN tak yang selalunya tanpa sedar kita mulai menyayangi seseorang sebagaimana ada yang yang mula menyayangi kita. Dan, perasaan itu hanya makin kuat dirasakan saat si dia menghilang. Rasa yang satu itu yang buat kau macam orang tak betul asyik ingatkan dia. Rasa rindu dan kehilangan itu boleh membawa kepada dua maksud yang perlu kau faham dan tanya hati kau berjuta kali. Apakah rasa itu hadir kerana kau kesunyian atau ia adalah isyarat jatuh hati?
**
Beratus kali ditipu dan dikecewakan oleh cinta. Disakiti oleh kekasih hati sampai satu tahap aku rasa pintu hati dah tertutp sebab nak jumpa batang hidung lelaki jujur dan mencintai kau apa adanya memang dah tak wujud. Lelaki yang berbaki di dunia ni semua hidung belang kecuali bapa aku seorang.
Aku tak juga salahkan kaum ni, yelah, kat rumah aku ni ada juga cermin wardrobe IKEA segedabak besar ni, aku sedar diri. Siapalah yang sukakan perempuan yang tak pandai bergaya macam aku ni? Tak up to date dan edgy .Dahlah aku pakai cermin mata yang tak berapa tebal tapi agak besar saiz dia sampaikan batang hidung aku yang mancung ni boleh tenggelam. Rambut pulak ikat tocang je sebab Airil cakap comel buat macam ni. Ohh, sebut pasal Airil! Dia tu best friend aku! Satu-satunya kawan aku yang terima aku seadanya.
Kami dah kawan sejak dari umur aku 7 tahun dan dia 10 tahun. Sekarang ni aku dah 25
tahun dan dia dah 28 tahun. Dia pun sama je single dengan aku. Dua-dua
tak berpunya tapi aku pelik sebenarnya. Airil tu sebenarnya handsome
tau. Macho pun macho. Gentleman pun gentleman tapi sampai sekarang
single. Bila aku tanya kenapa dia single, dia diam je dan cepat-cepat
ubah topik. Serius aku menyampah bila dia buat macam tu tau!
Tapi ni kisah setahun yang lepas. Sekarang ni aku dah tak
single lagi. Di saat-saat aku percaya bahawa takde lelaki yang akan
menyayangi aku seadanya, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang
membuktikan yang aku ni salah. Hehehe… hidup aku sekarang ni dah
berwarna-warni macam pelangi bila dia muncul.
Nak tahu nama dia yang berjaya ambik hati aku tu? Nama dia Ikhmal. Dia
baik, sweet dan sangat pandai jaga hati aku. Kami jarang gaduh sebab dia
pandai beralah. Dan sekarang ni aku tengah tunggu dia dekat airport. Dah
dekat sebulan aku tak jumpa dia sejak dia pergi berkursus dekat Amerika.
Sibuk sangat kekasih hati aku tu tapi takpelah. Nak cari rezeki bukannya
senang.
Tiba-tiba alunan lagu tema cerita korea yang menjadi kegemaran aku
sekarang yang menjadi ringtone handphone aku berbunyi. Cepat-cepat aku
menggeledah beg sandang aku. Orang lain sibuk pakai beg tangan, aku
masih lagi setia dengan beg sandang aku ni. Dah dekat empat tahun dah
umur beg ni. Hadiah dari Airil sempena hari lahir aku yang ke 21 tahun.
“Assalamualaikum Yuna. Awat?”
“Waalaikumussalam.. takde apa. Lambat lagi ke balik?”
“Entahlah. Aku rasa dah dekat dah Ikhmal nak sampai…”
“Ohh... okey. Kirim salam dekat Ikhmal nanti. Bye!”
“Bye…”
“Siapa call?”
Aku mengangkat muka sambil tersenyum dan menyambut air minuman dari
tangan Airil. Airil ni sebenarnya nak hantar aku kat sini je tapi
memandangkan flight Ikhmal lambat lagi nak sampai, aku mintak dia
temankan aku kejap. Takdelah bosan sangat duk sini sorang-sorang.
“Yuna.”
“Ohh…” Airil diam sekejap. “Mana buah hati kau ni? Aku dah lapar ni. Nak
balik rumah…”
“Ala, tunggulah kejap. Nanti dia sampai, kau boleh balik dan boleh
melantak nasi. Takkan kau nak tinggal aku sorang-sorang kat sini?”
Ikatan rambut yang semakin longgar buat aku rimas. Terus aku suruh Airil
pegang air minuman aku sebelum aku lepaskan ikatan rambut aku dan ketika
aku tengah sibuk nak mengikat rambut, tiba-tiba aku nampak Ikhmal yang
tengah berjalan keluar dari balai ketibaan sambil memegang tangan
seorang perempuan cantik. Tangan perempuan tu peluk elok je terletak
dekat pinggang Ikhmal. Eh, apa ni?
Aku pandang Airil yang dah terlopong mulutnya sebelum dia memandang aku
dengan riak muka terkejut.
“Tu Ikhmal kan?”
