BAB 2

Romance Completed 2958

“ Walau apa pun yang Aini lakukan untuk menjejaki Anas, nenek tetap berdoa yang Aini akan berjumpa dengan Anas semula. Nenek restu segala apa yang Aini nak buat.” Kata Datin Suhana sambil tersenyum dan seperti tahu apa yang ada dalam kepala otaknya yang tah hapa-hapa itu. Kata-kata Datin Suhana masih terngiang-ngiang di telinganya.

Abang Anas, tunggu Aini. Adikmu ini akan menjejaki langkahmu walaupun wajahmu belum ku tahu bentuknya. Jongangkah, rompongkah, botakkah, dan segala kah lah yang buleh anda fikirkan. Heeee . . . .

Bismillahirohmanirrohim. . . . Aku melangkah masuk ke kelas yang dari tangga boleh dengar suara orang terjerit-jerit. Alahhhh…ala-ala Tarzan yang pakai cawat tuu..tapi ni alaf 21..Tarzan dah moden..pakai seluar panjang dan baju lagi tu..haaaa.. Sekelip mata kelas itu menjadi senyap sunyi seperti kawasan kubur lak aku tengok.

“Assalamualaikum, cikgu” Sapa mereka secara beramai-ramai.

” Waalaikumussalam, duduk semua” arah Cikgu Saliha, merangkap guru kelas aku.

” Okey class.. today we have a new student from Perak. Perkenalkan diri kamu dan tujuan kamu ke sekolah ini.” Kata Cikgu Saliha.

” Terima kasih, Cikgu. Assalamualaikum, okey kite sempoi jer..nama aku Aini. Aini Muhamad. Korang boleh panggil aku Aini. Tak pun Nie jer. Tujuan aku ke sekolah ni pun sebab aku ikut mak ayah aku berpindah ke sini. So..that’s all. Thank you.

” Wiwitttt..nama cam awek arr..hahahahaha. . .” gamat suasana kelas sebentar..

“Saper yang cakap tu..nak kena debik ngan aku ni..siap arrr..” kata Aini dalam hati.

” Okey, kamu boleh buat kerja kamu sendiri. Saya ada meeting..Tolong jangan terlalu bising. Kusyairi, jaga kelas. Kalau saya dengar suara-suara dalam kelas nie melebihi oktaf.., saya tak teragak-agak untuk menghukum. Pumping seratus kali. FAHAM..!!!!?????.. kata Cikgu Saliha..

Mak oii,.. garangnyer..kalah mak nenek.. Selepas Cikgu Saliha keluar, kelas mula bising..tetapi secara sopan..hehehe..

Takot gak eh..korang ni.. Aku mula mencari tempat duduk yang kosong.. Ahah!!! jumper pon.. Tiba-tiba. . . . .

” Wass up, Bro.. aku Syamil. Panggil Syam.” Sapa satu suara.

Aku berpaling ke kananku.. terlihat seorang budak lelaki menunjukkan penumbuknyer seolah-olah mahu aku membalas balik tumbukan mesra itu..aku paham sangat mereka ni..Aku pon membalas.

” Aku Hakimi. Panggil Kimi dan ini Zakiwi. Panggil Kiwi jer.” Kata satu lagi suara yang menyapa aku.. aku bersalam dengan mereka

” Dan yang kat belakang kau ni, Adib Izumi. Panggil jer dia Izu. Dia ni pendiam sikit dan. . . . . .“

Aku bangun dan ingin bersalam dengannyer, tetapi salam aku tak berbalas bahkan dia renung aku dan terus bangun untuk keluar kelas.

” Dia ni kurang mesra sikit. So, kau jangan terasa arr..” sambung Kimi lagi.

Terkedu aku dengan sikap dinginnyer itu. Cihhh!!! SOMBONG NAK MAMPOS.. bentak aku dalam hati. Aku tak heran arrr..tak luak ponn…

Oh ya..korang nak tau tak camner aku leh masuk dalam sekolah ni? Haaa..korang jangan salah sangka yang aku masuk secara haram. Aku masuk secara mendaftar dan berbayar. Hehe..aku guna orang dalam. Nenek dan maksu aku tolong. Pengetua sekolah tu kenal nenek aku, so tak dak masalah. Janji aku pandai jaga diri dan di beri peringatan

“Jika kamu kantoi or tertangkap..sekolah tak leh buat apaper. Sekolah terpaksa buang kamu dari sekolah.” Kata Puan Zaleha, selaku pengetua sekolah itu.

Nasib arr..janji aku dapat carik my brother..Abang Anas, I’m coming..hehe..dramatik lar pulak. Aku gak dapat masuk asrama yang disediakan sekolah. Tapi..ada tapi lagi tuu..aku tidor di bilik yang berlainan dimana aku sorang jer yang dok dalam bilik tu..aku tak kongsi bilik. Kat bilik tu pon ada bilik air and toilet. So, tak susah arr. Sebenarnya.. asrama tu da tak dak kekosongan..so, aku dapat arr bilik istimewa tu..hehehe..hidup mesti bertuah beb..heee..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience