BAB 6

Romance Completed 2958

Berlainan pula dengan Izumi. Dia resah bukan sebab dia takut nak mendaki, tapi risaukan Aini. Dah lar Aini tu perempuan, susah nanti kalau apa-apa terjadi. Jadi dia membuat keputusan untuk sentiasa bersama Aini.

Biarlah apa pun yang terjadi, janji Aini selamat depan mata dia. Dalam pertengahan jalan, tiba-tiba Aini dan Kamil terjatuh dalam gaung yang dalam dan berhutan tebal.

Semua yang ada panik dan menjerit memanggil nama mereka. Kelam-kabut semua yang ada, termasuk Izumi yang jadi tak tentu arah. Izumi pernah cuba nak turun ke dalam gaung, tapi ditegah oleh Im. Dia hanya mampu berdoa sahaja sekarang.

Sementara, dibawah sana, kelihatan Aini dan Kamil terbaring tak sedarkan diri. Tiba-tiba hujan turun dengan renyai-renyai. Kamil tersedar dari pengsan dan mengejutkan Aini.

” Aini, bangunlah. Weh. . .dengar tak? Kalau dengar, genggam tangan aku. .” kata Kamil. Terasa genggaman tangan Aini, tapi tak sekuat mana pun. Terdengar suara Aini yang mengerang kasakitan.

” Kaki aku. . haa. .haa. .kaki aku. .kaki. . .” katanya sambil menahan kesakitan. Kamil terus mengendong Aini memandangkan badan Aini yang kecil sedikit berbanding dirinya yang sasa.

” EHhh..??!! ringannya dia ni..Ahh. .lantak arr. .baik aku carik tempat berteduh, hujan ni. Karang makin lebat, teruk nanti.” Katanya sambil berjalan.

Setengah jam berjalan, akhirnya dia menjumpai sebuah gua yang tak berapa dalam. Dia meletakkan Aini ke dalam gua tersebut, dan dia pergi mencari kayu api. Setelah kembali dari mencari kayu api, terdengar suara Aini meracau memanggil ibunya. .

” Ibu. . .Ibu. . .Aini rindu ibu. .huhuhu. . .” tangisnya dalam tidur.

Tersentak Kamil mendengar perkataan ‘Ibu’. . .sayu hatinya masa itu. Dia yang membesar tanpa ibu bapa kandung, hanya membesar dengan ibu bapa angkatnya sahaja.

Dia dijumpai hanyut di sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Walaupun mereka orang berkedudukan tinggi, tetapi mereka hidup dalam kesederhanaan dan dipenuhi dengan didikan agama. Sebelum ibu angkatnya meninggal dunia, ibunya memintanya mencari ibu bapa kandungnya.

Dan namanya yang sebenarnya ialah Anas. Ibunya hanya memanggilnya dengan nama timangan, Kamil. Tiada siapa yang tahu pasal hal ini, kecuali Izumi. Hanya Izumi sahaja yang tahu nama sebenarnya.

Menurut ibunya, semasa dia dijumpai hanyut di sungai, kepalanya tercedera dan semasa dia sedar dari koma, dia hanya ingat namanya sahaja, Anas. Yang selebihnya, dia tak ingat. Selama dia mencari dan bertanya, dia hanya mendapat tahu yang dia ada saudara di sekolah itu. Tapi, info itu samar-samar.

” Kamil. . .aku nak air. . .haus. . .” kata Aini, lemah. Terus dia beri minuman yang ada dalam begnya.

“kaki aku sakit lar. .” rengek Aini.

“ngada-ngadalah kau ni. .haha.. jap2. .” terus dia tanggalkan bajunya. Terkejut Aini kerana Kamil buka baju di hadapannya. Merah mukanya. .

“teruk arr kau ni” dengus Aini.

Semasa dia membalut luka di kaki Aini, Aini terpandang belakang Kamil. Terkejut dia bila ternampak tanda lahir yang berbentuk bintang di bahu Kamil. Terketar-ketar tangannya menyentuh bahu Kamil.

” Anas. . .Abang Anas. . .” terketar-ketar bibirnya menyebut nama Anas.

Terkejut Kamil bila dengar Aini menyebut nama sebenarnya. Hanya Izumi sahaja yang tahu namanya. Tiba-tiba. . .kepalanya berpusing-pusing, pening seketika. . dan ada gambaran kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan terlayar di matanya. .ada suara yang memanggil namanya dan nama. . .

” Anas. . .Aini. . .jangan main jauh-jauh. . .” kata suara itu..

” Aini. . .adik Aini. . .betul ke ni adik Aini??” katanya sambil mengalirkan air matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience