Bab 5

Romance Series 6006

2 minggu telah berlalu. Akhirnya Adelia kembali ke sekolah.

"Ishh. Malasnyalah nak jumpa mamat tu harini. Ughhh" Adelia merungut. Tetapi kakinya tetap menuju ke arah mejanya. Tetapi dia pelik kerana melihat meja sebelahnya kosong

"Aikk mamat ni tak datang sekolah je. Herm baguslah" kemudian dia memalingkan mukanya ke sebelah lagi satu

"Oh makcik kau. Nenek kau. Bapak kau. Eh kau. Aduhai kau ni Fareez memang tak reti bagi salam ke" terkejut dia tiba-tiba melihat Fareez sedang berdiri di sebelah mejanya. Fareez hanya diam dan duduk di kerusinya(yelah takkan kat lantai pulak kan)

'Eh nape mamat ni. Biasa melawan. Ni diam pulak' Adelia bermonolog dalam hati

Fareez hanya diam dan mengeluarkan buku untuk matapelajaran yang akan bermula nanti. Tidak lansung memandang ke arah Adelia

"Wah. Tak sangka Fareez bawak bukula" Adelia berseloroh sambil menepuk nepuk bahu Fareez.

Fareez menggosok-gosok bajunya yang ditepuk oleh Adelia.

'Eh dia ni. Sepatutnya aku tau yang marah dengan kau sebab kau prank aku. Ni kau pulak macam ni. Ish lantak kau lah'

Sepanjang hari di sekolah Fareez hanya diam dan fokus sahaja di dalam kelas. Biasa dialah paling bising dan selalu main-main ketika guru sedang mengajar. Apabila bunyi loceng menandakan waktu balik, Fareez segera mengemaskan beg nya dan berlalu pergi.

"Awallah nak balik Fareez?" Fareez yang baru sampai 3 meter dari pintu berhenti.

"Erm.." ringkas sahaja jawapan dia. Baru nak bersuara wei harini.

Fareez teruskan langkahnya.

'Sorry Risya. Aku terpaksa buat macam ni. Sebab... Semenjak kau takda kat sekolah 2 minggu ni. Aku rindu kat kau. Aku sedar. Aku rindu kau sebab... Aku sukakan kau. Jadi aku terpaksa amik keputusan untuk jauhkan diri aku dari kau. Sebab aku tahu yang kau tak kan sukakan orang yang selalu buli kau' hati Fareez berbicara.

Seminggu telah berlalu. Sikap Fareez masih sama terhadap Adelia.

Tok tok.. pintu bilik Fareez diketuk

"Ye..masuklah"

Pintu bilik dibuka.

"Oh. Mama. Ye kenapa?" tanya Fareez sebaik sahaja melihat mamanya masuk.

"Payiz...(nama panggilan Fareez dirumah. Cute kan? Haha) malam ni kawan mama nak datang makan malam kat sini. Payiz pakai elok-elok ye nak malam nanti"

"Ok ma..siapa kawan mama tu?"

"Rasanya Fareez tak kenal. Sebab Fareez tak pernah jumpa dia pun"

