11

Zombie Completed 8387

“Manalah Luna dengan Rania pergi, kita dah berpecah ni.” kata Tianna sedih. Ben dan Tom pula cuba merawat Tom yang sedang menahan sakit pada kakinya akibat digigit oleh zombi. Mereka sudah tidak boleh buat apa kerana bekas gigitan zombi tersebut. Kemungkinan besar Tom akan bertukar menjadi zombi juga.

“Tom, aku nak kau lawan benda yang merebak dekat dalam badan kau.” Elly memberi semangat kepada Tom yang keletihan menahan sakit.

“Mana Luna?” tanya Tom. Wajah Tom mula pucat lesi, biru-kebiruan. Mereka sekarang berteduh di sebuah bangunan yang agak usang jauh sedikit daripada bandar.

“Kita kena rancang untuk mencari Luna dan Rania sebelum mereka menjadi zombi.” beritahu Tianna. Mereka mula berfikir sejenak. Mereka takut kehilangan Luna dan Rania.

Malam itu, mereka mula memeriksa keadaan sekeliling kawasan tempat mereka berteduh. Mereka jalan dan terus berjalan sehingga mereka terjumpa sebuah bangunan dan berkemungkinan Luna berada disitu. Mereka terus memasuki bangunan tersebut.

“Luna! Luna!” jerit Elly. Luna terdengar jeritan seperti suara Elly. Cepat-cepat Luna berlari mencari arah suara tersebut namun kelibat Elly tidak kelihatan. Luna mengendong Rania kehulur kehilir untuk mencari Elly. Tiba-tiba Elly dan Luna berlaga sesama sendiri dan akhirnya mereka semula.

“Elly! Akhirnya saya dapat jumpa awak jugak.” Luna memeluk tubuh Elly dengan kuat sekali. Elly membalas pelukkan Luna. Rania mula merengek-rengek. Cepat-cepat mereka berlari keluar daripada bangunan tersebut dan cuba mencari tempat berteduh yang lain.

“Luna, saya risau tentang awak.” Nike memeluk Luna. Luna tersenyum lemah dan tiba-tiba pandangan Luna mula menjadi kabur dan dia terus rebah tetapi sempat disambut oleh Nike.”kenapa dengan Luna?”tanya Tianna.Nike terus mencempung tubuh Luna lalu berlari masuk ke dalam sebuah pondok,dimana Tom berehat.wajah Tom semakin lama semakin pucat lesi.kemungkinan Tom akan bertukar menjadi zombi.Nike meletakakan Luna disebelah Tom.

Ben mendekati Luna yang tak sedarkan diri,dia mengusap tangan Luna dan kemudian dia mengucup dahi Luna. “Aku risaukan kau Luna.” Nike yang berada disitu menjadi berang. Segera dia menolak Ben dari terus merenung Luna. Ben cuba beralah dan pergi ke arah Tom. Nike mengambil beg galasnya dan memeriksa keadaan Luna. Takut-takut Luna ada kesan kecederaan di mana-mana bahagian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience