Alhamdulillah...aku dapat 3.74...syukur bangat!
-salam faz, cmne rezlt?aku da cek. Alhmdlh,aku dpt 3.74
Tak sabo aku nak bg taw kat faz.
Teet...teet...
-alhamdlh. Aku dpt 3.7 mu lg bnyk dr aku.
-tahniah. Xkeysah la sape yg teror. Aku hrap t kte dpt u sma.
Teet..teet...
Insya allah.ak ingt nk aply uitm.aku nk smbung amik acc.mu?
-sm la. Aku nk amik acc gk.
Alhamdulillah....tercapai gak hajat aku nak dapatlan pointer 3.5 and above.
Berita baik ni aku dah bg taw kat mak awal2 lg. Mak kata, selamat la aku
nak kawen cepat. Haha....itu pulak yang mak fikir.
********
Cepat nye mase berlalu....serasa baru semalam aku masuk tabika. Abah
hantar...hehe...aku la paling bertuah antara adik beradik yang lain.
Abah sentiasa sibuk dengan kerjanya. Sampai tak ada masa nak hantar
anaknya ke sekolah. Seingat ku, kakak2 dan abangku pergi sekolah menaiki
basikal walau hari pertama sekolah. Tapi, aku beza. Abah sanggup hantar
aku. Saying abah!aku rapat dengan abah dari mak. Dari kecik kalo abah
nak pergi medang(minum kat kedai kopi; bhs jawa) masti abah ajak aku.
walaupun masa tu aku dah ada adik. Masa aku nak daftar kat kolej mara
kuala nerang pon abah sanggup ambil cuti nak hantar aku.
"tak acinya la ko. Baru masuk matriks, tapi abah sibuk nak hantar ko.
Aku yang masuk U pon abah tak hantar. Kalau tak dapat result yang bagus
tak taw la nak kate pe."
Aku ingat lagi kak lela bitau aku. memang tol, selama ni abang sulung
aku yang hantar kakak2 aku yang lain mase pendaftran U. Mungkin dalam
banyak2 adik beradik, aku la paling mirip dengan abah. Orang kampung
yang tak kenal aku pon, tau aku anak siapa. Paling nyata, aku la yang
gemuk. Adik beradik aku solid jer. Ikut mak...abah memang besar. Dulu ye
gemuk. Tapi sekarang aku tengok abah dah makin kurus. Tapi perut boroi
abah tetap maintain. Hehe...
Perut buncit abah tu la yang buat aku selesa bila nak tidur dengan abah.
Pelindung aku bila aku kena marah dengan mak. Aku pasti akan menyorok
kat perut abah. Mak tak kan nampak. Haha...
Sebelum masuk matriks, abah pesan kat aku, kuruskan badan.Perempuan tak
elok gemuk. Nak kahwin nanti susah.Hmmm...bagi aku if boy tue jatuh
cinta ngan aku, biarlah dia cinta ngan peribadi aku, bukan fizikal
semata2. tapi, tak boleh gak...rupe pon memankan peranan.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,"wanita itu dipilih kerana 4 perkara.
Kecantikan, harta, agama dan keturunan. Jika kamu pilih kerana agamanya
nescaya kamu akan selamat." Agamalah penyelamat segala2 nya. Aku nak
jadi wanita solehah. Untuk mak ngan abah,adik beradik aku. untuk
sahabat2 ku, paling utama untuk bakal suamiku nanti. Hehe...
"dila...cepatla bangun...kata nak sarapan td"
Terkejut aku. diana kacau jer aku tengah berangan.
"ko ni, berangan tak sudah2. cepatlah bangun. Perut aku dah lapar ni.
Jom beli makanan kat bawah"
Perangai diana sama macam faz. Kalau bab makan, tak pernah tak lewat.
Badan kecik tapi nafsu makan mengalahkan aku yang badan besar ni.
Rindunya kat faz...pe la die buat sekarang ni. Aku terpisah dengan faz.
Aku berjaya masuk uitm shah alam. Tapi die dapat UTM skudai. Tak pe la.
Walaupon die tak dapat kos accountancy, tapi cgpa die setakat ni 3.52.
tue lah namenye hikmah. Mulenye die memang tak nak kos psikologi
industri, die kate macam tak pernah dengar jer. Aku pon tak pernah
dengar.Rezeki die...ada hikmah semuanya tue. Sekarang dah Nampak hikmah nya.
Aku pulak lain. Walaupun dapat kos yang aku nak, result aku kantoi.
Giler2 punye kantoi. Setakat ni, cgpa 2.92...aku dah dapat surat amaran
dr JPA pasal result aku ni. Takut gak if scholarship kena tarik. Mampus
aku!huhu...
Penat aku fikir nape result aku teruk. Tak macam kat matriks
dulu...senang jer nak dapat 3.7...mungkin ushe aku tak sekuat mase kat
matriks dulu...sedih nye...mak tak taw, malas aku nak bg tau. Nanti aku
yang kena bebel. Untuk sem 3 ni, aku nak ushe degan ushe yang luar
biasa..aku nak naik kan cgpa aku. azam aku! ya Allah...bantulah hamba Mu....
"dil...cepatla!aku dah siap ni. Aku ingat dah siapa tadi, rupenye
sambung berangan ko ye."
"ye...aku dah nak siap ni"
Diana ni tak menyabo sungguh. Huhu...tapi aku senang dengan diana. Dalam
banyak2 housemate, dia la yang paling rapat ngan aku. lagipon, kitorang
sekelas. Memang sentiasa bersama kalau gi mana2.
Share this novel