15

Zombie Completed 8387

Setelah dua hari bertapa mencari strategi untuk mereka pergi ke sesuatu tempat yang selamat, akhirnya mereka berjalan keluar juga mencari tempat tersebut. Kata Elly, dia ada ternampak satu peta yang menuju ke arah sebuah terminal yang bebas daripada ancaman virus zombi. Berkemungkinan mereka dapat ke sana dan akan selamat terutama Rania.

“Masih jauh lagikah? Kaki saya rasa macam nak patah.” ngadu Tianna. Nike cuba membantu Tianna yang sudah terhincut-hincut berjalan.

“Rasanya nak dekat 5 jam kita berjalan kaki tanpa berhenti. Mari kita rehat sebentar dekat sebuah cafe disana.” tunjuk Ben. Tanpa membantah, mereka semua mengekori Ben kerana mereka sudah kepenatan.

Sedang mereka berehat, tiba-tiba Rania menangis dengan kuat sehingga membuatkan zombi-zombi tersebut mencari punca suaranya. Luna sudah bersedia memangku Luna dengan erat manakala yang lain memegang senjata dan melindungi Luna dan Rania.

Zombi-zombi tersebut mengejar mereka dan mereka semua membuka langkah seribu, berlari tidak bertujuan tetapi mereka masih lagi bersama. Lari, lari dan lari akhirnya mereka berhenti di hadapan sebuah bangunan yang agak cantik. Dicat berwarna kelabu gelap dan sedikit putih keputihan,

“Adakah ini bangunannya?” tanya Luna. Elly teragak-agak melihat bangunan tersebut. Dia pun tidak tahu bentuk bangunan tu bagaimana.

“Mari kita cuba masuk.” mereka semua mencari pintu masuk ke dalam bangunan tersebut. “Bangunan ini seperti selamat.” beritahu Elly. Mereka terus naik tangga ke tingkat atas. Luna membuka perlahan pintu bilik dan membawa masuk Rania sekali dengannya. Bilik tersebut luas. Luna membaringkan Rania di atas sebuah tilam yang memang ada di dalam bilik tersebut.

“Mana orang lain?” tanya Nike. Luna hanya memandang kosong ke arah wajah Nike. Ben pula melihat sekeliling, dia cuba mencari orang lain yang mungkin menetap disini. Elly dan Tianna terus merebahkan diri mereka di sebelah Rania.

“Penatnya! Dah berzaman tak baring atas tilam.” Keluh Elly. Mereka semua rebah keletihan di atas tilam-tilam yang empuk tersebut kecuali Luna. Luna melihat Rania tertidur lena di atas tilam tersebut. Luna membuka perlahan langsir tingkap disitu dan melihat suasana di hadapan bangunan tersebut.

Pelik. Sunyi sepi tiada sebarang kekecohan. Luna tertanya-tanya mana semua makhluk zombi yang wujud di sebarang sana. Kemanakah semua makhluk tersebut pergi. Apa yang sudah berlaku?

Luna terus menerus mencari orang lain yang ada di kawasan bangunan tersebut. Lantas Nike cuba mengekori Luna. Luna masih dengan pendiriannya untuk mencari sesiapa yang masih hidup di dalam bangunan ini.

Luna berhenti setapak apabila dia ternampak ramai orang di dalam sebuah kantin yang sangat besar. Rupa-rupanya ramai orang berada disitu sedang menikmati makanan. Di seberang sana terdapat beberapa orang sedang dirawat.

“Saya rasa kita dah selamat…” semua menarik nafas lega. Mereka rasa musibah yang melanda mereka kemungkinan sudah habis. Luna tersenyum dan terfikir akan masa depan Rania membesar disini. Adakah musibah ini akan berakhir ataupun masih lagi ada tetapi yang pastinya mereka terselamat tinggal disini…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience