TIUPAN angin yang menderu-deru bersama bunyian ombak yang menghempas pantai jelas mendamaikan. Menatap lautan yang terbentang seakan memberinya satu energi serasa segala masalah duniawi yang terbeban dalam dirinya terlerai. Benarlah seperti yang tercatat dalam hadis Rasulullah SAW.
Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Iaitu dengan memandang wajah ibu bapa, Al-Quran, lautan dan akhir sekali Ka’abah. Tiada apa yang dicipta oleh Allah SWT itu sia-sia.
Aku ingat lagi kata-kata dari sebuah buku yang aku baca, Rasulullah saw amat suka dengan laut, air terjun... itulah ubat penenang hati...aku akui, hati
aku mulai tenang bila menikmati keindahan ciptaan yang maha Esa.
Share this novel