Bab 7

Romance Series 6006

"haa..jomla masuk Payiz..aku cari mummy jap eiyh" ujar Risya sambil berlalu pergi

"Mummy!! Oo mummy..mummy kat mana ni?" Risya memanggil mummy nya namun tiada sahutan

Bamm!! Pintu tertutup

"Alahai pintu ni.. time² ni lah nak tertutup" Fareez bangun untuk membuka pintu.

"Assalamualaikum. Encik,kami dari jabatan agama"

*****************************

"Sorry Risya..Mummy tak tahu korang nak balik. Tu mummy keluar sekejap tu" Puan Yasmin serba salah

"Sepatutnya mummy mesejla Risya dulu...ni..." Risya terus menangis. Kenapa? Dia muda lagi kut. Banyak benda yang dia nak kejar. Dia tak pernah terfikir lansung pasal perkahwinan

"Sabarlah Risya. Benda dah jadi kan. Mungkin ada hikmah semua ni berlaku" Puan Aliya pula ingin menenangkan Risya. Sebenarnya Puan Yasmin dan Puan Aliya memang pernah merancang untuk berbesan. Tapi tak sangka pula anak mereka akan...ditangkap khalwat?

Fareez hanya termenung. Dia serabut sedikit. Dia rasa bersyukur sebab dapat disatukan dengan gadis yang dicintainya.. Tetapi... cara ini salah. Herm

"Hikmah? Habistu muka mummy dengan mama nak letak mana? Nanti tak pasal-pasal mama dengan mummy kene cop tak pandai jaga anak" akhirnya Fareez bersuara

"Fareez. Mummy dengan mama dah rancang. Apa kata kita buat majlis bersanding nanti? Dengan cara tu kita dapat lah selindung dari semua ni" kata Puan Yasmin

"Yep. And kita semua boleh tinggal dalam satu rumah sementara menunggu hari persandingan. Jadi orang takdelah mengata kalau nampak kamu berdua dalam rumah. Selepas kahwin korang amik lah satu rumah. Lagi satu rumah nanti mummy dengan mama boleh tinggal berdua" cadang Puan Aliya pula

"Yelah. Kalau itu yang terbaik" Fareez mengeluh. Penatlah aku lepas ni nak kehulur-hilir.

(sorry bab ni pendek. and saya guna nama panggilan Risya sebab dah penat dah tulis Adelia..huhu)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience