Bosan nya dok rumah ni....aduss...memang la bes dapat tido puas2...tp,
ttp buhsan!
Aku tak sabar nak dapat result matrix. Rindunya kat matriks. Suasana
nyaman Kuala Nerang yang tak mungkin aku lupekan. Kehidupan kat matriks
adalah kehidupan yang paling menyeronokkan. Jumpa kawan dari setiap
negeri. Aku mulai kenal budaya mereka. Aku juga mulai memahami mereka.
Kenapa orang ganu ngan kelate mempunyai ikatan assabiah yang terlalu
kuat. Kalau jumpe geng2 negeri diorang, memang dah tak pandang orang
lain. Haha...aku tau jawapannya... walaupun orang lain pandang serong
dengan dorang, tapi aku tak... sebab diorang sentiasa ngan geng2 ganu n
kelate dorang, coz senag diorang nak balik kampung nanti. Balik same2...
ade member nak balik kampung. Sebab tue dorang memang rapat. Tak tahu
lah...ni berdasarkan pemerhatian aku. Tapi aku ok jer ngan dorang...coz
aku kawan semua orang. aku suke dengar diorang
sembang...kelakar...haha...keluar semua loghat ganu ngan kelate...
Aku rindu kat kelas tutorial aku...cikgu hanif...class rep,mail...kawan2
sekelas aku. Mana mungkin aku bias mngembalikan masa. Hanya kenangan
yang sentiasa dijiwa. Ya!kenangan tak pernah mati, tak pernah
luput...sentiasa harum subur dihati.
"dila...dah bangun ke belum tu???"
Alamak…mak aku dah bunyi siren…aku dah bangun dari tadi, dah gosok ggi,
dah cuci muke...mak aje yang tak perasan...tapi mak memang pantang kalau
tidur wakt pagi. Mak kate, nanti rezeki susah nak masuk. Lagi teruk kalu
anak dara bangun lambat. Mungkin dah terbiasa bangun pagi, sampai
sekarang aku memang awal bangun pagi. Kat asrama matriks dulu pon, aku
yang kejut kan rumate aku. Jarang la die yang kejutkan aku.Hehe...
"dila...tidur balik ke?"mesti mak ingat aku sambung tidur.
"ye mak...dila tak tidur"
Aku tak tipu mak...cumenye aku baring2 sambil mengelamun.hehe...
*********
Teet..teet
-salam...dil,result kuar sok
-Ha?biaq betoi...cuaknya...
-xkn aku tpu. Leh cek gne sms tw!
Cepat tol faz dapat taw...tapi sms td memang wat aku rase tak senang duduk.
Ya Allah...lambatnya mase berlalu. Aku tak sabar nak taw result aku...
-faz, aku tkut.if result aku truk, mk aku sruh kawen.
Mak dah cakap ngan aku kelmarin. Kalau result matriks aku teruk, lebih
baik aku kahwin. Mak kate die sendiri yang akan carikan calon suami
untuk aku.
Argh!aku tak nak kawn sekarang. If kawen pon, aku nak dengan wan...hehe...
Berangan jer la aku…ntah2 dia dah ade awek lain. Aku nak tengok sejauh
mana kesabaran dan kesetiaan dia tunggu aku.
-ok la 2.xpyah sush2 stdy lg.hehe
Eh.minah ni…die fakir kawen tu senang2 jer ke? Tp, betol gak. Tak payah
aku sengkang mata nak study. Kalau dah kawen nanti. Husband aku la yang
kena tanggung aku. tak payah kerja.
-ye la 2. if dpt laki kya.
-pe lg, cr la laki kya!
Faz....sabar jer la aku dengan ayat minah sorang ni...
-if ade laki kya yg nk ngn aku...huhu
-xda la dil, aku men2 jerk! Pe gne blaja tngi2, tp xkeje bgus.
Tol ak faz kata...blajar tngi2 ni, harap nya dpt la keja bagus, boleh
tolong parents aku. boleh beli ape yang aku nak. berangan lagi aku...
"kita menuntut ilmu kerana Allah. Bukan kerana hendak disanjung oleh
manusia. Nak cari kekayaan. Belajar kerana Allah...insya- Allah kita
akan sentiasa dilindungi dan diberkati."
Tibe2 teringat pe yang aku pernah dengar tazkirah mase sekolah dulu.
Betoll gak 2... ’Sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Taala...’ Aku
ingin betolkan balik niat aku. aku nak sayap2 malaikat sentiasa
melindungi aku walau dimana saja aku berada. Itu antara kelebihan orang
yang menuntut ilmu kerana Allah Taala...
*****
Share this novel