Seekor anjing liar memasuki laman rumah tempat Hang Ribut melakukan latihan meditasinya . Ribut dan Tasya yang sedang sibuk bermain dikejutkan dengan kehadiran haiwan berkenaan . Anjing tersebut menunjukkan tanda-tanda mahu menyerang . Anjing tersebut mengeluarkan bunyi yang menggerunkan. Tasya mengigil ketakutan dengan situasi sekarang. Jika terdapat pengguna magik dewasa pasti lebih mudah untuk mereka menghalau anjing berkenaan namun bagi Tasha , dia belum cukup kuat untuk melawan anjing berkenaan .
Tasha mula membaca jampi yang di pelajari dari ayahnya iaitu Hang Raa untuk menghalau anjing berkenaan .
“ Dengan kuasa api yang panas , hasillah dikau di telapak tangan ku” Tasha menghasilkan bebola api di tangannnya dan melemparkan ke arah anjing berkenaan .
B00M !!!!
Anjing tersebut berjaya mengelak serangan tersebut dan menjadi semakin ganas . Anjing tersebut mula berlari ke arah Tasha . Tasya menjadi kaku kerana serangan yang dilakukannya gagal.
Ribut muncul di hadapan Tasha dan melepaskan tembakan bebola api ke arah anjing berkenaan . Akhirnya serangan bebola api mengenai anjing berkenaan . Anjing tersebut mula menjarakkan diri dari mereka dan bersedia untuk melakukan serangan seterusnya .
“ Tasha , pergi dahulu . Minta bantuan cepat “ Ribut menyuruh Tasha melarikan diri dahulu sementara dia mengalih perhatian anjing berkenaan .
Hang Zumi terlihat apa yang berlaku dan berlari secepat mungkin ke arah Ribut dan Tasha .
Melihat kehadiran bapa saudara mereka , Tasha berlari secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan .
Hang Zumi mula menyerang anjing berkenaan dengan serangan bebola api . Namun , setiap serangan yang dilakukan Hang Zumi berjaya di elak oleh anjing berkenaan . Anjing tersebut mempunyai pergerakan yang sangat lincah .
Hang Zumi terus menyerang tanpa henti sementara menunggu bantuan tiba . Dia mula kepenatan kerana telah menggunakan mana yang agak banyak .
“ Ciss , hanya serangan mengejut yang boleh mengenai anjing berkenaan . Walaupun abang Zumi sudah menguasai magik api dengan pantas , namun anjing berkenaan dapat mengelak serangan berkenaan “ Ribut berkata di dalam hati .
Ribut berlari ke arah tasik . Dia mencelupkan tangannya ke dalam air dan membayangkan partikel-partikel hydrogen di dalam air dipisahkan . Ribut mengumpulkan partikel hydrogen tersebut dan mampatkan sebanyak mungkin sebelum dilemparkan ke arah anjing berkenaan .
“ Sekarang Abang Zumi , serang anjing tu dengan bebola api “ Ribut mengarah Hang Zumi menyerang anjing berkenaan .
Hang Zumi melepaskan bebola api ke arah anjing berkenaan . Letupan besar terhasil selepas bebola api berkenaan terkena partikel hydrogen yang mula menyebar di sekitaran anjing berkenaan . Kali ni serangan Berjaya melukakan anjing berkenaan .
Hang Zumi terkejut dengan letupan berkenaan namun dia tidak pasti apakah yang menyebabkan letupan berkenaan . Dia pasti ini mempunyai kaitan dengan apa yang dilakukan Ribut semasa dia mencelupkan tangan di tasik tadi .
Letupan tersebut menarik perhatian Pak Kori dan Raa yang datang memberi bantuan .
Anjing tersebut melarikan diri dengan luka yang parah . Hang Zumi mahu mengejar anjing berkenaan namun diberhentikan oleh Pak Kori yang baru sahaja sampai kerana dia bimbang jika anjing berkenaan mempunyai kawanan yang lain .
Pak Kori dan Raa melihat keadaan Ribut dan Hang Zumi .
“ Syukurlah kamu berdua tidak berlaku apa-apa . Magik apa yang kamu lakukan untuk hasilkan letupan yang besar macam tu ? “ Pak Kori bertanya kepada Hang Zumi .
“ Bukan saya yang menyebabkan letupan berkenaan , tetapi Ribut yang lakukannya “ Hang Zumi menafikan bahawa dia yang melakukan letupan berkenaan .
“ Betulkah apa kata Zumi tu ? “ Tanya pak Kori kepada Ribut .
Ribut hanya tersengih sahaja .
Hang Raa menghampiri Pak Kori .
“ Saya rasa perkara ini perlu dirahsiakan dahulu dari pengetahuan ketua yang lain . Jika mereka tahu seorang budak 3 tahun boleh menghasilkan letupan api . Pasti mereka merasa tergugat dengan kedudukan mereka sekarang “ Hang Raa berbisik kepada Pak Kori .
“ Baik , saya faham “ Pak Kori faham akan keadaan puak Hang yang sedang dalam konflik keluarga .
Pak Kori sememangnya merancang untuk melatih anaknya secara terus dengan nya sebelum memasuki akademi magik . Di sebabkan itulah , dia merancang untuk melakukan perjumpaan 5 Ketua Hang untuk mengisytiharkan perletakan jawatan sebagai ketua keluarga dan memilih ketua yang baharu .
Share this novel