Lelahnya belum hilang lagi. Ini pun baru dapat jejak katil. Tuhan saja tahu betapa nikmatnya. Dia terus baring. Apa yang dia tahu, dia mahu tidur! Penat sangat.
Mata baru nak tertutup tetapi telefon sudah menjerit. Kenapalah mesti kacau dia waktu dia nak tidur ni?! Nombor tak dikenali pula tu.
“Hello?”
“Hello. Fiya, abang Irfan…”
Rasanya baru beberapa minit yang lalu dia balik dari hospital pagi tadi. Kali ini, dia patah balik ke hospital untuk melawat abang Irfan. Kak Mia beritahu dia bahawa abang Irfan semakin kronik. Fiya terus terkejut. Hampir terlepas telefonnya sewaktu Kak Mia beritahu semasa dia berada di rumah tadi.
Ibu abang Irfan sedang memeluk Kak Mia di luar wad. Mereka teresak-esak menangis. “Kak Mia…”
Mereka menoleh Fiya. “Fiya…” Kak Mia tak dapat nak meneruskan kata-katanya. Ibu abang Irfan sudah teresak-esak tak mampu untuk berkata-kata. Abang Irfan… air mata tanpa sengaja jatuh di pipi. Fiya ke arah kerusi yang berdekatan. Terduduk. Air mata makin deras turun. ‘Abang…’
* * *
“Kalau nak tahu, abang Irfan banyak merubah akak.”
Fiya menoleh Kak Mia yang sudah duduk di atas kerusi di pekarangan rumah abang Irfan. Tahlil baru saja lepas diadakan. “Merubah?”
Kak Mia mengangguk. “Lepas dia tahu dia ada sakit, dia banyak nasihat akak. ‘Berubahlah… jangan sampai nikmat atau kesihatan kita ditarik oleh Allah, baru kita nak bertaubat, baru nak berubah,’ itulah nasihat dia selalu beritahu akak,” air mata Mia meleleh. Dibiarkan jatuh.
Air mata Fiya turut sama jatuh. Dia tahu dia tidak kenal sangat dengan abang Irfan, tapi dia dah anggap abang Irfan seperti abang dia. Kalau dia tahu abang Irfan ada sakit, sentiasa dia berikan abang Irfan sokongan. Kalau dia tahu…
“Walaupun Fiya tak kenal sangat arwah, tapi Fiya dah anggap macam abang sendiri.”
“Mula-mula akak nak bagi tahu Fiya pasal benda ni. Tapi abang tak bagi. Dia tak nak susahkan Fiya. Dia pernah cakap dengan akak, dia nak tengok Fiya berjaya. Dia pun dah anggap Fiya macam adik sendiri.”
Makin laju air mata Fiya meleleh. ‘Abang…’
“Untung Fiya ada abang macam tu.”
Fiya hanya tersenyum walaupun air mata tidak berhenti jatuh. Hari itu, tidak sempat untuk dia melawat arwah. Tahu-tahu sahaja abang sudah pergi buat selama-lamanya. Orang kata, sudah tiba masanya. Abang, semoga abang tenang di sana. Insya-Allah…
“Sayang anak papa, bucuk bucuk papa” pipi anak kecil yang montel itu dicuik lembut kegeraman berkali-kali.
“Kita nak namakan bayi ni apa sayang? Tanya Syaqiq sambil memandang isterinya. Isterinya termanggu seketika lalu menjawab,
“Bagaimana kalau kita namakannya Irfan? Just Irfan boleh?.”
Alhamdulillah, abang suka. Sedap nama tu.
Dan hadir Irgfan kecil ini akan menguatkan lagi ikatan kasih mereka sekeluarga. Semoga Allah akan selalu melindungi keluarga kecil mereka ini.
Share this novel