Asyik sungguh aku melihat ombak yang memukul pantai...damainya suasana
ketika ini. Masya Allah...Indah sungguh ciptaan Mu....
"sayang...penat abang cari. Kat sni rupanya dia mengelamun."
"maaf abang...tadi abang tengah tidur,saya malas nak kejutkan
abang"
Serba salah pulak bila suami aku mengeluh kerana tinggalkan dia.
Sungguh! Aku tak bermaksud nak keluar tanpa kebenaran suami ku.
"abang...sayang minta maaf. Sayang tak ada niat nak keluar tanpa
kebenaran abang"
"tak ada lah. Abang terkejut, bila sedar ayang tak ada kat sebelah
abang. Takut gak kalo ada orang culik si can tik ni. Merana abang."
Suamiku tersenyum nakal..
"sapae plak yang nak culik saya..."
"abang...."
"terima kasih sebab memilih ayang...saya tak sangka dapat kahwen dengan
lelaki idaman..."
"lelaki idaman?kata tak pernah kenal abang sebelum ni?
"bang la lelaki idaman saya...lelaki yang saya idam2 kan dalam setiap
doa saya. Lelaki yang dapat mendamaikan hati saya tika keresahan. Imam
saya dalam setiap solat.."
"hmmm...apa2 pon, abang bertuah kerana memiliki ayang. Ayang dengar ni..."
Suami ku mengarahkan aku supaya bertentang mata dengan nya.
"abang mencintai sayang kerana Allah. Kita bina keluarga dengan nilai2
islam. Kalau boleh, abang nak sayang resign. Gaji abang cukup untuk
menampung hidup kita." Berat nya permintaan suami ku.
’isteri yang solehah ialah isteri yang sentiasa menuruti permintaan
suami nya selagi tak bercanggah dengan ajaran islam.’
"kalau itu yang abang nak, saya akur." Lambat2 ak jawab...
"alhamdulillah. Terima kasih...abang nak, sayang sendiri yang menjaga
dan mengasuh anak2 kita nanti. Abang tak nak orang lain yang mengasuh
anak2 kita. Abang nak mereka sentiasa dekat dengan kita. Bukan orang
lain yang tiada hubungan. Abang tak nak makan makanan yang dimasak orang
lain. Abang hanya nak makan makanan air tangan ayang...sebab tu abang
nak sayang berhenti kerja."
Owh...sebab tu ke...bagus juga taklah terasa sangat letih nak uruskan rumah dan kerja.
****
Kami berjalan berpegangan tangan menikmati keindahan Pulau Kapas. Sudah lama aku memasang impian untuk pergi bersama kekasih halal. Mujur kami berdua punya minat yang sama, cinta pada lautan. Kami hanya diam tanpa berbicara, saling asyik memandang lautan biru hijau zamrud yang jernih bak Kristal. Walau tanpa bicara, hati kami penuh dengan rasa cinta. Mata kami saling bersinar dan bibir kami tak henti menguntum senyum. Alhamdulillah, inilah nikmat yang Allah berikan untuk mereka yang menghalalkan sesebuah perhubungan dengan ikatan perkahwinan.
Share this novel