BAB 5

Family Series 1331

BAB 5

KRINGGGGG!! Lonceng sekolah telah pun berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan. Murid-murid semua berpusu pusu keluar dari kelas masing-masing kerana tidak sabar untuk pulang ke rumah. Manakala faiq pula berjalan seiringan dgn uwaisy. Semasa dalam perjalanan ke pintu pagar sekolah terlihat satu susuk badan sedang memerhati faiq dari jauh

"Tak pe faiq hari ni mungkin kau terlepas, kau tunggu jap masa kau akan tiba nanti" kata hati idzlan sambil menahan geram terhadap faiq

Faiq yang perasan dirinya diperhati oleh idzlan dari jauh hanya bereaksi tenang sahaja

"Kau fikir aku takut dengan kau? Eh ini faiq furqan la " kata hati faiq

"Eh faiq sabtu ni kau free tak?" Tegur uwaisy

"Ermm free je kenapa?" Balas faiq

"Tak da ar aku ingat nak ajak kau dengan family kau datang rumah aku ada makan-makan" kata uwaisy

"Family aku outstation la ermm ok la weii bye" balas uwaisy

Seperti kebiasaan Pak tam akan menunggu kepulangan faiq dihadapan pintu pagar sekolah lantas sahaja faiq memasuki ke dalam kereta tersebut

"Ha faiq macam mana sekolah hari ni ok tak?" Tanya pak tam

"Eh pak tam jangan nak sibuk hal saya boleh tak? Bawak je la kereta tu dasar driver tak sedar diri" jawab faiq dengan biadab.

Setelah 15 minit perjalanan dari sekolah akhirnya faiq sampai ke rumah juga.

Pak tam membunyikn hon kereta tersebut.

Mak minah yg sedang hidangkn makanan terus bergegas ke hadapan untuk membuka pintu

"Eh apasal lambat sangat kau buka pintu ni ha?" Jerkah faiq dgn kuat

"Fa fa faiq nak makan? Tu mak minah dah hidangkan makanan" kata mak minah dgn lembut.

Mak minah sudah terbiasa akan perangai faiq yang sebegitu.

Faiq berubah 360 darjah atas satu peristiwa yang telah berlaku 4 tahun lepas

"Aku kalau nak makan aku boleh turun sendiri" kata faiq. Lalu faiq menaiki tangga menuju ke arah biliknya. Sesampai sahaja dibiliknya faiq terus mencampakkan beg di tepi katil lalu rebah di atas katil tanpa sempat membersihkan diri dan akhirnya faiq tertidur

"Abang abang tolong la jangan pergi jangan tinggalkan faiq abang!!" Rayu faiq sambil menangis dan memeluk abangnya

"Umi dan abi dah halau abang faiq, abang kena pergi faiq, faiq sayang ingat pesan abang ye jaga hati umi dan abi jangan conteng arang pada muka mereka" kata amir sambil memegang beg pakaiannya. Sungguh hatinya amat berat untuk meninggalkan satu satunya adik kesayangan dia

"KAU TERCEGAT APA LAGI KAT SITU? KAU KELUAR DARI SINI SEKARANG!! MULAI PADA HARI INI AKU TAK ADA ANAK YANG BERNAMA AMIR FURQAN" jerit abi dengan marah sekali

"ABANG!!" Jerit ummi. Ummi sudah kehilangan kata kata hanya tangisan didengari

"ABI!! SAMPAI HATI ABI CAKAP MACAM TU, ABANG TOLONGLAH JANGAN PERGI JANGAN TINGGALKAN ADIK" Rayu faiq sambil memeluk abangnya

"Mak minah bawak Faiq naik masuk dalam bilik sekarang!!" perintah abi

"Baik tuan" kata mak minah sambil menarik Faiq

"ABANG ABANG TOLONG JANGAN TINGGAL KAN FAIQ" jerit Faiq

Mak minah yang sedang berada di dapur mendengar jeritan Faiq lantas sahaja dia ke bilik Faiq

"Ya Allah Faiq bangun nak" kata mak minah sambil menepuk nepuk pipi Faiq

"ABANGGGGG" jerit Faiq lalu dia tersedar dari mimpinya itu terus sahaja dia mengusap dadanya

"kau buat apa kat sini ha?" Tanya faiq

"Tadi mak minah kat dapur terdengar jeritan faiq mak minah pun pergi ke bilik faiq takut kalau jadi apa apa" jelas mak minah

"Ha ok la da pergi sana, tutup pintu" kata faiq

teruskan support, bz dgn keje sikit...huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience