Bab 6

Romance Series 6006

Hubungan Fareez dan Adelia semakin rapat. Setiap hari mereka akan mengulangkaji pelajaran dan balik bersama.

"Eii Payiz! Susah lah subjek math ni.. Stress tau tak" Adelia meletakkan kepalanya di atas buku.

"Ish kau ni Risya. Baru sejam kut kita study. Practice la..nanti lama-lama kau pro lah tu" Fareez menjentik dahi Risya

"Aduh..sakitla Payiz. Tak habis-habis jentik dahi aku. Jomla kita balik Payiz..jomla" Adelia bernada merayu sambil menggoncang-goncangkan lengan Fareez

"Yelah,yelah. Jom balik. Kemas buku-buku tu. Nanti kalau ada buku math aku yang hilang,siap kau" Fareez segera berdiri dan mencapai beg

"Yeayy boleh balik..Cayang Payiz!"

"Hah? Apa? Risya cayang Payiz? Kalau camtu jom kawin" Fareez mengusik

"Eiii gatal lah kau ni. Dah dah balik jom. Dah lapar ni" Adelia menampar bahu Fareez dan berlalu pergi.

"Lah.. tunggu la! Kau nak kawin dengan aku kan! Mengaku jelah!" Jerit Fareez sambil mengejar Adelia

"Ah taknak aku! Daripada aku kawen dengan kau baik aku kawin dengan mamat jual tempe tu! Hari-hari aku dapat makan tempe!" (Ok Adelia mengarut)

Gedebuk!!

"Aduh..sakitnya.." Adelia terjatuh kerana tersepak batu. Lututnya berdarah

"Ya Allah! Risya..." Fareez berlari untuk mendapatkan Adelia

"Itula lain kali jalan elok-elok. Kan dah jatuh. Sakit kat mana ni?"

"Kat lutut" ujar Adelia dengan suara yang serak kerana menangis

"Eh Risya janganlah nangis... Please jangan nangis okay?" Fareez cuba memujuk

"Sakittt" Risya masih menangis

Risya cuba bangun. Tapi dia tidak dapat keseimbangan. Nasib baik dia sempat memaut lengan Fareez.

"Aku papah kau okay?"

Risya mengangguk perlahan.

Fareez menekan loceng rumah Puan Yasmin. Dia menunggu Puan Yasmin keluar.

"Eh Risya. Kenapa kain koyak ni? Fareez?" Puan Yasmin memandang kain sekolah Adelia yang koyak dilutut. Kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Fareez

"Tadi Risya jatuh mummy. Lutut dia berdarah" Fareez memberi penjelasan

"Lah kamu ni Risya. Lain kali jalan lah elok-elok. Kan dah jatuh"

Risya hanya menunduk dan menangis.

"Eh. Dah lah Risya. Jangan nangis.. nanti letak ubat kat lutut tu dah tak sakit lah" Fareez cuba memujuk lagi

"Dia memang Fareez manja sikit. Terima kasih ye Fareez"

"Eh, takde apelah mummy. Memang tugas Fareez sebagai seorang kawan..errmm Fareez pergi dulu eiyh,nanti mama risau pulak Fareez balik lambat"

"Hah yelah. Risya,meh sini kat mummy. Lepaslah lengan Fareez tu. Dia tu nak balik"

Adelia pandang Fareez. Fareez sedang tersenyum.

'arghh malunya!!!!! Kenapa lah mummy tegur aku'

Adelia kembali menunduk.
Puan Yasmin memapah anaknya untuk masuk ke dalam rumah.

~~~Skip~~~

Akhirnya sudah tiba hari untuk mengambil result SPM. Fareez dan Adelia merancang untuk datang serentak ketika mengambil result nanti. Sudah 2 bulan mereka tidak berjumpa.

"Bye ma. Risya pergi dulu. Nanti Risya balik sendiri tau" Adelia menyalam tangan ibunya

"Hah yelah. Tak sabar sangat ye jumpa denga. Fareez. Nanti kirim salam kat dia tau"

"Ok ma. Bye" Adelia keluar dari kereta. Matanya melilau melihat sekeliling.

"Erm Payiz dah datang ke belum erk"

Tiba-tiba bahunya dilanggar. Lelaki yang melanggarnya tidak menghiraukannya

"Hei! Dah langgar orang tak reti nak minta maaf ke?"

Lelaki tadi berhenti. Dia pusing belakang dan menanggalkan speck nya. Dia tersenyum dan bibirnya bergerak mengatakan perkataan 'got you'

"Oh my god! Payiz!!" Adelia terkejut. Rasa marah ada. Nak nangis ada. Nak peluk ada..eh? Istighfar. Haram tu

"Miss me?" Fareez mengenyitkan matanya ke arah Adelia

"Ofcourse!!! Eh? Er..taklah. buat apa nak rindu kau" Adelia mula mangawal dirinya. Omaigad. Hati Iollss berdegup laju

Fareez merapatkan dirinya ke arah Adelia

"Are you serious?" Fareez menjongketkan kening

"Eh. Iyelah.. dah jom tengok result" Adelia menarik lengan Fareez menuju ke kelas mereka.

"Payiz..Payiz dapat berapa A?" Adelia meninjau ke arah kertas yang dilihat Fareez

"Wau! Fareez dapat 9A? Wahh pandai lah Payiz" terbeliak mata Adelia. Padahal dia tahu Fareez memang bijak orangnya.

"Alah biasa je ni. Eh dah kenapa pulak kau monyok ni Risya?" Fareez pelik melihat wajah muram Risya

"Takdelah...Kau dapat 9A... Aku? 8A je.." suara Adelia sedih.acah.mengada.minta.simpati

"Eh..oklah tu.. kita kenelah bersyukur. Apelah Risya ni"

"Herm yelah,yelah.. Eh Payiz. Balik rumah nak? Mummy kata dia dah siapkan makanan kat rumah"

"Oh okaylah. Jom. Kita naik kereta aku eiyh"

"Wah kau dah pandai bawak kereta? Cayalah Payiz"

Lalu Fareez pon membawa kereta hingga ke rumah Adelia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience