12

Zombie Completed 8387

2 minggu kemudian…

“Luna, apa yang kau rasa sekarang? Dah dua minggu kita tak keluar dari rumah ni.” tanya Ben. Luna hanya memandang kosong ke arah Tom yang diikat di sebatang tembok kerana dia sudah bertukar menjadi zombi akibat digigit.

“Aku kat mana? Apa yang berlaku?”Luna memerhati sekelilng kawasan tempat berteduh. Dia ternampak Tom yang sedang meronta-ronta disebatang tembok Luna cuba mendekati Tom namun dihalang oleh Ben dan Nike. Luna menjerit-jerit minta dilepaskan.”kenapa Tom macamtu?”tanya Luna kepada mereka.

“Sabar Luna. Tom tak dapat nak diselamatkan. Kami terpaksa ikat dia kat tembok tu.” beritahu Ben. Luna mengeluh kecil. Mereka merancang keluar daripada musibah ini. Mereka mencari barang untuk membuat senjata.

Luna bertekad untuk membawa kawan-kawannya keluar daripada tempat musibah ini. Kedengaran Rania menangis, Kemungkinan dia kelaparan. Susu tepung pula semakin habis. Bagaimana mereka mahu mencari keperluan Rania yang mula kehabisan.

“Ben, Nike mari kita keluar cari keperluan Rania. Yang lain tinggal disini dan jaga Rania.” ajak Luna. Ben menggelengkan kepalanya.

“Kau baru je sembuh, Luna. Aku tak nak kau sakit lagi.” Luna menjengilkan matanya ke arah Ben. “Ikut kaulah nak ikut ke tidak.Aku dah tak ada masa lagi nak ditunggu-tunggukan.” Luna terus keluar daripada situ dan pergi mencari keperluan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience