Clan of Hang atau Puak Hang merupakan salah satu puak dari 5 keluarga yang mengasaskan Country of Mareshia pada 70 tahun dahulu. Ciri-ciri puak Hang adalah mempunyai rambut hitam dengan mata yang merah seperti saga. Mereka pakar dalam magik yang berunsurkan dari api. Lambang keluarga Hang adalah Matahari. Ketua kepada Puak Hang adalah Hang Kori. Beliau adalah ahli puak Hang yang paling kuat dan mahir dalam magik Api sehingga menghasilkan elemen baru iaitu elemen cahaya. Menjadikan Hang Kori mendapat gelaran Red Eyes Flash kerana dia mampu bergerak dalam kelajuan cahaya.
Zumi berlari dengan pantas menuju ke ladang milik Pak Kori.
"Pak Kori, Mek Li dah nak bersalin. Sekarang Tok bidan tengah menjaga Mek Li di rumah. Harap Pak Kori cepat balik jenguk Mek Li" Zumi termengah-mengah di hadapan Pak Kori.
"Betul ka Zumi ? Baik. Cepat kita balik sekarang." Pak Kori menghentikan kerjanya di ladang.
Semasa Pak Kori dan Zumi menuju pulang ke rumah. Tiba-tiba langit menjadi mendung. Kedengaran bunyi guruh mula berbunyi. Hati Pak Kori menjadi berdebar dengan situasi tersebut.
ZzazZ
Kelihatan ada satu kilat menyambar rumah Pak Kori. Pak Kori berlari sepantas mungkin untuk melihat keadaan dirumah. Kelihatan Tok bidan dan Mek Li pucat lesi kerana terkejut dengan kilat yang terlalu terang. Namun, tiada kemalangan yang berlaku.
"Syukurlah Mek selamat." Pak Kori memeluk tubuh Mek Li.
Tok bidan yang masih terkejut mula meneruskan kerjanya. Dengan tangan yang sedikit menggigil, beliau mula bersiap untuk menyambut bayi yang bakal lahir.
Uwekk uwekk.....
Proses bersalin berlaku dengan mudah tanpa sebarang masalah. Tok bidan membersihkan bayi yang baru lahir dan membalutnya dengan kain putih yang lembut. Tok bidan menyerahkan bayi tersebut kepada Pak Kori.
"Saya namakan anak saya sebagai Ribut of Hang clan." Pak kori menamakan anak yang baru lahir itu sebagai Hang Ribut.
"Eh, dunia ni nampak sungguh besar sekali... Bahasa apa yang mereka cakap ?? adakah dia ayah aku ??" Ribut tersedar setelah di isekai oleh Dewa Gara. Namun, dia tidak mampu bercakap ataupun bergerak seperti sebelum ni. Keadaan dia benar-benar seperti bayi yang baru lahir tetapi fikiran dia berusia 25 tahun.
"Zumi, beritahu seluruh ahli keluarga Hang bahawa malam ni saya nak buat majlis keraian untuk meraikan kelahiran anak saya. Kita buat jamuan makan-makan untuk semua orang.." Pak Kori menyuruh Zumi menyebarkan berita tentang kelahiran anaknya kepada semua Puak Hang.
"Baik Pak Kori.." Zumi menurut perintah yang diberikan oleh Pak Kori. Hang Zumi merupakan pembantu kepada Pak Kori. Usia Hang Zumi baru 13 tahun. Walaupun masih muda, Zumi sentiasa mendampingi Pak Kori kerana dia mengkagumi zaman remaja Pak Kori dahulu dan menjadi salah seorang anak murid Pak Kori dalam ilmu magik. Selain itu, Hang Zumi adalah sepupu kepada Pak Kori sendiri.
Mek Li atau nama sebenarnya Hang Lira merupakan isteri kepada Hang Kori dan merupakan dua pupu kepada Pak Kori sendiri. Clan of Hang sentiasa mengamalkan perkahwinan tertutup atau berkahwin dengan saudara terdekat untuk menjaga ketulenan darah Hang yang mengalir dalam diri mereka memandangkan Puak Hang terkenal dengan magik dari jenis Api.
"Maaf bang, Mek tak dapat menolong untuk majlis malam ni.." Mek Li berkata lembut.
"Tidak mengapa sayang, abang faham., Berehat la secukupnya.. Tentang majlis ni biar abang yang uruskan" Pak Kori menyuruh Mek Li untuk berehat sahaja.
"Terima kasih bang.." Mek Li bersyukur dengan layanan yang diberikan oleh suaminya.
Pak Kori mengumpulkan semua pekerja dari keluarganya dan pembantu rumah untuk membuat persiapan untuk majlis malam ini. Hang Ribut ditempatkan di bilik khas yang sudah disediakan oleh Pak Kori sendiri sejak sekian lama. Mek Li pula berehat di samping anaknya sambil di bantu oleh Wan dan Turi. Wan danTuri berasal dari luar Puak Hang dan bekerja dengan keluarga Pak Kori sejak 3 tahun yang lalu.
Share this novel