Aku teragak-agak nak mengangguk. Nak angguk ke tak nak tapi aku yakin tu
memang Ikhmal. Aku kenal lagi dengan Ikhmal walaupun dekat sebulan tak
jumpa dia.
“Jom ikut aku!” Laju aku tarik lengan Airil dan berjalan menghampiri
Ikhmal yang tengah membetulkan rambut perempuan tu yang berjuntai dekat
dahi. Haa… menyampah aku tengok dan aku yakin 80% daripada apa yang aku
fikir sekarang ni adalah betul. Kalau Ikhmal cakap perempuan tu kawan
dia, aku lempang Ikhmal tu laju-laju. Kawan jenis apa kalau
pegang-pegang macam tu? Kawan jenis apa yang sibuk bergurau senda sambil
cuit-cuit hidung? Aku dengan Airil tak pernah tau macam tu!
“Hi Ikhmal!” Tegurku berpura-pura teruja. Dia yang tengah bergelak
ketawa dengan perempuan tu terus berpaling ke arah aku. Hilang terus
senyuman dekat bibir dia dan diganti dengan riak bersalah. Airil yang
berdiri di sebelah aku hanya mendiamkan diri.
“Amani, you buat apa dekat sini?” Soal Ikhmal perlahan. Perlahan-lahan
dia cuba meleraikan genggaman perempuan tu dekat lengan dia tapi
nampaknya perempuan tu memang jenis tak faham bahasa sangat, jadi
perempuan tu makin mengeratkan pelukannya pulak. Serius, aku rasa macam
nak cincang-cincang tangan perempuan tu tapi kalau bertepuk sebelah,
takkan berbunyi… ni sebab dua-dua bertepuk tanganlah jadi macam ni!
“Datang jemput you but I guess you tak perlukan I.” Aku senyum sinis
sebelum menarik nafas dalam-dalam. “Mind to explain? Who is she?”
“Err… dia…”
“I’m Melissa. Girlfriend Ikhmal.” Perempuan tu pulak memperkenalkan diri
sambil tersenyum manja dekat Ikhmal. Siap mengusap pipi Ikhmal lagi tau!
Nasib baik Airil dari tadi pegang beg sandang aku ni. Kalau tak, rasanya
aku dah pergi terkam perempuan tu. Girlfriend Ikhmal konon! Habis aku ni
apa?
“I tak tahu yang Ikhmal ada girlfriend baru. Haa… sebulan telah mengubah
segalanya.” Aku tersenyum sinis apabila muka Ikhmal berubah.
“Jomlah Ril, kita balik… Ikhmal boleh balik dengan Melissa, girlfriend
dia tu.”
Baru je aku nak melangkah, tiba-tiba Ikhmal pegang lengan aku dan
kemudiannya dia tarik aku jauh dari Melissa dan Airil. Aku nampak Airil
macam nak datang dekat tapi aku gelengkan kepala.
“I… it’s very difficult, Amani. You tahu kan I sayang you tapi…”
“Tapi apa?”
“Tapi hati I dah berubah. I sayangkan Melissa, I cintakan dia dan I tak
nak kehilangan dia. I’m so sorry, Amani. I… she…”
Pang!
Laju je tangan aku hinggap dekat pipi Ikhmal walaupun sedaya upaya aku
tahan tangan aku ni dari tadi. Ikutkan hati, aku dah tarik-tarik rambut
Ikhmal tu, biar sampai dia botak tapi aku tahankan diri. Aku tak nak
malukan diri aku. Cukuplah dia dapat penampar sulung aku tu. Ingat
senang ke aku nak tampar orang?
“I tahu I salah, Amani…”
“Baik you pergi dekat dia sebelum I tampar you sekuat hati sekali lagi
sekarang ni,” ucapku tenang sebelum aku melangkah pergi dari situ sambil
diekori oleh Airil dari belakang. Sedaya upaya aku tahan rasa sebak tapi
lama-lama hati yang sakit ni buat air mata aku mengalir laju jugak.
Airil masih lagi diam di belakang aku sambil menghulurkan sapu tangannya.
“Airil… aku…”
“Alya… tunggu kejap.” Airil menarik beg sandangku sebelum berpaling ke
belakang dan menghampiri Ikhmal. Hampir nak tercabut mata aku ni bila
tiba-tiba Airil tumbuk Ikhmal sampai terteleng kepala Ikhmal. Apa yang
Airil cakap dekat Ikhmal langsung aku tak dengar tapi aku tahu hidung
Ikhmal mesti berdarah tu. Jangan main-main dengan Airil. Jaguh silat
sekolah tu! Airil kembali pada aku dengan muka yang tegang tapi kembali
lembut apabila aku memandangnya dengan muka risau.
“Takpe Alya. Aku ada… aku sentiasa ada untuk kau…”
Aku hanya mengangguk kecil dan perlahan-lahan aku mengenggam hujung baju
t-shirt Airil dan membiarkan dia bawak aku ke kereta. Memang setiap kali
aku sedih, aku akan buat macam ni. Pegang baju dia macam budak kecil dan
dia tak pernah kisah. Kalaulah ada lelaki lain yang macam Airil, aku
rasa aku dah jatuh cinta berkali-kali agaknya.
***
“Kau bawak aku datang sini buat apa?” Soal Airil dengan muka tegang.
Mana tak tegang. Dia baru balik dari outstation dan aku terus ajak dia
datang sini tapi dalam membebel-bebel tu, dia ikut jugak aku datang sini.
“Hari ni aku nak make over!”
“Hah?”
“New clothes, new shoes, new hair, new make-up and new Alya Amani!” Aku
senyum lebar. Sekarang ni aku dah bertekad. Aku nak ubah penampilan aku
sebab aku rasa lelaki hanya sukakan perempuan yang cantik dan bergaya.
Kalau aku terus macam ni, alamatnya sampai ke tua la aku membujang
melainkan Airil tiba-tiba cakap dia nak kahwin dengan aku. Erk, kahwin
dengan Airil? Macam tak best je bunyinya.
“Untuk?”
“Hmm… saja.”
“Jangan nak tipu akulah. Aku kenal kau, Alya Amani. Apa yang kau nak
cuba buktikan sebenarnya? Kau nak tunjuk dekat Ikhmal yang kau jauh
lebih cantik dari Melissa tu?”
Aku gigit bibir dengan kata-kata Airil. Kenapalah Airil ni tahu semua
benda pasal aku?
“Aku cuma nak ubah diri aku.”
“Aku suka kau macam ni.”
“Kau suka nak buat apa? Bukannya kau nak kahwin dengan aku pun…” Aku
mencebik. Dia tu cakap senanglah! Airil tu handsome. Petik jari, sepuluh
datang. Aku ni kalau petik jari, sorang pun belum tentu datang tau.
“Kalau kau nak, aku boleh hantar rombongan meminang sekarang jugak.”
“Blahlah kau. Suka main-main… Dah-dah, yang penting sekarang ni, jom
teman aku beli baju.”
Airil tarik nafas panjang tapi dia tetap jugak mengikut aku masuk ke
dalam sebuah butik. See, kalaulah ada lelaki lain macam Airil ni… aku
memang dah jatuh cinta!
“Kau rasa mana yang cantik?” Aku tayang dua helai blouse bercorak
vintage dekat Airil. Satu warna hitam dengan bunga kecik-kecik warna
merah putih dan satu lagi warna putih dengan bunga warna merah dan
sedikit warna hijau.
“Dua-dua cantik.”
“Hmm… aku beli dua-dualah.” Laju je aku suruh salesgirl tu buat resit
dan selepas tu aku terus pergi bayar. Bukan aku sebenarnya sebab time
aku nak hulur duit tu Airil dah hulur dulu duit dia. Nyaris-nyaris
kitaorang nak bertumbuk dekat situ sebab aku bertegas yang aku nak bayar
tapi Airil tetap jugak suruh akak kaunter tu ambik duit dia.
Nak je aku pelengkung kepala Airil ni tapi disebabkan dia kawan baik aku
yang paling aku sayang, aku tahan jelah perasaan geram aku ni. Kalau
tak, dah lama dah benjol kepala dia!
“Jom makan dulu…”
“Baru setengah jam kot?”
“Aku lapar okay! Balik-balik je terus aku datang sini. Nak
minum pun tak sempat…” adunya sambil mengusap perut. Nak tunjuk dia
lapar sangat la tu.
“Yelah-yelah. Kita makan dulu. Kau nak makan apa?”
Dia tersenyum lebar sebelum menarik tangan aku untuk
mengikutnya. Aku pulak tak banyak cakap terus ikut je langkah dia tapi
serius aku rasa macam nak pengsan bila dia bawak aku masuk dalam
restoran makanan Cina.
“Kau tahu kan yang aku tak boleh telan makanan Cina. Tak
kena dengan tekak aku!”
Dia sengih sebelum menyuruh aku duduk dekat atas kerusi. Dia
buat derk je bila aku pandang dia macam nak telan. Bila dia sibuk order
makanan, aku diam je. Tak nak aku makan, buat membazir je kalau tak
habis tapi bila dia suruh pelayan tu bungkus semua makanan yang dia
order tadi, terus aku pandang dia dengan kening terjungkit.
“Tu untuk Wawa la. Bukan untuk aku…” Dia macam tahu-tahu je
apa yang aku tengah fikir sekarang.
“So, kau nak makan apa sekarang ni?”
“Nasi goreng cili padi!”
“Hmm… perut tu dah la tak tahan makan pedas.”
“Aku dah berlatih makan pedas. Perut ni dah kuat dah.” Airil
sengih sebelum mengenyit matanya.
“Kononlah kau. Lepas makan, kita cari kasut, beg dengan
make-up pulak ye?” Aku buat muka comel dengan mata yang sengaja
dikelip-kelipkan. Dia menjulingkan matanya ke atas tanda bosan tapi aku
terus senyum bila tengok dia mengangguk. Sayanglah Airil!
Share this novel
mesti diorang jadi jodoh. lain rupa sangat relationship diorang nihh
niye yazlmlyosun
best