"Oh..ok ma"

~~~Pada malam itu~~~

Ting tong.

"Payiz. Tolong bukakan pintu. Rasanya kawan mama dah sampai tu" jerit Puan Aliya daru dapur

"Ok ma" Fareez segera ke pintu. Rahangnya hampir jatuh apabila melihat figura yang berada didepannya.

'Hah? Betul ke apa aku nampak ni?' Fareez dan Adelia menyoal serentak didalam hati

"Eh Fareez" Puan Yasmin bersuara. Dia pun terkejut jugak. Rupanya anak kawan baik dia ni 'kekasih hati' Adelia. Kuat sungguh jodoh mereka.

Adelia memandang mummy nya dengan kening yang terjongket. Meminta penjelasan dari mummynya tahu nama Fareez. Fareez pula memberi isyarat mata kepada Puan Yasmin supaya merahsiakan yang Fareez pernah datang kerumah nya.

"Hah Risya. Ni Fareez. Anak tunggal Mama Liya" Puan Yasmin cuba cover

"Ohh..macam tu. Ok" Adelia cuba kawal pernafasan. Entah kenapa jantung dia berdegup laju. Oh hati. Be nice please

"Hah. Yasmin. Masuklah. Kenapa duduk kat pintu tu. Risya,meh masuk jom. Payiz tak ajak diorg masuk ke?"

Puan Aliya datang dari dapur menjemput mereka masuk. Mereka hanya menurut.Sampai sahaja di meja makan,Puan Aliya memberi arahan kepada Fareez.

"Payiz,amikkan sudu untuk senduk nasi. Mama lupa pulak nak amik tadi"

Fareez hanya mengangguk dan bergerak ke dapur.

'Payiz? How cute..haha' Adelia tergelak-gelak di dalam hati

'Arghhh..kenapa Risya! Aku baru je nak jauhkan diri dari kau.. aduii...'

"Payiz! Dah amik belum senduk tu?"

"Hah mama. Dah. Kejap!" Fareez segera ke meja makan dan meletakkan senduk nasi ke dalam mangkuk nasi.

"Payiz... Tolong letakkan nasi dalam pinggan kitorg boleh?" Puan Aliya tersenyum mesra.tapi.seram ke arah anak tunggalnya itu

"Erm..oo..okay mama" Fareez menyendukkan nasi ke dalam pinggan masing-masing.

"Ri..Risya. Nak pinggan" Fareez ingin meminta pinggan Adelia apabila dia melihat Adelia hanya kaku.

"Hah? Er..argh okay" Adelia menghulurkan pinggannya. Tangannya menggigil. Begitu juga dengan tangan Fareez yang menyambut nya.

"Eh. Risya kenal Payiz ke?" Tanya Puan Aliya kepada Adelia

"Haah Mama Liya. Sebenarnya dia ni classmate Risya" Adelia berterus terang. Yelah buat apa nak sembunyikan. Dia bukan nya boyfriend aku pun.

Fareez menghulurkan kembali pinggan Adelia.

"Thh..thanks. Payiz" Adelia menyimpan tawa. Haha cutenya Payiz. Eh nama dia lah. Bukan orang dia

"Welcome. Risya" Fareez segera ke tempat duduk nya.

Sepanjang mereka makan malam,meja makan hanya diriuhkan dengan suara Puan Aliya dan Puan Yasmin sahaja. Sesekali Adelia dan Fareez pun tergelak mendengar cerita mummy dan mama mereka.

"Ok. Done makan. Erm. Payiz tolong mama cuci pinggan eiyh" Puan Aliya memberi arahan

"Okay mama" Fareez hanya menurut.Dia mengutip pinggan-pinggan kotor. Kalau tak payah suruh pun memang dia selalu buat kerja-kerja itu

"Hah,apa kata Risya tolong Fareez. Kesian dia kene cuci pinggan sorang-sorang" giliran Puan Yasmin pula memberi arahan

"Tt..tapi mummy..." Aduhai mummy ni,suka-suka je suruh aku duduk berdua dengan mamat tu kat singki.

"No tapi-tapi..Tepi,tepi semua tapi tu. Nah. Bawak semua ni pergi dapur" arah Puan Yasmin sambil meletakkan beberapa pinggan kotor di atas tangan Adelia

"Erm..okay mummy" Adelia bangun dan menuju ke arah dapur

"Ehem..Cik Risya. Dapur kat sebelah kanan ye. Sebelah kiri tu tandas" Fareez bersuara. Dia menahan gelak.

"Oh..er..ss..sorry. hehe" Adelia jalan sambil tunduk

'itulah kau Risya. Jalan kat rumah orang cam dah banyak kali pergi pulak.. arghhh malunya' Risya menjerit di dalam hati

Sesampai sahaja di dapur,Adelia meletakkan pinggan-pinggan tersebut di dalam singki. Kemudian dia melipat sedikin lengan baju nya. Belum sempat dia ingin mencapai span,Fareez sudah mencapainya terlebih dahulu.

"Biar aku yang buat. Kau just susun pinggan yang aku dah cuci kat rak pinggan tu" ujar Fareez sambil mencuci pinggan-pinggan tersebut

"Ok" Adelia mengambil beberapa pinggan yang sudah siap dibasuh dan susun di rak. Mereka hanya diam dan susana di situ sunyi.

"Erm...Fareez. aku nak tanya kau sesuatu boleh?" Akhirnya Adelia memecah kesunyian

"Erm..ape dia" Fareez yang baru sahaja membilas tangan kerana baru sahaja habis mencuci pinggan itu memandang Adelia dengan tangannya menyilang ke dada.

"Semenjak ni kau pelik. Biasa kau suka sakitkan hati aku. Kenapa sekarang kau jadi lebih pendiam"

Fareez diam. Adelia hanya menanti jawapan.

"Pasal tu. Kau tak payah tahulah. Lepas ni kau jangan risau. Aku takkan buli kau lagi. Aku janji" Zareef bernada sirius

"Betul ke ni? So maknanya kita dah berbaik? Sebab kau takkan sakitkan hati aku lagi. Jom jadi kawan?" Adelia senyum manis sambil mengelip-ngelipkan matanya

"Hurm..let me think first" ujar Fareez sambil memandang atas dan mengetuk-ngetuk dagunya dengan jari telunjuk

"Alah Payiz. Jomlah jadi kawan. Aku dah taknak musuh lah..Please Payiz.. Please" Adelia bernada manja

"Okay. Tapi kau pun kene janji yang kau takkan sakit kan hati aku boleh Risya?" Fariz menurunkan bandannya untuk menyamakan tinggi mereka (alah,macam rukuk tu).

"Ok janji" Risya tersenyum riang sambil mengangkat tangan seperti bersumpah

"Goog girl" Fareez menjentik dahi Risya dan tergelak kecil

"Auu..sakit la Payiz..tadi kata taknak buat aku sakit hati" Risya mengadu kesakitan

"Haha. Okla sorry. Alah aku buat dahi kau sakit je. Bukan hati. Dahlah jom pergi depan. Mama dengan Mummy Yasmin dah tunggu tu. Kang diorg ingat kita buat ape tah kat sini terus kene nikah. Kau nak? Aku on je" Fareez gelak acah macho

"Eii. Choi lah mulut kau Payiz. Nasib kau dah jadi kawan aku. Kalau tak aku cili-cili kan tau mulut tu" Adelia terus berlari kedepan

'Oh Mama. I'm fall in love!' Fareez jerit di dalam hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience