BAB 3

Family Series 1331

BAB 3

"Assalamualaikum semua"

"Waalaikumusalam cikgu zakiah"

"Baik semua boleh duduk..sila buka buku teks sejarah bab 2 iaitu nasionalisme di malaysia sehingga perang kedua, eh wait cikgu baru perasan yang kita ada murid baru, sila perkenalkan diri awak" kata seorang cikgu yang dipanggil cikgu zakiah.

Cikgu zakiah kelihatan sedikit muda mungkin baru lepasan universiti

Aku bangun dengan malas sekali.

"Nama aku Faiq Furqan bin Dato' Nizam boleh panggil aku Faiq"

"Uish anak Dato' beb dah lah handsome tinggi pulak tu" kata salah seorang pelajar perempuan dengan gaya penuh gedik di kelas itu.

Aku sememangnya malas nak melayan perempuan perempuan gedik nih rimas tahu tak!!

"Kenapa ada masalah ke? Kau jangan menggedik depan aku geli tahu tak dengan muka macam tepung ". Aku memang jenis cakap lepas tanpa tapis ayat hahaha.

Kelihatan perempuan yang aku sound tadi tertunduk malu

"Dah sudah, Faiq awak dulu bersekolah di mana? Dan kenapa awak pindah ke sini?" Soal Cikgu Zakiah

"Aku dari sekolah SMK Taman Indah dan tak perlu la nak tahu aku pindah ke sini sebab apa" jawabku

Kelihatan classmates aku berbisik sesama sendiri dan aku terdengar orang sebelah aku bercakap

" Biadab gila mamat ni cakap tak tapis langsung"

"Aku bercakap guna mulut kau ke? Aku biadab ke apa suka hati aku ar kau takyah menyibuk..better shut up "

"Dah dah faiq awak duduk kita teruskan pembelajaran kita"

Sebaik sahaja duduk faiq terus lentok atas mejanya. Cikgu zakiah yg melihat faiq tidur terus dia melangkah ke arah meja faiq"

"FAIQ BANGUN!! Awak ni da kenapa ye? First day dah buat hal dalam kelas saya. Awak jangan sampai saya laporkan pada guru kelas awak" kata cikgu zakiah dengan nada suara menahan geram dengan perangai anak murid barunya itu

"Hal apa yg aku da buat? Kau nk lapor? Ha lapor la kau fikir aku kisah ke? Kau kalau tak nak hilang kerja jangan ganggu aku faham?" Pantang sungguh tidur aku diganggu oleh org lain.

Lalu cikgu zakiah kembali ke hadapan dan meneruskn pembelajaran

"Ya Allah kau berikan lah aku kesabaran dan kekuatan dalam mendidik anak-anak muridku yang bermacam ragam" kata hati cikgu zakiah

Sebelum kepala aku letokkan atas meja aku terlihat muka cikgu zakiah menahan malu seperti nak menangis

"Ah kisah apa aku sape suruh dia kacau aku kan"

Faiq meneruskan tidurnya tanpa hiraukan sesiapa.

Cikgu Zakiah hanye mampu mengeleng gelengkan kepalanya melihat sikap Faiq.

Setelah 1 jam berlangsung kelas sejarah 5 Cemerlang, Cikgu Zakiah minta diri untuk keluar.

"Ok, kelas...masa sejarah sudah tamat, jangan lupa ulangkaji balik ape yang terkandung di bab 2 ni, next week..kita sambung bab 3 pulak yer"

"Baik, cikgu" satu kelas 5 Cemerlang menjawab kecuali Faiq yang masih dalam keadaan tidur.

"Ok uwaisy" cikgu zakiah memberi arahan.

"Bangun!!..Terima kasih cikgu" kata uwaisy selaku ketua kelas 5 Cemerlang.

Seusai sahaja Cikgu Zakiah berlalu, Uwaisy terus kejutkan Faiq.

"Woi faiq bangun!!"

"Kau apahal ha!!??" Kata faiq dalam keadaan marah

"Kenapa kau biadab sangat dengan cikgu zakiah? Tak baik la macam tu kau kena ingat, kau biadab dengan cikgu ilmu kau tak berkat tau" nasihat uwaisy pada faiq

"Dah dah kau takyah nak ceramah kat sini sakit telinga aku, lepas ni subjek apa plk?" Tanya faiq

"Lepas ni subjek math 1 jam pastu subjek sains pulak then baru rehat" jawab uwaisy

"Fuhh nasib lepas ni favorite subjek aku" faiq bermonolog sendirian.

Dalam banyak banyak subjek math dan sains paling aku suka.

Subjek yg lain? Memang aku lentok la.

Selepas tamatnya waktu pembelajaran sains, semua pelajar berpusu-pusu ke kantin, tidak juga aku terkecuali..

Aku berlari ke kantin. Da lapar weiii!!

Setibanya aku di kantin kelihatan semua pelajar berebut-rebut hendak membeli makanan.

"Aduhai sesak sangat nih macam mana ea nih da la lapar gila" kata faiq sendirian.

Tetiba bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang siapa lagi kalau bukan uwaisy.

Sejak dari tadi uwaisy memerhatikn gelagat faiq yg bercekak pinggang di kantin

"Mesti dia tengah lapar sangat dah tu" kata uwaisy. Lalu uwaisy melangkah ke arah faiq

"Oiii mak kau hijau woii kau tak reti bagi salam ke ha uwaisy buat terkejut aku je" kata faiq dengan marah

"HAHAHAHA adoii gangster pun melatah ke HAHAHAHA nih aku ada bawa makanan lebih kau nak ke tak?" Kata uwaisy

"Kau ingat aku ni tak ada duit ke nak beli makanan sendiri? Cuma tu ha ramai sgt" kata faiq.

Kedengaran perut faiq berbunyi sedikit kuat yang hanya didengari oleh mereka berdua.

"HAHAHAHA tu perut kau da berbunyi kuat tu kau nak ke tak nak? Cepat last offer nih" kata uwaisy

"Ok fine aku amik bak sini. Wahh nasi goreng pataya la!!" Kata faiq dengan ceria.

Uwaisy terus berlalu selepas memberi makanan tersebut kepada faiq kerana dia ada tugasan yang perlu dilaksanakan.

Faiq terus melangkah ke dalam kantin dan mencari tempat duduk. Akhirnya dia memilih tempat duduk yang paling belakang dan menikmati nasi goreng pataya tersebut.

-Bicara Jiwa-

Teruskan support "Erti Sebenar Kehidupan"... InshaaAllah akan diupdate tiap² minggu sepanjang pkpb ni...maaf sebelum ini lambat update atas faktor kekangan masa dan komitmen kerja. Terima kasih kerana sudi membaca karya saya dan kawan sy yang tak seberapa ini yer. SELAMAT MEMBACA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience