BAB 1

Romance Completed 2958

“Aini..mari sini sayang,” Panggil Datin Suhana, sambil menggamit cucu perempuannya supaya mendekatinya. Aini dengan patuh, merapati neneknya.

” Ada apa nek?” Tanya Aini.

” Ada benda yang nenek nak cakap pada Aini.” Kata nenek dengan lembut. Datin Suhana terus menggenggam tangan cucunya yang duduk di sebelahnya.

Sambil menarik nafas, Datin Suhana merenung Aini dengan pandangan kasih yang menggunung.

“ Nenek harap apa yang nenek sampaikan ni, kamu bersabar ye, nak.” Kata Datin Suhana.

Aini berasa pelik dengan neneknya hari ni. Selalunya neneknya sihat je. Ni da lain macam da ni. Nek, jangan takutkan Aini nek. Nenek da tak sayang Aini da ke? Monolognya dalam hati.

” Sebenarnya, Aini ada saudara kembar. Lelaki. Namanya Anas. Dia abang kembar Aini. Aini bukan cucu tunggal nenek, tapi Aini ada abang yang dah lama hilang sejak berumur 5 tahun..” Kata Datin Suhana, tenang.

” Ohh..!!! Kembar. Aini ingatkan apalah tadi. Buat saspens jer nenek ni..haha..”

Tiga minit kemudian………

“EEHHH..!!!!!!!..KEMBAR???!!!. Aini ada kembar nek??” Terkejut cipan Aini bila mengetahui yang dirinya ada saudara kembar. Lelaki pulak tu. Minah ni pun satu..punya lar lambat ‘ pikup’…

“Aini mungkin dah tak ingat kejadian itu.” Kata Datin Suhana.

“Kejadian di mana Anas telah lemas dan hilang semasa keluarga Aini keluar berkelah di Gunung Ledang, Johor. Anas lemas di depan mata Aini. Aini menjerit meminta tolong dan kemudian pengsan selama seminggu. Selepas tu, Aini seperti tak ingat apa-apa dan kami tak sampai hati nak beritahu Aini pasal hal itu. Kami tak mahu Aini terus sedih dan menangis. Aini dan Anas sangat rapat walaupun berlainan jantina. Tak boleh berenggang langsung. Walau seminit pun. Polis sendiri pun tak dapat kesan di mana Anas berada dan mereka membuat kesimpulan bahawa Anas telah meninggal dunia walaupun mayatnya tak di jumpai.” Kata Datin Suhana sambil menangis tersedu-sedan. Aini pun dah teresak-esak sambil menekup mukanya.

” Hati nenek kuat mengatakan yang Anas masih hidup dan merasakan dia dekat dengan kita.” Kata Datin Suhana.

Aini hanya diam dan mendengar cerita itu dengan teliti.

“ Jadi nenek telah mengupah penyiasat persendirian untuk mencari dan mengesan dimana Anas berada. Akhirnya mereka menjumpai Anas dan mengatakan yang Anas telah bersekolah di sebuah sekolah menengah persendirian yang hanya ada budak lelaki sahaja di sekolah tersebut. Dia berada di ting. 6 atas sekarang.” Katanya lagi.

” Tapi ada kemungkinan yang Anas menggunakan nama lain sebagai pengenalan diri.” Tambahnya lagi.

” Macam best jer bunyi..ekekekeke..” Monolognya dengan nada jahat plus evil. Ada sesuatu yang dia rancang dalam ‘kepala cerdiknya itu’. Hehehe..kejutan bervoltan tinggi.

” Oklah nek, Aini paham maksud nenek. Aini akan jejak Abang Anas, nek” Kata Aini dengan yakin.

” Ada petunjuk tak nek?” tanya Aini.

” Ada. Anas ada tanda lahir berbentuk bintang dibelakang badannya dan dia berada di Johor sekarang. Nama sekolah itu adalah. . . . . . . .

” Dah sampai pun kat sekolah ni.. Besau gak sekolah nie. Macam kolej dah aku tengok.” Kata Aini dengan kagum.

Tiba-tiba. . . .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience