Bab 1

Romance Series 6006

'Oh tidak! Aku dah lambat dah ni wei nak masuk kelas. Dahlah first day sekolah,nak cari tempat duduk lagi...Aduii' gumam Adelia dalam hati.

'Ok Risya,dah nak sampai kelas ni. Doa jelah banyak-banyak cikgu belum masuk'

Buka sahaja pintu kelas,dia menarik lafaz lega belum ada kerana cikgu yang masuk ke kelas. Semua mata tertumpu pada Adelia yang baru sahaja masuk ke dalam kelas itu. Yelah,orang datang lambat kan memang selalu jadi attention,lagi lagi bila first day sekolah.

'Eh pandang-pandang lak. Macam la diorang tak pernah datang lewat. Herm lantaklah diorang tu. Haish...nak duduk mana eiyh'

Sedang meneliti setiap meja di dalam kelas,dia mendapati ada dua set meja dan kerusi di belakang yang masih belum diduduki sesiapa.

'Alhamdullilah,terima kasih Ya Allah' Adelia tersenyum riang.

Sedang jalan ke meja tersebut tiba-tiba sahaja ada seseorang yang melanggar bahunya dari belakang sehingga dia terjatuh. Apabila Adelia bangun dia terlopong seketika dan memandang orang yang melanggarnya tadi dengan riak tidak puas hati.

"Ape? Aku tahula aku hensem. Tapi kau tak payah lah pandang aku macam tu" ujar Fareez selamba.

"Eh perasannya mamat ni! Tak,kau memang sengaja nak langgar-langgar orang ke ape?" Marah Adelia. Mamat ni kalau jumpa aku ada je dia cari pasal. Sabar je la Risya

"Lah,aku ada langgar orang ke tadi. Sorryla budak,aku tak nampak kau la" sinis sahaja suara Fareez. Lihat Adelia yang sudah meletakkan beg di atas kerusi sebelah meja Fareez dia membuat riak tidak puas hati. "Hei budak,siapa suruh kau duduk sini? Memang takde tempat lain ke hah?"

"Hoi mamat sengal! Kau buta ke kau mental? Mana ada meja kosong lagi kat dalam kelas ni. Tolong lah wei,aku mohon sementara cikgu belum masuk ni bagilah aku duduk. Lepas rehat aku janji aku pindah tempat lain. Please". Mamat ni kalau tak bagi jugak tak tau lah aku nak cakap apa.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kerusi-kerusi yang ditolak. Rupanya cikgu dah masuk. Murid-murid segera memberi salam.

"Waalaikumsalam,selamat pagi Kelas 5 Putra. Saya rasa kamu semua kenal saya memandangkan kamu semua sudah tahun kelima berada di sekolah ini. Saya Cikgu Yusuf,guru kelas kamu. Saya mengajar kamu subjek Matematik dan juga Sejarah. Baik sekarang boleh kamu semua kenalkan diri masing-masing?" Panjang lebar Cikgu Yusuf berbicara.

Selesai sudah 'intro' masing-masing.

"Ok bagus. Doakan saya dapat ingat nama-nama kamu semua ya. Semua boleh duduk" Cikgu Yusuf meneruskan pembelajarannya dengan menulis pengenalan bab 1 sejarah di papan putih. Yelah,tahun ni nak yeSPiyeM kut wei. Kene la belajar dari mula. Selesai menulis,Cikgu Yusuf kembali memaling ke arah anak-anak muridnya. Tetapi matanya tertumpu pada seseorang.

"Kamu yang dibelakang tu! Kenapa tak duduk lagi?" Tanya Cikgu Yusuf kuat tapi prihatin.

"Err...saya..erm...tt..tak de tempat duduk cikgu" Eh gagap pulak si Adelia ni. Padahal Cikgu Yusuf ni femes kut dengan kebaikan dia yang macam malaikat tu!

"Takde tempat duduk? Herm.... Hah! Sebelah Fareez tu kan ada tempat kosong. Duduk lah situ" Fareez memang dikenali di sekolah kerana bapanya sering menyumbangkan sumbangan kepada pihak sekolah. Orang kaya bolela.

"Tt..tapi cikgu Ffa..Fa" belum sempat Adelia menghabiskan ayatnya Fareez sudahpun menyampuk

"Itulah cikgu. Saya dah suruh dah dia duduk sini,tapi dia degil. Dia malu dengan saya kut cikgu" kata Fareez dengan selambanya dan muka tidak bersalah.

Adelia mengecilkan mata sambil memandang Fareez. Eh budak ni kene sampuk ke apa? Dia yang tak bagi aku duduk situ sampai aku merayu

"Eh kau,aku nak duduk situ tapi kau yang tak bagi kan" Adelia menimbulkan riak tidak berpuas hati

"Eh kau ni bila masa pulak. Kau jangan nak....."

"Dah-dah. Apa kamu berdua ni. Tak kesah lah sape salah. Hah,ermm... Kakak tu,duduk jelah sebelah Fareez tu ye" sampuk Cikgu Yusuf dengan senyuman yang menahan rasa menyampah tengok anak-anak muridnya bergaduh

Adelia hanya mampu balas dengan senuman sebelum duduk di sebelah Fareez.

"Hei budak. Ini baru permulaan je tau. Kalau lama-lama kau kat sini,sengsara hidup kau" bisik Fareez sambil mendekatkan diri dengan Adelia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience