ENVy__6

Drama Series 1238

"Rainier hati-hati bawak basikal tu sayang!"

Rainier memberikan isyarat tangan tabik hormat pada Helena sambil tersenyum comel. Dirinya mengayuh laju basikalnya dengan di perhatikan Helena dari jauh.

"Mama harap kamu sentiasa berada dalam keadaan baik-baik saja sayang."

Bisik hati kecilnya yang sentiasa risaukan keadaan anak istimewanya itu.

____DI KOLEJ____

Sekumpulan mean girls sedang bergosip sesuatu di laluan loker masing-masing.

"Girls? Korang tahu tak yang hari ni kita ada pelajar baru masuk dan i dengar dia boy."

Kata Rachel pada Melly, Trini, Cassie dan Queen Bee mereka paling hot iaitu Ashley.

"Yeke? Mana u tahu?"

Soal Ashley begitu terujanya mendengarnya.

"Korang dah lupa ke yang i baru balik dari bilik Prof. Liam tadi. Dah tentulah i dengar Prof sembang dengan Sir. Ren pasal budak baru tu."

"I harap dia hot la."

Kawan-kawannya terus ketawa begitu gediknya sebaik sahaja mendengar kata-kata Ashley itu sehingga membuatkan suasana menjadi riuh-rendah bunyinya.

"Huh! Phu....lease la.. Selain daripada tu tak ada benda lain ke yang diorang ni nak fikir? Mizz desperate."

Perli Akira yang berada tidak jauh dari mereka sambil dirinya mengambil buku di dalam lokernya.

Sedang Akira leka dengan buku-bukunya, dirinya merasa pelik kerana suasana terus menjadi senyap sunyi secara tiba-tiba. Dan apabila dirinya menoleh di lihatnya kemunculan Rainier yang sedang berjalan lalu melepasi mereka semua.

Mereka terpegun dengan rupa paras baby face Rainier yang begitu comel sekali. Begitu juga Akira yang hanya berdiri membatu sehingga buku yang di pegangnya jatuh ke lantai.

Ashley, Rachel, Trini, Melly dan Cassie benar-benar terkejut dan tidak menyangka sekali melihat Rainier menolong Akira dengan mengambilkan buku Akira yang terjatuh tadi sambil tersenyum begitu comelnya pada Akira.

"Thanks.."

Kata Akira terkedu melihat sisi lembut Rainier itu padanya dan Rainier terus berlalu pergi.

"Budak baru tu buta ke apa huh?! Kita yang punya la hot dekat sini, si tomboy tu jugak yang dia nampak!"

Begitu marahnya Ashley dan terus berjalan laju ke arah Akira.

"Hei tomboy! Aku ingatkan kau ye, jauhkan diri kau dari budak baru tu. He's mine!"

"Mizz desperate.."

Jawab Akira penuh selambanya dan terus beredar tanpa mempedulikan Ashley.

"Aaaaaaaaaa....!!!!"

Jerit Ashley bengang dengan jawapan Akira itu.

"Hei, hei, hei! Cool Ash.. Kenapa u nak marah sangat ni? Cool, habis botox u tu nanti."

Melly cuba menenangkannya.

"U tak dengar ke apa tomboy tu cakap dekat i tadi?! Dia kata i ni desperate? Berani betul dia cakap macam tu dekat i!"

"U nak kisah apa? U kena ingat, yang u tu Queen Bee dalam Kolej ni. So, tak akan u nak tomboy tu senang-senang je down kan u macam ni?"

"U right Trini! Kita tengok je nanti. Apa yang i akan buat dekat dia. Ni Ashley la.. Siapa-siapa pun tak boleh cari pasal dengan Queen Bee."

****

Semasa dalam perjalanan balik, Akira telah melanggar seseorang sehingga terjatuh di sebabkan kecuaian dirinya sendiri yang berlari tergesa-gesa.

"Aduh! Sakitnya.... Mata kau letak dekat mana huh?! Aku yang punyalah besar pun kau boleh nak langgar?!"

Orang itu begitu cemas dan cuba membantu Akira untuk bangun.

"Tak payahlah! Aku boleh bangun sendirilah! Nak buat baik pulak!"

Setelah dirinya bangun matanya terus terbeliak terkejut kerana baru mengecam wajah orang itu.

"Budak baru?"

Rupanya orang itu adalah Rainier.

Rainier hanya memandang pelik Akira yang seakan-akan begitu mengelabah sekali di depannya.

"Sorry la.. Aku memang macam ni cakap dengan orang kasar sikit. Lebih-lebih lagi orang yang aku belum kenal. Sebelum terlupa nama aku Akira. Siapa nama kau?"

Rainier membalas perkenalannya hanya dengan senyuman comelnya dan dirinya terus beredar meninggalkan Akira.

"Sombongnya.. Tak pernah lagi ada orang yang berani buat aku macam tu. Aku tengah cakap dengan dia, dia boleh blah macam tu je? Apa dia ingat dia comel sangat ke? Hei! Atuk aku lagi comel la walau pun tak ada gigi! Apa yang aku mengarut ni?"

Membebel Akira seorang diri.

"Woi tomboy! Terasa ke kena reject?"

"Atau ayat tak power?"

"Ada hati rupanya.. Ingatkan boboy rupanya gegel la...."

Perli Cassie, Rachel dan Ashley geli hati melihat situasi tadi dengan gelak ketawa mereka begitu gediknya.

"Ewww.... Korang gelak kuat sangat la.. Tengok tu, habis botox korang semua. Pergi balik cepat dan make up tebal-tebal okey? Bye...."

Masing-masing terus bertukar cemas dan mengeluarkan cermin make up untuk menilik wajah mereka.

Akira yang melihatnya ketawa begitu nakalnya seorang diri dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience