Bab 4

Romance Series 6006

"aduhai,mana Risya ni. Dah 3 hari tak datang. Takkan lah sebab coklat (tanah)haritu" Fareez mula rasa bersalah

"Ok. Balik sekolah nanti aku pergi rumah dia. Yep. Aku nekad"

"Fareez? Kamu kenapa cakap sorang-sorang? Nak masuk hospital bahagia ke?" Cikgu Yusuf yang dari tadi perhatikan gelagat Fareez menegur.

"Hah? Erm.. tkde papela cikgu. Hehe" Fareez menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Kedengaran rakan-rakan kelasnya sudah tertawa

'ini semua sebab Risya. Kalau tak mesti aku tak malu macam ni' rungut Fareez dalam hati

~~~Pada petang itu~~~

"Dah sampai dah kat rumah dia ni. Aduh. Nak tekan ke tak eiyh loceng ni" Fareez mula berbelah bahagi. Jarinya ingin menekan loceng rumah Adelia. Namun dia segera menjauhkan jarinya.

"Ah,takpayahlah. Buat apa aku nak bersalah dengan budak tu" baru sahaja dia ingin pusing belakang dan melangkah pergi.

"Ye nak. Kamu cari siapa?" Tegur Puan Yasmin

"Er..makcik..Risya ade?" Ah lantak lah. Malu tak malu,aku kene tahu keadaan dia

"Oh. Cari Risya ke. Dia takde. Dia tolong jaga aunty dia pregnant. Lagi 2 minggu dia balik lah"...
'Sape lah budak ni. Hensem. Ni mesti boyfriend Risya. Pandai dia pilih kekasihhati. Haha'

"Oh. Oklah makcik. Kalau macam tu saya pergi dulu eiyh" Fareez ingin meminta diri

"Eh,masuklah dulu. Minum-minum ke apa" niat di hati Yasmin untuk mengenali *kekasih hati* Adelia. Fareez hanya menurut dan mengikuti Puan Yasmin dari belakang

"Hah,duduklah dulu"

"Baik makcik" Fareez tersenyum mesra

"Ramah doh mak dia. Bukan macam budak tu. Garang. Eh,tapi aku yang selalu buat dia marah kan. Haha apelah"

5minit kemudian

"Haa. Dah siap. Minum lah. Lupa nak tanya. Nama kamu siapa" Puan Yasmin menghulurkan secawan teh untuk Fareez

"Terima kasih makcik. Buat susah-susah je. Makcik boleh panggil saya Fareez"

"Tak susah pun lah bancuh teh o tu. Alah kamu ni,tak payah panggil makcik. Panggil je mummy"

Tersedak Fareez dibuatnya

"Eh Fareez, kamu ok tak ni" Puan Yasmin menghulurkan tisu untuk Fareez.

Fareez menyambut hulurannya. "Tkde papelah makc...mummy"

'gila siak. Aku boleh panggil mak Risya mummy..hahah' Fareez ketawa riang di dalam hati

"Minum tu jangan lah sampai tersedak. Risau mummy" Puan Yasmin bernada risau

"Hehe. Sorry mummy" Mata Fareez melilau memandang sekeliling ruang tamu. Kemudian matanya tertancap pada sebuah frame yang berada di dinding

'comel nya budak kecik dalam gambar tu. Mesti adik Risya'

"Tu Risya waktu kecik. Mummy ada gambar dia yang lain. Nak tengok? Jap mummy amek" Puan Yasmin segera bangun dan bergerak ke arah tempat penyimpanan album.

'Dapat tengok gambar Risya waktu kecik wei. Haha. Kalau dia tau ni mati aku'

"Hah. Nilah gambar-gambar Risya waktu kecik"

Mereka menyelak satu persatu mukasurat album tersebut. Ada gambar yang membuatkan Fareez tergelak-gelak. Kemudian ada satu gambar Risya membuat mata juling dan mengembungkan pipinya. Mukanya pula penuh dengan kek coklat. Fareez merenung gambar itu. Dia tersenyum.

"Kalau kamu nak simpan gambar ni,simpanlah. Gambar ni ada 2" Puan Yasmin mengeluarkan ganbar itu dari album dan menghulurkan nya ke arah Fareez

"Eh. Betul ke ni mummy?" Fareez teragak-agak. 'Buat apa nak simpan gambar budak tu. Tapi kalau mummy dah hulur takkan nak tolak kan. Amik jelah' Fareez mengambil gambar tersebut lalu memasukkan ke dalam poket.

Selepas melihat beberapa lagi gambar Adelia semamsa kecil,Fareez meminta diri untuk pulang

"Jalan tu elok-elok tau Fareez"

"Baik mummy" Fareez menghulurkan tangan untuk menyalam Puan Yasmin. Puan Yasmin menyambut huluran

"Ermm mummy,Fareez minta mummy rahsiakan pada Risya yang Fareez pernah datang sini and mummy kenal Fareez ya" kalau Risya tahu malu lah aku. Nanti dia ingat aku datang sebab apa pulak

"Herm yelah. Mummy rahsiakan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience