ENVy__2

Drama Series 1238

10 TAHUN KEMUDIAN
~~~~~~~~~~

"Tuan muda Ryland? Dato' tengah tunggu tuan muda dekat bawah sekarang."

Sapa orang gajinya yang melihat Ryland hanya berdiri tegak sambil termenung ke arah luar tingkap biliknya.

"Baiklah, kejap lagi saya turun.."

Ryland mengambil bingkai gambar mamanya dan juga Rainier yang di letakkan atas meja komputernya.

"Kenapa mama dengan Rainier menghilangkan diri daripada Ryland selama ni, kamu berdua ada dekat mana sekarang?"

Ryland menatap sedih gambarnya bersama mamanya juga Rainier seorang diri.

~~~~~~~~~~~

Ryland bersarapan pagi bersama Dato' Dante Miguel dalam suasana formal.

"Dad perasan yang tiap-tiap hari kamu selalu balik sampai lewat malam. Banyak sangat ke kerja kamu?"

"Bukan ke dad sendiri yang nak segala-galanya terbaik daripada Ryland, dan Ryland cuba dad sedaya-upaya Ryland untuk tidak pernah mengecewakan dad. Jadi, kenapa dad perlu pertikaikan sama ada Ryland balik lambat atau pun tidak? Dan pada soalan dad tadi, ya memang Ryland banyak kerja dekat pejabat tu. Happy?"

"Kamu jangan ingat dad tak tahu Ryland, pembantu peribadi kamu cakap yang kamu dah balik lepas habis je waktu pejabat. Habis, mana kamu pergi lepas tu?"

Ryland terkejut mendengarnya dan terus bangun dari kerusinya.

"Jadi sekarang, dad cuba intip Ryland?"

"Beritahu dad Ryland, mana kamu pergi?"

"Dad nak tahu sangatkan, tanpa pengetahuan dad, Ryland pergi cari mama dengan Rainier. Puas hati dad sekarang? U know what dad, dad kejam! Sebab dad biarkan mama dengan Rainier hidup menderita susah dekat luar sana. Sedangkan kita, makan sedap-sedap dekat sini dad. Pernah tak dad fikir pasal isteri dad sendiri, jugak keadaan anak dad Rainier sama ada diorang makan atau pun tidak? Tak pernahkan dad? Sebab hati dad tu benar-benar kejam! Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pulak kita sebagai manusia dad."

"Anak kurang ajar!"

Dato' Dante Miguel menampar kuat pipi Ryland kerana tidak mampu lagi mengawal kemarahannya terhadap anaknya itu.

"Jangan cuba-cuba kamu nak ajar dad Ryland! Kamu sememangnya bernasib baik sebab dad tak halau kamu jugak keluar daripada rumah ni! Biar kamu hidup merempat sama seperti mama kamu dan jugak Rainier!"

"Dad begitu berbangga dengan apa yang dad miliki sekarang.. Tapi dad mesti ingat,
walau apa pun, wang ringgit tak boleh beli cinta atau kasih sayang dad."

"Ryland! Kamu nak pergi mana tu?!"

Ryland langsung tidak mempedulikan jeritan panggilan ayahnya itu malahan kakinya terus berjalan laju pergi dengan keadaannya yang begitu marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience