BAB 5

Romance Completed 2958

” Haiss..beg aku tertindih ngan beg Aini lar plak..” gumamnya.

Semasa dia angkat beg Aini, tiba-tiba. . .BUKK!! terjatuh dompet Aini dan terbuka. Bila tangannya menggapai dompet tersebut, terbeliak matanya malihat kad pengenalan Aini.

” Nur Aini Binti Muhamad. . .EHHH!!! bukan ker Aini lelaki?? Naper lak nama dia ‘binti’ tapi bukan ‘bin’?? Siap ada ‘Nur’ lagi di pangkal namanya.” Terkejut Izumi.

” Patut lar dia tak nak pakai baju larian, tak suka dipeluk. . .rupanya dia perempuan. Tapi apa tujuan dia masuk ke sekolah ni???” monolognya.. Menarik ni. . .tersenyum Izumi. Cantik gak dia ni. Nasib baik tak dak orang kat sini. Cepat-cepat dia masukkan semula dompet Aini.

Dia melihat Aini sedang berlari-lari anak menuju ke arah khemah yang didudukinya.. Baiklah. .

” Aini. .aku nak mintak maaf kat kau. Sorry arr buat kau marah aritu.” Katanya. Terkejut Aini bila ‘Serigala Ais’ ni minta maaf padanya .

“Tak per arr. .salah aku gak tiba- tiba melenting tak tentu pasal. Aku tak perasan yang kau pakai earphone time tu.. sebab tu kau tak dengar apa yang aku cakapkan.” Kata Aini lembut sambil tersenyum mesra. Terpegun Izumi melihat senyuman itu. Cantikk. . .aku dah jatuh cinta. .

Tersenyum Izumi melihat senyuman itu. Aini pulak yang terkedu melihat senyuman manis plus ikhlas tu. ‘Dup. . .Dap. . .Dup. . .Dap. . .’ alahai hati, kenapa ni?? Merah muka Aini macam ketam rebus. Takkan lar. . .?? tak mungkin. . .tak mungkin. . .relaks. .relaks. .cool bebeh. .cool. .

” Ok arr. .aku nak sambung latihan.” Kata Aini sambil berlalu pergi.

Acara sukan sekolah dah berakhir, dan rumah Charlie telah menang keseluruhan acara. Hehe..aku lak gondol gelaran ‘Olahragawan sekolah’, walaupun hakikatnyer ‘Olahragawati sekolah’..hehe..bantai arr. . .rezaki aku tahun ni..

Kami semua buat parti kemenangan di bilik prep asrama. Riuh betol..mana taknyer,esok start cuti pertengahan tahun. Kelas aku lak nak buat ekspidisi mendaki Gunung Ledang. Cam best jer..hehe..ni yang aku suka ni..hee..

Pagi itu, kami semua bersiap untuk menaiki bas. Aku dan Izumi dah berbaik dan berkawan rapat. Dalam bas, aku duduk ngan Izumi. Aku berebut dengannya bahagian tempat duduk belah tingkap. Last-last, aku dapat tempat tu sebab Izumi mengalah. Gelak sakan kami dalam bas dengan suara sumbang Syam dan Kiwi. Pastu ditariknya Izumi untuk nyanyi sama. Bengang jer muka Izumi time tu. Nak gelak pon ada. Kelakar betol. Last sekali, semua nyanyi lagu ‘SAHABAT’, nyanyian kumpulan Padi.

Sahabat untuk selamanya

Berbagi dan saling menjaga

Kau dan aku sahabat

Untuk selamanya

Selama-lamanya

Untuk selamanya setia

Setia setia

Sampai jer kami ke Gunung Ledang, terus kami dirikan khemah untuk setiap kumpulan. Aku, Izumi, Syam & Kamil satu group. Selepas selesai mendirikan khemah, kami di beri taklimat oleh Ketua Asrama Putra dan kami semua berkerjasama memasak dan mencari kayu api. Kami disini hanya 5 hari sahaja.

Tapak perkhemahan kami berdekatan dengan sungai yang jaraknya 300 meter dari arah tebing. Setiap kumpulan kami dibekalkan peralatan memasak dan sekampit beras. Lauk, kami kena carik sendiri kat kawasan hutan tersebut. Jadi, kami hanya memancing sahajalah. Hari kedua, kami semua akan mendaki gunung. Aku lihat Izumi kelihatan resah sahaja. Aku rasa dia mesti takut nak mendaki bukit. Setau aku, serigala ni pandai panjat bukit. Hehe. . .menarik ni. . .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience