14

Zombie Completed 8387

“Luna!” Tianna terus berlari mendapatkan Luna, Nike dan Ben. “Rania demam.” beritahu Elly. Luna membesarkan biji matanya. Cepat-cepat dia mengendong Rania. Rania mencelikkan matanya apabila Luna mengendongnya. Rania hanya merenung Luna lama.

“Nike, awak ada ambil ubat demam baby tak?” Nike mencari-cari ubat demam tersebut di dalam beg yang dia bawa tadi. Luna memeriksa keadaan Rania. Suhu Rania sangat panas. Luna mula risau dengan keadaannya.

“Rania demam panas. Bahaya. Risau lihat Rania diam sahaja dari tadi. Selalunya dia akan menangis sekiranya dia lapar atau sakit. Rania hanya memandang sesuatu ke atas sahaja tetapi apabila dipujuk oleh Luna, dia mula merengek-rengek.

“Rania sakit. Saya risau. Di sini mana ada wujud dah hospital, semuanya musnah. Macam mana kita nak rawat Rania?” Kata Luna dengan nada sedih. Elly dan Tianna hanya duduk diam melihat Luna memujuk Rania supaya demamnya berkurangan.

“Marilah kita berbincang supaya kita dapat ke suatu tempat yang selamat.” kata Tianna. Luna mengangguk perlahan. Nike dan Ben diarahkan untuk menjaga kawasan mereka berteduh. Elly, Tianna dan Luna berbincang untuk mencari tempat yang strategi manakala Rania masih lagi berada di dalam pangkuan Luna. Rania tidak menangis apabila Luna mengusap-usap ubun-ubunnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience