Bab 4 : Magik Api

Fantasy Series 696

Pak Kori membawa Ribut ke sebuah tempat latihan di mana dulunya digunakan oleh Pak Kori sendiri untuk berlatih kemahiran magik nya. Tempat latihan ini lengkap dengan senjata dan penghadang untuk menangkis serangan magik dari luar dan dalam. Di sebabkan Pak Kori berasal dari keluarga utama, maka keluarganya mempunyai sumber yang cukup untuk membina tempat latihan yang kuat.

“Baik, Ribut sekarang ayah akan tunjukkan asas-asas magik api dalam Puak Hang” Pak Kori mula membuka langkah untuk mengaktifkan ilmu magiknya.

Hang Ribut melihat pergerakan ayahnya dengan penuh minat. Baginya ini kali pertama dia melihat pengaktifan ilmu magik dari seorang pengguna magik. Sebelum ini dia hanya membayangkan dari apa yang dibaca di buku sahaja.

Pak Kori membuka telapak tangannya dan mula membaca mantera magik.

“ Ku seru api yang membakar panas , memakan segala yang dibakarnya menjadi abu , tidak kenal lawan mahupun kawan , maka hasillah di kau di telapak tangan ku “ Tiba-tiba muncul api berwarna merah dari telapak tangan Pak Kori .

“ Jadi inilah cara magik dihasilkan di dunia ini. “ Hang Ribut berkata dalam hati.

“ Dengan latihan dan pengalaman yang cukup , kita boleh hasilkan api yang lebih kuat . Contohnya kita menfokus api ini menjadi semakin mampat maka habanya akan semakin panas . Dan ia mula berubah warna mengikut suhunya “ Api di tangan Pak Kori mula berubah warna dari warna merah ke warna Oren , kemudian berubah lagi menjadi warna putih dan akhirnya sekali menjadi warna Biru . Iaitu bentuk api paling panas dan paling merbahaya .

“Ooo , macam tu” Hang Ribut teringat tentang ilmu sains yang dia belajar dahulu . Api berubah warna disebabkan oleh wavelength cahaya . Nampaknya ilmu magik dan ilmu sains di dunia ini adalah selari . Api memerlukan oksigen untuk melakukan proses pembakaran . Tapi jika pengguna magik hanya boleh mengaktifkan satu core elemen , bagaimana mereka boleh mengubah suhu sehingga ke tahap itu tanpa melibatkan elemen angin . Melainkan mereka sebenarnya mempunyai elemen lain dalam diri mereka tanpa mereka sedar .

“ Cuba kamu hasilkan sekali lagi api kamu , mungkin ayah tersalah tengok warna api kamu “ Pak Kori mengarahkan Hang Ribut untuk mendemonstrasi magik apinya .

Hang Ribut memejamkan mata dan membayangkan partikel berwarna merah berkumpul di tangannya .

“ Haaaa .. “ Api merah keluar dari tangan Hang Ribut .

“ Fuh , nasib baik . Mungkin masa tu ayah silap tengok . Walaubagaimanapun menghasilkan api pada usia yang sangat muda dan tidak perlu membaca mantera adalah satu pencapaian yang hebat. Malah ayah sendiri pun hanya dapat menghasilkan sedikit percikan api buat kali pertama pada usia 10 tahun . Dan memerlukan masa 3 bulan latihan untuk betul-betul hasilkan sebuah api di telapak tangan . “ Pak Kori menarik nafas lega kerana menghasilkan api biru sebenarnya memerlukan latihan yang sangat lama.

“ Ayah , adakah membaca mantera di wajibkan untuk seseorang melakukan magik ? “ Hang Ribut bertanya kepada ayahnya.

“ Tidak , tetapi ia sangat penting untuk pemula untuk memahami dan membayangkan magik yang ingin di hasilkan . Jika seseorang itu tidak mengenal sifat magik nya , maka sukar untuknya mengawal kekuatan magiknya . Kerana dengan membaca mantera , ia membantu kita untuk membayangkan di dalam hati kita tentang apa yang kita kata kan . Tapi setelah beberapa tempoh latihan tertentu , seseorang itu boleh menghasilkan magik tanpa memerlukan mantera . Lagipun dalam pertarungan sebenar , membaca mantera sebenarnya seperti memberitahu musuh tentang apa yang kita mahu lakukan . Jadi dengan menghasilkan magik tanpa sebarang bacaan adalah sangat kritikal untuk melakukan serangan mengejut dan mengelakkan dari serangan balas yang boleh mematahkan serangan kita “ Pak Kori menerangkan tentang konsep magik peringkat sederhana memandangkan anaknya sudah pun berada pada tahap tersebut . Menjadikan Hang Ribut setaraf dengan seorang tentera kerajaan atau kebanyakan pengguna magik dewasa .

“ Jadi , bagaimana untuk menghasilkan teknik serangan ? “ Hang Ribut bertanya kepada ayahnya .

“ Untuk menghasilkan teknik serangan , ia memerlukan beberapa teknik gerakan kawalan magik yang sangat tepat kerana menghasilkan magik sahaja tanpa mengawal kuasanya saja tidak mencukupi . Contohnya api yang dihasilkan jika tidak di kawal , ia bukan sahaja membakar lawan , malah boleh membakar diri sendiri dan kawan . Sebagai contoh , kita mengawal bentuk api yang liar itu dan mengawal ciri fizikalnya menjadi lebih seragam untuk menjadi satu bentuk yang lain. Caranya kita menghasilkan api menggunakan dua telapak tangan kita dan mampatkan api yang keluar dari kedua telapak tangan sehingga ia menolak satu sama lain . Oleh itu , tolakan itu menyebabkan api itu menjadi bulat . Dan teknik ini dinamakan sebagai bebola api . Setelah itu apa bila ia dilemparkan dan terkena sesuatu , keseimbangan bebola akan terganggu dan akhirnya berlaku letupan . Seperti sebiji telur yang jatuh “ Pak Kori menerangkan tentang teknik kawalan api .

“ Ooo begitu , baik ayah . Ribut faham “ Hang Ribut mula faham tentang kemahiran magik .

P.S : Perbualan di atas berlaku antara budak 3 tahun dengan ayah nya . Dialognya Nampak matang kerana umur MC yang sebenar adalah 28 tahun . Di tambah pula kebanggaan sang ayah kerana mempunyai anak yang genius .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience