Pak Kori berkumpul bersama dengan ketua keluarga yang lain iaitu abang sulungnya Hang Raa dan adik perempuannya Hang Kiraa.
"Tahniah diatas kelahiran anak sulung lelaki Kori. So, apa kata kita kenen-kenenkan anak kita," kata Hang Raa kepada Pak Kori.
"Kenen-kenen apa, anak hang kan dah berusia 10 tahun, Anak abang Kori baru saja lahir. Takkanlah nak jodohkan dengan anak dara tua nanti." Hang Kiraa mencelah.
"Hehe, soal tu jangan risau.. Kori akan beri peluang tu kepada setiap ahli keluarga puak Hang." Pak Kori lebih suka jika tidak mengikut tradisi dimana jodoh sudah ditetapkan sejak lahir lagi.
"Hum hum, betul tu bapak. Saya baru jer lahir ke dunia. Takkanlah dah ada isteri." Hang Ribut bersetuju dengan bapaknya walaupun dia tidak boleh bercakap lagi.
"Oleh itu, Kori akan adakan perlawanan di mana hadiahnya adalah hak untuk berkahwin dalam keluarga kami." Tambah Pak Kori.
"Chotto Mate !! saya tarik balik pujian terhadap bapak ." Hang Ribut mensilangkan tangannya menunjukkan tanda tidak mahu dan menyesal memuji bapa nya awal tadi.
"Abang, cukup lah tu bergurau. Tengok anak kita ni.. Buat muka merajuk.. " Mek Li seolah-olah faham dengan kemahuan anaknya.
"Hahaha, abang melawak saja.. Tapi abang memang maksudkan untuk memberi peluang kepada semua anak dara dalam keluarga Hang untuk menjadi sebahagian dari keluarga kita tanpa mengira umur dan darjat." Pak Kori menyatakan hasratnya.
"Eh eh, comelnya anak kamu ni Li.." Hang Laraa memicit-micit pipi Hang Ribut.
"Bila giliran kamu pula Laraa ? " Mek Li menanyakan tentang perut Hang Laraa yang sarat mengandung. Hang Laraa adalah rakannya sejak kecil lagi dan merupakan kakak kepada Hang Zumi. Disebabkan Hang Laraa dan Pak Kori adalah sepupu. Jadi Mek Li dan Pak Kori mula berkenalan sejak kecil lagi.
...
3 tahun kemudian...
Hang Ribut sudah pandai bercakap dan menulis. Itu menjadikan Pak Kori dan Mek Li merasa bangga kerana anak-anak mereka yang lain baru hendak bercakap. Malah, Hang Ribut sebenarnya sudah boleh bercakap sejak berusia berusia 6 bulan. Sedar akan potensi anaknya, Pak Kori menyediakan ruang khas untuk anaknya terus belajar sambil dibantu oleh seorang guru kanak-kanak.
"Hurm, agak susah untuk aku menonjolkan sifat kedewasaan aku dalam tubuh sekecil ni. Mesti semua orang akan takut dengan perangai aku. Tapi aku mesti terus menggali lagi segala maklumat tentang dunia ni." Hang Ribut bermonolog dalam hati.
Hari ini, aku nak tahu macamana magik dihasilkan di dunia ni. Dan apakah potensi magik dalam diri aku.
Mengikut buku ni, magik dihasilkan apabila tenaga dalaman dalam diri kita berkumpul dan membentuk satu core. Dan core ni menjadi semakin padat dan menjadi satu elemen yang dominan. Di dalam dunia ni, terdapat 4 elemen asas iaitu Api,Air,Angin dan tanah. Walaubagaimanapun, seorang manusia hanya boleh mempunyai satu elemen asas. Dan dari elemen asas ini akan digilap dan menghasilkan elemen baru yang telah diperhalusi melalui latihan dan pengalaman. Contohnya Pak Kori telah menghasilkan elemen cahaya setelah berjaya meningkatkan level magik api nya ke tahap paling tinggi. Dan Pak Kori boleh melitupi dirinya dengan magik cahaya dan bergerak dengan kelajuan cahaya. Terdapat juga elemen tahap tinggi yang lain seperti elemen Ais dari keluarga Tun. Namun, kebanyakan magik ini adalah rahsia bagi setiap puak. Di mana ia adalah senjata bagi puak masing-masing.
" Baiklah hari ni aku nak hasilkan core magik aku yang pertama .. Tapi dalam ni tak dinyatakan bagaimana ia dihasilkan . Ia hanya akan muncul setelah berumur 12 tahun ke atas dan ia muncul secara natural tanpa disedari.. Baiklah, kalau tak silap aku.. Dulu dalam anime banyak tunjuk yang bertapa boleh mencapai tujuan tersebut.. Mungkin aku kena mulakan dengan bertapa.. " Hang Ribut mula melakukan pertapaan. Dia mula menfokuskan mindanya di satu sudut hatinya dan membayangkan partikel-partikel tenaga berkumpul dan membentuk satu core elemen.
Setelah beberapa minit, dapat di rasakan bahawa partikel-partikel tenaga tersebut mula berkumpul. dan terbentuklah satu core elemen yang berwarna merah. Tiba-tiba terbentuk lagi satu core elemen, kali ini berwarna biru. Kemudian satu lagi core iaitu berwarna perang dan akhir sekali, satu core elemen berwarna putih. Menjadikan Hang Ribut adalah manusia pertama yang berjaya mengaktifkan 4 elemen asas pada usia 3 tahun. Kalau berita tentang ini tersebar. Hang Ribut pasti akan menggemparkan dunia.
Hang Ribut memberitahu ayahnya yang dia sudah mengaktifkan elemen api.
" Hahaha , tak mungkinlah . Biasanya bila kamu berusia 12 tahun ke atas baru kamu boleh aktifkan elemen kamu sendiri. " Pak Kori menidakkan kata-kata anaknya.
Hang Ribut cuba menghasilkan magik api nya sendiri. Dia membayangkan api keluar dari tangannya. Kemudian keluarlah api yang berwarna biru.
Pak Kori terkejut dengan apa yang dia lihat. Anaknya bukan sahaja telah mengaktifkan elemen nya sendiri malah api yang dihasilkan adalah berwarna biru. Beliau mengambil keputusan untuk melatih sendiri anaknya tentang ilmu magik api. Dan membentuk anaknya menjadi seorang pahlawan magik. Nampaknya anaknya bukan sahaja genius dalam membaca namun dia juga genius dalam ilmu magik. Masa hadapan anaknya akan menjadi sangat cerah.
Share this novel