BAB 7

Family Series 1331

"Assalamualaikum anak ummi ni dah makan malam ke belum?" Tanya datin sri faridah kepada anaknya melalui panggilan telefon

"Belum ummi kejap lagi faiq turun lah" kata faiq dengan nada suara yang malas

"Faiq dah solat maghrib ke belum ni?"

"Eh ummi ni banyak tanya lah kejap lagi faiq solat la aduhai" kata faiq dengan biadab

"Faiq kenapa kurang ajar sangat dengan ummi ni? Berdosa tahu tak? Faiq ingat ye ummi yang lahirkan faiq!! Faiq tahu tak dulu faiq tak buat perangai macam ni pun. Kenapa faiq terus berubah 360 darjah? Ummi seolah olah tidak kenal anak ummi sendiri" kata datin sri faridah dengan sangat kesal dengan sikap anaknya itu

"Knp faiq berubah? Semua jawapan tu ada pada ummi dan abi" kata faiq lalu terus sahaja dia mematikan panggilan telefon

Datin sri faridah sedikit terkejut dengan tindakan faiq terus mematikan panggilan telefon. Datin sri faridah agak kecewa dgn perangai faiq yang makin menjadi jadi

"Arghhh serabut la!!"jerit faiq. Faiq terpandang akan gambar percutiannya bersama keluarganya pada 5 tahun lepas. Dia sungguh rindu akan keluarganya yang dulu

"Abang faiq rindu sangat dekat abang" kata faiq tanpa sedar air matanya jatuh.

Tok tok tok

"Masuk" cepat sahaja faiq mengelap air matanya karang bibiknya nampak habis jatuh standart dia

"Faiq mak minah dah siapkan makan malam mari turun" kata mak minah

"Da bla nanti aku lapar pandai pandai lah aku turun sendiri. Tutup pintu"

Faiq terus merebahkan dirinya atas katil lalu memejam matanya seketika. Kenangan lalu kini berada diingatannya

6 tahun lepas,

"Abang stop rehat jap 5 minit" kata faiq dengan tercungap cungapnya sambil mengelap peluh yang membasahi dahinya

"Come on faiq takkan dah mengalah kot? Jom cepat sambung jogging lagi sikit je nih"

Terus sahaja amir furqan berlari ke hadapan

"Eh abang tunggu lah kejap oiiii"

Lalu faiq mengejar abangnya dan tiba tiba..

Dush!!

Sebuah kereta saga telah melanggar faiq ketika faiq hendak melintas jalan

"Arghhh" jerit faiq

Amir furqan berasa terdengar jeritan seseorang lantas sahaja dia menoleh ke belakang terbuntang matanya melihat faiq dilanggar kereta. Terus sahaja dia berlari ke arah faiq

"FAIQ!!Allahuakhbar. Faiq bangun!!"

Dua minggu jugalah dia berada di hospital dan yang setia menjaganya sudah tentu abangnya.

Peristiwa itu sudah pun 6 tahun berlalu andai sahaja dia dapat memutar masa, pasti dia terus bersama dakapan abangnya.

Susah senang bersama, agak sukar untuk melepaskan seseorang yang selalu berada di sampingnye.

Namun apakan daya, tiada siapa boleh melawan arus takdirNya.

"Dringgg dringgg dringg"

Telefon berbunyi, matanya tertumpu pada telefon.

Segala ingatan terhenti seketika tatkala telefon berdering.

Nama tertera " unknown number"

"Haishh, siapa pulak ni" bisik hati kecil faiq.

"Hai geng assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, kau sape?dari mana dapat nombor aku ni hah?"

"Haa rileks bro, bawak berbincang baik-baik, ni aku uwaisy"

"Haa uwaisy, ada apa kau call aku???"

"Fuh,hahaaaaa..kau memang natural cakap macam ni eh???"

"Cakap macam mana???"

"Kasar, bertindak melulu, hahahaa...okey, takpelah...faiq, macam ni...malam ni kau free tak?"

"Kalau aku free pun, bukan ada orang kisah pun pasal aku, duk sorang-sorang dekat rumah"

"Haa itulah kau, gaya cakap pun macam tu, memang orang takut nak berkawan dengan kau...malam ni aku ade buat makan-makan sikit dekat rumah aku, kalau nak datang, ws lah aku, aku hantar lokasi, ok assalamualaikum"

"Kisah apa aku? Aku memang tak da kawan eh tak mati pun la kalau tak ada kawan.Waalaikumussalam"

Faiq terus mematikan perbualan telefon itu

POV UWAISY
"Aishh dia ni..tutup macam tu je call aku..sabarlah uwaisy" bisik hati kecil uwaisy

"Ehh uwaisy, dia jawab apa?datang tak?"

"Tak tahulah ibu, datang kot"

Uwaisy memuncungkan mulut tanda nada kecewa.

maaf terlewat....kekangan masa kerana fokus kepada membina kerjaya.....inshaaAllah minggu depan, akan ada banyak masa, waktu tulah, boleh mengarang...apepun selamat membaca, terima kasih kerana sabar menunggu...nantikan bab seterusnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience