Bab 5 : Perjumpaan

Fantasy Series 696

Minggu ini puak Hang akan mengadakan mesyuarat antara semua pemimpin kawasan untuk melaporkan kawasan pimpinan masing-masing. Pak Kori sebagai ketua keluarga Puak Hang akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat ini . Jadi dia akan membuat persiapan untuk menyambut semua tetamu yang akan hadir .

Terdapat 4 kawasan yang di kuasai oleh Puak Hang iaitu Hutan Bara , Pekan Fira , Pekan Naru dan Bandar Hang dengan populasi puak Hang kira-kira 5,000 orang . Setiap kawasan akan di pimpin oleh seorang daripada keluarga utama dengan menggunakan system meritokrasi iaitu kepimpinan mengikut pencapaian yang di sumbang kepada keluarga puak . Hutan Bara di pimpin oleh Hang Ur , beliau terkenal di kalangan anak buahnya sebagai pengguna magik Bebola Api . Pekan Fira pula di pimpin oleh abang Pak Kori iaitu Hang Raa dan dikenali sebagai pengguna magik api Singa berantai . Pekan Naru pula di pimpin oleh pesaing rapat untuk gelaran ketua puak iaitu Hang Darr , beliau di kenali sebagai pengguna magik api neraka . Akhir sekali Bandar Hang yang di pimpin oleh ketua puak iaitu Hang Kori setelah kepahlawanannya melawan serangan dari puak manusia naga pada 10 tahun lalu dengan menggunakan magik api cahaya yang membolehkan Pak Kori bergerak sepantas cahaya .

Seperti biasa Hang Raa menjadi tetamu pertama yang hadir memandangkan Pekan Fira hanya mengambil masa setengah hari perjalanan sahaja . Pak Kori menyambut kedatangan abangnya dengan mesra .

“ Papa , akak nak pergi ke taman sekejap ” pinta Hang Tasha kepada ayahnya .
“ Pergilah , jangan kamu buli sepupu kamu yang masih kecil tu ” Hang Raa memberi kebenaran .
“ Mana ada buli , main je “ Hang Tasha membuat reaksi muka seperti nakal .
“ Masuklah dulu abang Raa , Kori dah siapkan sedikit kudap-kudapan untuk kita makan “ Pak Kori menjemput abangnya dan isteri untuk masuk .

Hang Ribut yang berada di taman sedang bermeditasi untuk mengawal elemen di dalam dirinya . Seperti biasa , sepupunya iaitu Tasha akan mengganggunya kerana dia tidak mempunyai adik-beradik selama lebih 10 tahun . Memandangkan keluarga mereka sangat rapat , jadi keluarga Tasha selalu datang ke rumah Ribut di tambah dengan perangai Ribut yang lebih matang berbanding dengan budak seusianya .

“ Oi budak kecik , buat apa tu ? “ Tasha menyucuk-nyucuk tubuh Ribut yang sedang focus untuk meditasi .

Ribut tidak menghiraukan dengan gangguan Tasha , dia meneruskan lagi tumpuan meditasinya .

“ Ohhh ,dah berani melawan orang lebih tua ya . Siap la kau “ Tasha merancang untuk menggeletek Ribut .

“ Tua mende , baru 13 tahun . Di mata aku , kau tu budak kecik ye “ Ribut bercakap di dalam hati .

Tasha menggeletek perut Ribut , namun tiada reaksi dari Ribut . Jadi beliau berlalu meninggalkan Ribut sendirian .

“ Huh , pergi pun nyamuk yang suka mengganggu “ Akhirnya Ribut menarik nafas lega .

Splashhhh …

Tasha menyembur air ke muka Ribut .
Ribut yang tidak menyangka akan serangan tersebut akhirnya terkejut dan menghentikan meditasinya .

Tasha gelak terbahak-bahak melihat reaksi Ribut .

Ribut mula mengejar Tasha kerana geram dengan usikan dia .

Tasha berlari sekuat hati kerana Ribut berlari dengan agak laju walaupun baru berusia 3 tahun .

“ uhuh , cukup-cukup . Penatlah “ Tasha mengalah kerana terlalu penat berlari .
“ Siapa suruh kacau . Siap kau aku geletek puas-puas “ Ribut Berjaya menangkap Tasha .

“ Arghhh , hahahahha , geli geli “ Tasha tak dapat menahan rasa geli selepas di geletek oleh Ribut .
Tiba-tiba…..

dah Lama nak publish tapi asyik terlupa.. hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience