“Kita ada tetamu ni. Fiya tolong masak air,” ibu mengarah. Fiya hanya mengangguk. Selepas ayah keluar hospital, rakan-rakan ayah ramai yang datang untuk melawat. Tambah-tambah lagi rakan sekerja. Dari dapur lagi Fiya sudah boleh dengar ibu menjemput masuk tetamu. Ayah tak dapat berjalan, doktor menyuruh ayah untuk berehat buat sementara waktu.
Dia menyediakan air teh panas. Dia menjenguk ruang tamu untuk mengira tetamu. Satu, dua, gulp! Abang Irfan? Ahhh, nak tak nak, dia kena juga menjamu tetamu dengan minuman. Segera dia menyediakan empat gelas.
Nafasnya ditarik dalam. Terus dia mengangkat dulang lalu ke ruang tamu. Abang Irfan dari tadi memerhatikan dia. “Oh, inilah anak kau? Dah besar panjang dah. Dulu pakcik datang, kecik je lagi.”
“Ala, sama je dengan anak kau. Masa aku jumpa dulu, kecik juga. Sekarang ni, dah besar panjang dah. Dah boleh kahwin dah,” ayah pula memberitahu. Irfan hanya tersenyum.
Cepat-cepat Fiya menjamu minuman tersebut lalu ke dapur dengan segera. Ayah dah pernah jumpa Abang Irfan? Ayah Abang Irfan pun pernah jumpa aku? Ke kita orang ni dah pernah berjumpa masa kecil?
Tiba-tiba ibu datang dari depan. “Dorang makan tengahari dekat sini hari ni. Tolong ibu masak, ya?” Sudah. Makan tengahari pula. Fiya dah tak boleh nak buat apa. Dia hanya mengangguk, terpaksa.
“Okey.”
“Eh tambahlah lagi lagi Irfan. Takkan sikit je makan?”
“Eh, tak apa pakcik. Dah kenyang dah ni. Saya ke depan dulu, ya?” Mereka semua mengangguk. Irfan terus membasuh tangan lalu ke depan. Dia melihat luar rumah. Kelihatan Fiya sedang termenungkan entah apa. Terus dia ke luar.
“Termenung apa tu?”
Terkejut juga Fiya. Dia hanya menggeleng. “Mana ada orang termenung.”
“Eleh, tipu sangat. Termenung pakwe la tu,” terus Irfan duduk di sebelah Fiya. “Fiya ingat tak masa kita kecik, kita ada jumpa?”
“Kita pernah jumpa ke?”
Irfan hanya mengangguk. “Abang pun lupa-lupa ingat. Tapi tak silap abang, abang pernah jumpa Fiya. Itu pun lepas abang jumpa ayah Fiya, abang ingat balik. Fiya masa tu kecik lagi. Mana nak ingat.” Fiya hanya mengangguk faham. “Abang pun kecik lagi. Ini pun lupa-lupa ingat.”
“Kita dah pernah jumpa la sebelum ni…” Irfan pun hanya mengangguk bersetuju dengan pernyataan Fiya.
Share this novel