BAB 10

Family Completed 6473

Acara pernikahan sudah dijalankan seminggu sebelum persandingan dia dan Mia di rumahnya sendiri. Ramai juga yang datang ke majlis perkahwinannya. Setelah beberapa tahun berkawan dengan Mia, akhirnya mereka berkahwin juga. Mia pun sudah berubah. Alhamdulillah…

“Assalamualaikum…” Irfan dan Mia menoleh ke belakang selepas mereka bersalaman dengan tetamu.

“Fiya.” Mia sudah tersenyum. Fiya tersenyum sekali.

“Sorry bang. Terlewat datang. Ni hadiahnya.” Dia menghulurkan hadiah kepada Irfan. Irfan mengambilnya.

“Terima kasih Fiya. Tak apa. Fiya datang pun dah kira okey dah ni.”

“Betul cakap abang Irfan tu. Nasib baik Fiya datang,” ujar Mia.

“Tahniah Irfan.” Ayah Fiya sudah berada di sebelah. Mereka bersalaman.

“Terima kasih, pakcik.” Dikucup tangan lelaki itu.

“Fiya, jom balik,” ayah sudah mengajak balik. Lagi pun dah ramai tetamu yang balik. Waktu jamuan pun sudah hampir habis.

Fiya mengangguk. “Fiya balik dulu bang, kak. Selamat pengantin baru.”

Mereka semua ketawa. “Terima kasih,” serentak Irfan dan Mia mengucapkannya.

* * *

Ayah diserang sakit yang sama lagi. Nasib baik abang ada dekat rumah selepas memerhatikan keadaan ayah yang sejak kebelakangan ini asyik tidak sihat saja. Dapat juga abang menghantar ayah ke hospital.

Ayah ditahan di wad lagi. Nasib baik dia sudah lepas SPM. Dapat juga jaga ayah sementara menunggu ibu yang mengemaskan barang ayah di rumah.

“Kamu pergilah beli makanan dekat bawah tu. Ayah boleh tunggu.”

“Tak apalah ayah. Fiya tak lapar lagi.”

“Pergilah. Ayah tengok kamu tak makan dari tadi.”

Fiya terpaksa akur. “Fiya pergi dulu, eh?”

Ayah hanya mengangguk.

Dia keluar daripada wad tersebut. Orang pertama yang dia lihat sewaktu keluar daripada wad ialah Kak Mia. “Kak Mia?”

“Fiya? Buat apa dekat sini?”

“Ayah masuk wad. Akak buat apa dekat sini?”

Riak muka Kak Mia berubah. “Jom dik.”

Jom? “Nak ke mana kak?”

Kak Mia tidak berkata apa. Kak Mia terus memasuki wad yang sama dengan ayahnya. Fiya menyusul.

Kak Mia berhenti pada satu katil. Abang Irfan?

Muka Kak Mia sebak melihat abang Irfan yang sedang tidur. Muka abang Irfan pucat sekali. “Kenapa dengan abang Irfan, kak?” soalan itu spontan ditanya.

“Abang Irfan dah lama ada kanser.”

Ruangan hospital itu tidak ramai. Fiya dan Mia sudah duduk di luar wad tersebut. “Sebelum perkahwinan tu, abang Irfan memang dah sakit.” Air mata Kak Mia jatuh. Dia mengesatnya

Fiya mendengar penuh khusyuk. “Masa Kak Mia bagi Fiya kad jemputan tu pun sebab abang kena tahan dalam wad. Tapi masa tu belum teruk lagi. Dia sempat lagi suruh akak jemput Fiya ke majlis perkahwinan hari tu.”

“Kenapa akak tak cakap dengan Fiya pasal benda ni?”

“Abang Irfan sendiri tak bagi akak beritahu kamu pasal benda ni,” suara Kak Mia serak basah kerana menangis.

Fiya mengangguk faham. Kenapa abang tak cakap dengan Fiya?

“Apa hubungan Fiya dengan abang Irfan?” soalan itu tiba-tiba ditanya oleh Mia. Fiya menoleh Mia.

“Abang angkat.”

“Fiya dah lama kenal ke dengan abang Irfan?”

Fiya melepaskan keluh, berat. Bersedia untuk bercerita. “Kami dah kenal masa kecik lagi. Tapi Fiya tak ingat sebab kita orang kecik lagi. Lepas tu, keluarga abang Irfan ada datang ke rumah Fiya sebab nak lawat ayah yang baru lepas masuk hospital. Masa tu la baru Fiya tahu yang kita orang dah pernah berjumpa.”

Mia hanya mengangguk faham.

“Akak, nanti Fiya datang lawat abang Irfan, ya? Dah lama Fiya tinggalkan ayah tu.” Mia angguk lalu senyum. “Assalamualaikum kak.”

“Waalaikumussalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience