BAB 6

Family Series 1331

BAB 6

Usai sahaja faiq membersihkan diri terus sahaja dia turun ke bawah untuk menjamu selera.

"Faiq nak makan ke nak?" Tanya mak minah

"Ye la aku turun ni memang la nak makan. Dah kau pergi hidangkan makanan aku sekarang" arah faiq

"Baik faiq". Mak minah terus bergegas ke dapur utk menghidangkn kembali makanan yang telah disimpan olehnya sebentar tadi untuk faiq

Setelah beberapa minit kemudian makanan pun telah terhidang di atas meja. Mak minah terus mencedukkan nasi untuk faiq. Kelihatan lauk pauk sungguh enak sekali faiq mengambil ayam masak merah dan sayur campur. Tanpa sempat membaca bismillah faiq terus sahaja makan dengan lahapnya

"Oiii orang gaji" panggil faiq dgn biadab sekali

"Ye faiq. Faiq nak apa ye?" Kata mak minah dengan lembut

"Lepas ni aku nk keluar" kata faiq

"Faiq nak keluar ke mana? Nnti mak minah suruh pak tam siapkan kereta ye" kata mak minah

"Aku nk pergi mana kau sibuk apahal? Sedangkn ummi dan abi tk pernah kisah pasal aku and one more tak payah suruh pak tam siapkan kereta sebab aku nak keluar sendirian faham? Faham kan apa aku cakap ni? " kata faiq dgn sedikit geram

"Faiq jangan la cakap macam tu ummi dan abi sayangkan faiq cuma mereka.." tanpa sempat mak minah habiskan kata katanya faiq terlebih dahulu memotong

"Cuma apa? Cuma busy dengan kerja kerja kerja sahaja da la kau pergi sana dan lagi satu kau jangan sibuk pasal hal keluarga aku!! Kau ingat ni kau tu cuma maid je dalam rumah ni aku ulang sekali lagi ye kau tu cuma MAID je faham? Da la kau tunggu apa lagi bla la" kata faiq dgn biadab

Kelihatan mak minah menundukkn kepalanya lalu segera ke dapur untuk menyambung lagi pekerjaannya.

"Ya Allah kau berikan la kekuatan dan kesabaran kepadaku ya Allah. Kau berikan la hidayah kepada faiq furqan ya Allah" bicara hati mak minah

Setelah itu faiq menghabiskan kembali sisa makanannya

Usai sahaja selesai makan, faiq terus sahaja menaiki lift menuju ke garaj bawah rumah untuk mengeluarkn motor kesayangannya iaitu sport bike

Motor itu merupakan hadiah ulang tahunnya pada tahun lepas yang diberikan oleh abi

Faiq terus sahaja start enjin motor lalu menuju ke paradigm mall. Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

Sedang idzlan berjalan-jalan disekitar mall tersebut dia terlihat susuk tubuh yang dikenalinya

"Eh faiq" katanya dengan suara yang perlahan. Tetiba dia memikirkan satu idea

Faiq melangkah masuk ke dalam mall tersebut dan berjalan jalan sehingga dia terjumpa satu kedai yang menarik perhatiannya iaitu kedai jam tangan.

Sebaik sahaja faiq melihat jam tangan tersebut, tiba-tiba seseorang telah menepuk bahunya dari belakang

"Apa masalah kau ni ha?" Tanya faiq dengan tidak puas hati

"Rileks bro aku nampak kau tadi tu la aku tegur" kata idzlan sambil senyum yang dibuat buat olehnya

"Kau jangan cari pasal dengan aku idzlan kau tak kenal lagi aku siapa. Lain kali kalau nampak aku kat mana-mana tempat jangan kau berani tegur aku faham?" Kata faiq

"Chill la aku cuma nak berkawan dengan kau je" kata idzlan

"Aku langsung tak berminat nak berkawan dengan kau dah jangan kacau aku" kata faiq

Faiq terus sahaja melangkah pergi dari situ malas dia hendak berlama-lamaan disitu

"Tak apa faiq aku ni penyabar orangnya aku akan pastikan kau akan jatuh tersungkur dalam tangan aku. Aku akan balas dendam atas apa yang mak ayah kau dah buat pada keluarga aku!! Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa" kata hati idzlan

"Haih semak betul la mamat tuh.." keluh faiq sambil kaki melangkah ke dalam kedai kasut sukan

Faiq terpandang sepasang kasut sukan yang menarik perhatiannya lantas sahaja dia ke kaunter membuat pembayaran

Faiq terus melangkah keluar dari kedai tersebut lalu dia terlihat seseorang yang tidak berapa dikenali olehnya

"Eh tu bukan mamat tadi ke yang tegur aku? Siapa dekat sebelah dia tu? Macam serious je perbincangan diorg ni. Arghh malas la nak amik tahu" kata faiq

"Aku nak kau terus menghasut budak tu untuk join geng kita kau faham?" Kata dragon lalu meneguk air jus oren yang dipesan olehnya

"Kau boleh sabar tak? Aku tengah cuba cucuk cucuk dia la ni" kata idzlan

"Aku akan pastikan keluarga dia hancur!!" Kata dragon penuh dengan api dendamnya yang membara

"Kau rileks je...aku tau kerja aku, aku pun takkan biarkan hidup dia bahagia" kata idzlan

Setelah puas berjalan di mall tersebut faiq melangkah ke luar dari mall tersebut dan menuju ke tempat bayar parking.

Sebaik sahaja dia mahu menuju ke arah sport bikenya dia berasa dirinya seperti diperhatikan oleh seseorang dari jauh.

Faiq terus memberanikan diri bersuara

"Hoii kau sape ha kau keluar sekarang!! Munculkan diri kau berdepan dengan aku!!" Kata faiq dengan rasa marah

Dia merasakan ada seseorang dibelakangnya. Terus sahaja dia menoleh dan mengelak pukulan tersebut.

"Huh nasib baik sempat elak tak sia-sia atoknya dahulu mengajarkannya seni pertahankan diri."

Terus sahaja penjahat tersebut melarikan diri

"Cis, tangkas juga budak ni.." kata idzlan dari jauh. Dia hanya memerhatikan sahaja geng gengnya menyerang faiq.

Setelah itu idzlan terus berlari ke arah faiq

"Eh faiq kau ok tak?" Tanya idzlan sambil membantu faiq mengangkat barang yang dibeli oleh faiq

"Kau tengok muka aku ni ok ke tak ok? Ada berdarah? Ada lebam?" Kata faiq dengan hatinya yang panas

"Rileks bro jangan marah nanti cepat tua tau! Ok la bro aku gerak lu jumpa esok bye" kata idzlan

Faiq sekadar menjeling sahaja dan terus ke arah sport bikenya itu

"Susah jugak nak dekat dengan kau ni ye faiq tak pe plan A gagal ada plan B aku akan pastikan kau jatuh tersungkur jugak" kata hati idzlan.

Idzlan terus melangkah ke arah motornya

Maaf terlewat.....tahun 2020 terlalu banyak dugaan untuk kita tempuhi akibat pandemik covid-19....InshaaAllah tahun 2021 ini kami akan habiskan novel ini....teruskan support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience