ENVy__3

Drama Series 1238

"Uncle Eric, macam mana dapat apa-apa berita daripada mama dengan Rainier tak?"

Soal Ryland pada driver peribadinya itu yang selama ini dirinya telah menganggapnya seperti keluarganya sendiri.

"Sebenarnya uncle...."

"Kenapa ni uncle, uncle dah jumpa ke?"

"Belum lagi tuan muda."

"Betul ke uncle?"

"Maafkan uncle tuan muda."

"It's okay uncle."

Begitu terkilan sekali Eric sentiasa melihat keadaan menyedihkan Ryland setiap hari dari sisi cermin kereta di mana Ryland duduk di kerusi belakang dengan termenung sedih memandang ke arah luar tingkap sambil tangannya tidak berhenti-henti menilik-nilik gambar-gambar mamanya dan Rainier dalam telefon bimbitnya.

"Tuan muda..?"

"Ada apa uncle?"

"Yang sebenarnya, uncle dah pun jumpa Datin Helena dengan tuan muda Rainier.."

"Apa betul ke uncle, uncle tak berguraukan? Uncle jumpa mama dengan Rainier dekat mana?"

Begitu terkejut dan terujanya Ryland mendengar.

"Sebenarnya tuan muda, uncle cuba nak beritahu tuan muda sebelum ni.. Tapi...."

"Jadi, uncle dah lama tahu mana mama dengan Rainier sekarang tapi uncle cuba rahsiakannya daripada Ryland selama ni kenapa uncle? Ryland percayakan uncle tapi kenapa uncle buat Ryland macam ni..? Hentikan kereta sekarang."

Eric memberhentikan keretanya secara mengejut. Ryland terus membuka pintu kereta dan berjalan laju meninggalkannya di belakang.

"Tuan muda! Tuan muda Ryland nak pergi mana tu?!"

Ryland langsung tidak mempedulikan jeritan panggilan Eric malahan kakinya terus melangkah dengan keadaannya yang begitu marah.

"Uncle buat macam tu sebab Dato' tuan muda! Dato' yang tak benarkan uncle untuk beritahu tuan muda!"

Jerit Eric lagi.

Langkah Ryland terus terhenti kerana terkejut apabila mendengar sahaja nama ayahnya yang sentiasa terlibat dalam masalahnya. Perlahan-lahan Ryland menoleh ke belakang memandang serius wajah unclenya itu dari jauh.

"Uncle tak peduli kalau kerja uncle ni di jadikan sebagai satu risiko besar untuk uncle mempertaruhkan semata-mata kerana tuan muda. Cuma apa yang uncle risaukan adalah tuan muda, kerana uncle tak mahu Dato' terus-menerus menyakiti hati dan perasaan tuan muda lagi. Sebab itulah uncle terpaksa buat macam tu. Tolonglah maafkan uncle..?"

"Kenapa dad terlalu kejam sekali pada Ryland uncle? Lebih-lebih lagi, pada mama dan jugak Rainier? Apa salah mereka uncle?"

Melihat keadaan Ryland seakan-akan berputus asa terhadap hidupnya sendiri, membuatkan Eric melangkah laju ke arahnya dan terus memeluknya cuba memberikan semangat padanya semula.

"Janganlah macam ni tuan muda, uncle janji yang uncle akan bawak tuan muda sekarang pergi berjumpa dengan datin dan jugak adik tuan muda Rainier."

"Betul ke ni uncle?"

"Tapi sebelum tu, tuan muda kena janji dengan uncle dulu yang tuan muda tak akan lama berada di sana sebab uncle tak mahu lagi tuan muda cari masalah dengan Dato'. Tolong janji dengan uncle tuan muda?"

"Baiklah uncle, Ryland janji. Dan terima kasih uncle atas segala-galanya yang uncle telah lakukan semata-mata untuk Ryland selama ni.."

"Jangan cakap macam tu tuan muda, tak perlulah tuan muda berterima kasih dengan uncle sebabnya uncle anggap tuan muda dah macam anak uncle sendiri."

Ryland membalas kata-kata Eric itu dengan senyuman comelnya.

"Kenapa ni uncle?"

Ryland pelik memandang wajah terkejut Eric padanya.

"Sejak datin dan jugak tuan muda Rainier pergi, uncle tak pernah lagi nampak tuan muda senyum. Jangan biarkan masa silam tuan muda memakan diri tuan muda sendiri, sampai tuan muda tak tahu lagi cara macam mana nak senyum."

Ryland melebarkan lagi senyuman pertamanya itu pada Eric.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience