BAB 7

Romance Completed 2958

Terus dia memeluk Aini dengan erat sambil menangis teresak-esak.

” Abang Anas. . .hukhukhuk. . .” sebutnya teresak-esak. .

” Tapi. . .kejap. .adik Aini sepatutnya perempuan, tapi ini lelaki?? Konfius abang. .” bingung Anas.

“Err..sebenarnya Nie perempuan, bukan lelaki. . hehehe. .” kata Aini..

” HAH!!! Tapi kenapa??” tanya Anas.

Aini terus menceritakan sebab dia masuk ke sekolah itu. Terangguk-angguk Anas mendengar cerita Aini..haha. . da macam burung belatuk tua dah..haha.. . .

” Abang syukur dapat jumpa Aini semula. . .ibu dan ayah sihat?? Tanya Anas.

” Sebenarnya. . .ibu dan ayah dah 10 tahun kembali ke rahmatullah. Kemalangan jalan raya.” Katanya dengan tenang.

” Abang dah rugi 14 tahun, jadi abang akan tebus masa itu dengan jaga Aini dan nenek. Abang janji. .” sumpah Anas. Ibu. . ayah. .Anas akan jaga adik dan nenek.

Tiba-tiba. .terdengar bunyi helicopter terbang rendah. Terus dia berlari keluar dan melambai dan nasibnya baik kerana pemandu helicopter tersebut ternampak dirinya. Akhirnya, mereka terselamat. Izumi terus meluru ke arah mereka dan memapah Aini yang tercedera. Anas hanya tersenyum melihat adiknya dibawa sahabatnya.

Bulan 10 adalah tarikh dimana semua pelajarnya perlu mengulangkaji pelajaran kerana musim peperiksaan bakal menjelma.Tapi, ada sesuatu yang bakal mengubah suasana sekolah tersebut.

” AAAAPPPPPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA. . . . . . . .”

” Aini Muhamad. . .!!! Sila jelaskan pasal hal ini. .” tegas suara Zahim sambil menunjukkan dompet Aini dan kad pengenalannya.

Terkaku Aini melihat dompetnya berada dalam tangan Zahim. Semua pelajar asrama berkumpul di dewan makan sambil memandangnya dengan pandangan tajam, dan pandangan tak percaya. Alamak!!!!! Habislah aku kali ini. Dah nak dekat periksa lak tu kantoi. Gulp!!!!

” Saya ada penjelasannya. .Ketua. .” katanya dengan berani.

” Saya akan jelaskannya. .Ketua.” kata Anas memintas kata-kata Aini.

” Sebenarnya. .Aini @ Nur Aini Binti Muhamad adalah saudara kembar saya. Kami kembar sepasang. Nama saya yang sebenarnya ialah Anas @ Muhammad Anas Bin Abdullah @ Muhamad.

Anas terus menceritakan perihal adiknya yang masuk ke asrama lelaki dan pasal hidup mereka. Nasib baik ketua faham situasi mereka. Tetapi lain pulak dengan pelajar asrama yang lain. .

” Jadi. . .selama ni kau perempuan arr. .bukan lelaki. Tak sangka kau menipu kami. .menipu persahabatan kita yang terjalin. .sampai hati kau, Aini.” Kata Syam, dengan muka yang sedih.

” Aku mintak maaf. .aku bukan nak mainkan korang. Aku ikhlas kawan ngan korang. .korang semua baik ngan aku. Aku ucapkan terima kasih kat korang cos sudi jadik kawan aku. .I’m so sorry, guys. Sorry. . . . .tapi aku mintak jasa baik korang untuk biarkan aku belajar kat sini sampai aku abis periksa STPM. Habis jer exam terakhir, aku akan blah terus dari sini. Aku takkan kacau korang lagi.” Kata Aini dengan harapan.

” Aini. . .kenapa kau tak cakap yang kau ni perempuan? Kami ni open minded arr..releks arr..kami tak kisah kalau kau nak terus belajar kat sini. Cuma kami terkilan sahaja. Tapi disebabkan kau ikhlas nak kawan ngan kami, kami alu-alukan kedatangan kau ke sekolah ni. .’SELAMAT DATANG, NUR AINI BINTI MUHAMAD’

” kami gembira berjumpa dengan kau, Aini. Welcome back, Aini. . . .we love you so much.” Kata mereka serentak.

” Disebabkan Anas tu abang kau, kami harap Anas dapat pindah tidur ke bilik Aini memandangkan dia perempuan. Jaga dia bebaik cos budak-budak asrama kat sini tak leh nak percaya.” Kata Ketua. Semua ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience