13

Zombie Completed 8387

Luna, Ben dan Nike meronda satu kawasan bandar demi mencari barang keperluan mereka dan Luna. Zombi tersebut semakin lama semakin membiak dengan banyak dan semakin buas. Mereka perlu mencari senjata dengan lebih banyak untuk melindungi diri mereka. Luna menyambar beberapa helai pakaian serta kasut untuk ditukar pada bila-bila masa. Luna juga sempat mengambil baju-baju bayi untuk Rania.

“Luna hati-hati!” Nike menarik lenganku pergi kebelakangnya apabila dia ternampak sekumpulan zombi di hadapan mereka. Luna mengerutkan dahinya. Betapa terkejutnya dia apabila melihat zombi tersebut dalam bilangan 300 ke 500 makhluk.

“Kita ikut jalan sini.” Ajak Ben. Ben dan Nike menjadi bodyguard kepada Luna. Mereka tidak mahu Luna diapa-apakan. Mereka amat menyayangi Luna. “Luna mari kita berhenti dahulu, saya lihat banyak zombi dekat situ. Kita tak boleh main terjah je.” Suruh Ben.

”Rancanglah betul-betul supaya kita dapat keluar daripada tempat ini. Kita tak boleh lama-lama tinggalkan mereka disana.” mengeluh Luna. Ben cuba memujuk Luna supaya bertenang manakala Nike pula cuba mencari jalan keluar supaya mereka cepat terlepas daripada makhluk tersebut.

“Luna, sini aku dapat jalan keluar.. Mari kita ikut arah sini..” Nike memimpin Luna ke suatu jalan yang agak tersorok. Ben hanya mengikuti mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience