ENVy__5

Drama Series 1238

~~~~TIBANYA DI RUMAH~~~~

"Ryland?"

Dato' Dante Miguel sedang menunggunya sambil duduk di kerusi mewahnya.

"Ingat Ryland, kalau kamu tak nak dad halau kamu jugak keluar daripada rumah ni, kamu mesti dengar cakap dad."

Ryland memandang tajam wajah Dato' Dante Miguel dan terus menaiki anak tangga untuk memasuki biliknya dengan gerak-gerinya juga di perhati begitu tajam oleh ayahnya.

Manakala Unclenya Eric hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya melihatnya di balik pintu kerana teramat simpatinya terhadap nasib Ryland sebegitu.

~~~~DI RUMAH HELENA~~~~

Helena menyambut anaknya Rainier yang sedang kepenatan baru sahaja balik dari kedai makan miliknya.

"Kenapa kamu balik lambat sangat hari ni sayang?"

"Banyak sangat pelanggan mama, tu yang Rainier lambat. Rainier mintak maaf mama sebab buat mama risau."

Jelas Rainier dalam bahasa isyarat tangan. Di sebabkan Rainier seorang pemuda bisu tetapi dirinya masih tetap boleh mendengar dengan normal kerana itu Helena tidak perlu menggunakan bahasa isyarat untuk bercakap dengannya.

"Tak apa sayang, mama faham. Dah, pergi mandi lepas tu kita makan sama-sama okey?"

Rainier hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum comel padanya.

Setelah selesai makan malam bersama. Helena melihat Rainier sedang sibuk mengemas buku di dalam biliknya.

"Sayang? Boleh mama tolong?"

Rainier hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum pada Helena tanda dirinya boleh melakukannya sendiri.

Helena duduk di atas katilnya dan memerhatikan anaknya itu mengemas sehingga selesai.

"Rainier sayang.. Mari duduk dekat mama sini, mama ada sesuatu nak cakap dengan kamu."

"Ada apa mama?" (Bahasa isyarat).

"Abang kamu Ryland ada datang sini tadi sayang."

"Bila abang datang mama? Kenapa abang Ryland tak tunggu Rainier balik?" (Bahasa isyarat).

Begitu terujanya Rainier mendengarnya.

"Abang Ryland kamu terpaksa pergi sayang. Tapi abang kamu janji yang dia akan datang sini lagi esok jumpa kita."

"Betul ke mama? Rainier rindu sangat-sangat dekat abang Ryland." (Bahasa isyarat).

"Betul sayang.. Tak akan abang Ryland kamu nak tipu pulak. Kamu sendiri tahukan yang abang Ryland tu seorang yang berpegang pada janji. Dah, pergi tidur sebab esokkan hari pertama putera comel mama ni masuk kolej. Jadi kamu tak boleh lambat okey sayang?"

Helena mencium lembut dahi Rainier.

"Selamat malam sayang. I luv u my baby boy."

"Luv u too mom." Bahasa isyarat dengan tersenyum comel pada Helena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience