BAB 1

Family Series 1331

*ERTI SEBENAR KEHIDUPAN*

*BAB 1*

¬Aku Faiq Furqan Bin Dato’ Nizam

Aku dibesarkn dalam sebuah keluarga yang dipenuhi dengan kemewahan. Ape sahaja permintaan aku, pasti dapat dikabulkan. Pada luaran nampak bahagia tapi sebenarnya penuh dengan konflik dalaman dan drama yang panjang. Ummi dan Abi terlalu sibuk akan kerja sehingga tiada masa untuk aku luangkan masa bersama. Tak macam keluarga lain,ada jugak luangkan masa bersama.Dalam menjangkau kehidupan yang penuh pancaroba ini,aku sering cemburu melihat kebahagiaan keluarga orang lain tapi keluarga aku?

Pernah suatu ketika dahulu aku menyambut ulang tahun aku bersendirian di rumah kerana mereka ‘outstation’ dan hanya memberikan aku sejumlah wang yang besar untuk dibelanjakan dan menyambut bersama rakan.

Masalahnya,aku nak sangat sambut ulang tahun bersama mereka. Aku hanya mahukan sedikit masa mereka untuk diluangkn bersama

Dengan keadaan hidupku bersendirian ini ,tiba-tiba aku teringat abang aku dahulu.

Ya,Aku juga mempunyai seorang abang bernama Amir Furqan.

_”Hmmm agak-agak macam mana keadaan abang sekarang ya?”_
_”Sungguh aku terlalu merindui dia sebab aku rapat dengan dia dari kecil lagi”_ bicara hati kecilku.

Hari ni merupakan hari pertama aku bersekolah di sekolah baru. Aku pindah ke sekolah baru sebab terlalu banyak masalah yang aku lakukan di sekolah lama.

_”Faiq Furqan dah bangun ke belum tu cepat bersiap pastu sarapan!!”_ Jerit Ummi dari arah dapur.
_”Ye Ummi, Faiq dah bangun dah ni!!”_ Suaraku sedikit ditinggikan.

Rambut serabai,muke dalam keadaan mamai

Aku bangun dengan langkah yang amat malas dan terus mencapai tuala untuk mandi dan siapkan diri.Usai sahaja bersiap aku turun ke bawah untuk sarapan.
Solat subuh? Hmm sudah jadi kebiasaan…terkandas!!!

_”Haa Faiq jom sarapan sekali”_ sapa ummi kepadaku.

Mak Minah terus mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan dan menuang susu dalam gelas untukku lalu kembali semula ke dapur.

_”Faiq,hari ni hari pertama ke sekolah baru…jadi abi harap Faiq tidak buat hal macam-macam lagi seperti berlaku di sekolah lama.Tolong la Faiq jaga air muka kami ni ha kamu jangan jadi macam abang kamu tu!!”_ Kata abi sambil membaca surat khabar.

Aku tersentak seketika ketika nama abang disebut.

_”Oh yess Ummi lupa nak bagitau kat Faiq yang Ummi dan Abi kena pergi outstation selama seminggu di Dubai tapi Faiq jangan risau Ummi akan sediakan duit yang secukupnya untuk Faiq ye sayang."_

_“Outstation outstation outstation pernah tak Ummi dan Abi luangkan masa sedikit dengan Faiq? Pernah tak Ummi Abi!!?? Kalau la abang masih ada dekat sini...”_

Tanpa sempat aku menghabiskn kata-kata ku

abi telah mencelah.

_”FAIQ FURQAN!! Kamu jangan biadab dengan Abi dan Ummi!! Ingat ye kami yang membesarkan kamu dari kecik lagi! Kami buat semua ni untuk kesenangan kamu juga Faiq Furqan.”_

Aku terus bangun tanpa sempat menghabiskan makanan dan terus berlalu dari situ tanpa menyalami mereka. Malas nak melanjutkan pergaduhan, terus sahaja aku masuk ke dalam kereta dengan Pak Tam iaitu driver aku.

-Bicara Jiwa-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience