ENVy__1

Drama Series 1238

"Keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi lepas ni, berambus!"

Dato' Dante Miguel menolak kuat anaknya sehingga jatuh tersungkur di lantai.

"Kau bukan anak aku, aku tak ada anak lelaki yang bisu macam kau! Kau sememangnya buat aku rasa malu dengan kawan-kawan aku sendiri! Jangan berani-berani kau jejakkan kaki kau dalam rumah ni lagi, aku haramkannya untuk kau!"

"Abang!"

Berlari Helena mendapatkan anaknya itu.

"Apa yang abang buat ni? Tergamak abang cakap macam tu pada anak kita sendiri abang kenapa dengan abang ni?!"
"Ketepi Helena jangan cuba masuk campur urusan abang dengan Rainier. Abang nak Helena tahu, yang abang cuma ada sorang je anak lelaki iaitu Ryland. Sebab abang tak ada anak yang cacat macam dia!"

"Cukup abang cukup! Helena tak nak abang hina Rainier lagi. Hina Rainier, sama seperti abang hina Helena abang! Helena cukup kecewa dengan sikap abang. Rainier cuma bisu je abang, tapi kenapa abang begitu jijik sekali dengan dia seakan-akan dia cacat seluruh anggota badan dia, kenapa abang?!"

"Sebab abang rasa malu dengan status abang sebagai ahli korporat terkaya dan terkenal seluruh dunia. Dan macam mana abang nak hadapinya dengan adanya anak yang cacat macam ni! Mulai daripada hari ni, Ryland satu-satunya anak lelaki sulung abang yang akan mengambil alih tempat abang."

"Baik, kalau itu kemahuan abang tapi abang jangan lupa yang abang tak boleh lari daripada kenyataan bahawa abang bukan mempunyai seorang anak lelaki. Tapi abang ada dua orang anak lelaki iaitu Ryland dan jugak Rainier. Abang kena ingat tu... Mari sayang, kita pergi daripada sini, ini bukan rumah kita lagi sayang.... Mari.."

Helena membantu Rainier untuk bangun dengan menangis tersedu-sedu begitu sebaknya menatapi wajah sedih Rainier di sebabkan telah di perlakukan begitu kejam sekali oleh ayah kandungnya sendiri.

Dato' Dante Miguel yang terkejut melihat isterinya berjalan keluar bersama-sama Rainier menuju ke pintu dirinya berkata lagi.

"Helena? Helena nak pergi mana?!"

"Bukan ke abang dah halau Rainier daripada rumah ni..?"

"Tapi abang bukan halau Helena, jadi, kenapa Helena pulak nak keluar bersama-sama anak tak guna tu?!"

"Jika Rainier pergi, Helena jugak akan pergi."

"Jangan cabar abang Helena, sekali Helena melangkah keluar, Helena jangan harap pintu rumah ni akan terbuka lagi untuk Helena."

"Helena tak peduli abang, Helena akan jaga Rainier. Dan abang, jagalah Ryland dengan penuh kasih sayang.... Tolong jangan jadikan dia, sama seperti abang."

"Mama..? Apa yang berlaku ni ma, mama dengan Rainier nak pergi mana?"

Muncul Ryland di luar muka pintu.

Pertanyaan anak lelaki sulungnya itu, benar-benar membuatkan hati Helena terkilan sekali mendengarnya. Tangan Helena menyentuh lembut pipi kiri Ryland dengan menjawab.

"Jaga diri kamu baik-baik sayang.... Mama dengan Rainier terpaksa tinggalkan kamu. Mama terlalu sayangkan kamu Ryland.."

"Tapi mama nak pergi mana? Kalau betul mama sayangkan Ryland, kenapa mama nak tinggalkan Ryland..?"

"Ryland masuk!"

Tengking Dato' Dante Miguel berang apabila Ryland cuba menghalang mamanya dan juga Rainier daripada pergi.

"Mama, mama tolong jangan tinggalkan Ryland. I need u mom please don't leave me...? Please mom.... Ryland merayu sangat-sangat pada mama.. Rainier? Jangan tinggalkan abang Rainier, abang sayangkan kamu Rainier.. Jangan tinggalkan abang?"

"Guard! Bawak tuan muda Ryland masuk sekarang!"

"No dad no! Lepas! Lepaskan aku! Dad tolonglah jangan buat Ryland macam ni! Tolong halang mama pergi dad, Ryland sayangkan mama dengan Rainier dad! Mama?! Rainier?! Tunggu jangan pergi!"

Ryland di tahan kuat oleh bodyguard ayahnya.

"Maafkan mama sayang.... Maafkan mama.."

Akhirnya Helena pergi bersama-sama Rainier dengan langkah teramat berat sekali menyaksikan keadaan Ryland yang teramat menyayat hati mereka berdua. Ryland menangis meronta-ronta sepenuh hatinya cuba menghalang mereka daripada pergi meninggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience